Assalammualaikum wbt..
Sejak Irfan tak sihat, aku memang tak masuk opis langsung...so means hampir 2 weeks la aku tak masuk opis...then ari Isnin 12hb September 2011, aku masuk la opis selepas 2 weeks bercuti kan...elok jer sehari aku masuk opis, ari Selasa 13hb September aku pulak rasa demam dan segala urat sendi aku sakit sangat2...petang tu aku ke klinik then doctor bagitau kalau sampai ari khamis aku tak ok aku kena amik darah...doctor suspek denggi...bercuti laa aku gara-gara demam dan sakit sendi ni..
ari khamis, demam aku masih lagi tak kebah...kepala sakit sangat2...badan terlalu panas...aku g klinik..doctor terkejut suhu aku dah capai 40..terus dia suruh aku makan ubat dan refer aku ke hospital..sampai kat hospital bahagian kecemasan, aku terus d bawa dgn wheel chair ke Zon Separa Kritikal...mak aihhh punya la berdebar dada aku ni...suhu aku still tak turun2 even dh bedal ubat demam...denyutan nadi dan jantung aku makin laju..doctor masuk kan air dan arah kan aku berehat..darah aku d ambil..aku di beri oksigen memandangkan degupan jantung aku makin laju...aku berehat di Zon Kuning ni dari jam 7 petang sampai la kul 12.30 tgh malam sebelum di tolak masuk wad..2 botol air dah masuk dalam badan aku ni...suhu still maintain kat 39..tak mau turun2...dugaan dugaan dugaan..doctor suspek aku kena DEMAM DENGGI....
1st time aku berpisah dengan Irfan..alhamdulillah Irfan dah baik dari sakit nya...alhamdulillah juga dia tak meragam dan mencarik aku..bersyukur sangat2 juga rumah mak aku dekat dengan hospital so anak & hubby aku melepak kat rumah mak jer la sepanjang aku kena tahan wad...aku duk di hospital dari 15hb September hingga lah 21hb September...seminggu di tahan, bacaan darah aku menurun sampai capai bacaan 58...suhu badan aku betul2 maintain normal ari sabtu petang...alhamdulillah...kalau tak suhu badan aku tak turun2 bawah 38...demam yang lama dan sakit kepala yang berpnjangan buat kan aku lena jer kat katil wad...tidur tidur tidur je keje aku...aku tak larat nak duduk lama..duduk lama je kepala aku berpinar...
sepanjang dok hospital ni, 4 kali sehari darah aku kena ambil...on average 4 botol air sehari masuk dalam badan ni...aku d arah kan minum air yang banyak..sampai terkucil-kucil aku di buatnya...minum je terkucil...minum je terkucil...selera makan hilang terus...yg lalu masuk ikut tekak aku ni cuma bubur je..yg lain tak lalu...minum air kosong pun dh rasa pahit..100 plus aku rasa macam minum ubat...aduhaii dugaan betul laa...
ari Isnin doctor kata aku mungkin boleh keluar arii Selasa..so aku dh excited giler arr kan..dah ler rindu yang teramat sangat dengan Irfan..TAPI ari Selasa pagi, doctor maklum kan virus denggi tu dah efek kat hati aku...bacaan darah aku utk hati tu makin meningkat..so aku tak boleh balik kena tunggu bacaan darah kat hati aku menurun...Ya Allah sabar jer la..alamdulillah ari Rabu bacaan darah untuk hati aku menurun then doctor kata boleh keluar wad TAPI lagi 2 weeks aku kena dtg balik amik darah...phewwww lega nya hati aku...aku dh boleh balik..tak sabar nak peluk cium Irfan...
dan selepas hampir seminggu aku keluar wad, tanda-tanda virus denggi tu masih ada lagi...badan aku berbintik merah...gatalnya tuhan je yg tau...miang satu badan aku..ayik tergaruk2 je..time garuk tu memang sedap..tapi bila dh lama rasa pedih je kulit ni jadi nya...sekarang ni, kaki aku terasa lemah lagi...aku tak boleh buat banyak kerja berdiri...selain kaki aku rasa lemah, aku rasa cepat penat...orang kata akan amik masa juga untuk aku pulih...Ya Allah semoga aku cepat pulih dan sembuh dari virus denggi ni...bahaya wei denggi ni...ianya juga boleh meragut nyawa tau...jom baca artikel kat sini...
"Denggi tidak memilih mangsanya dan sebab itulah semua orang perlu bertanggungjawab untuk bertindak membanterasnya bagi memastikan keluarga serta persekitaran kediaman kita bebas daripada penyakit maut ini,"
Jom baca penulisan Gentar Rasa yang menyedarkan aku bahawa Kasihnya Allah pada diri ku ini..
JANNAH DI SEBALIK MUSIBAH
Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:
Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?
Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.
Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.
Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.
Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.
Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”
Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.
Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)
Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?
Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.
Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.
Wallahua’lam
Ujian dan dugaan yang bertalu2 yang melanda aku, aku anggap sebagai Kasihnya Allah pada aku...ianya makin mendekat kan aku pada DIA...ianya juga mengajar aku erti kesabaran dalam menghadapi musibah ini...semoga segala ujian dan dugaan ini, tersembunyi hikmah yang besar...
17 lovely reply:
moga cepat sembuh sepenuhnya ye k.fisa..
kadang2 turunnya ujian kerana nak datangnya rezki.insyaallah...
terima kasih ashra...semoga rezki melimpah ruah..;)
dah lama tak dengar khabar kak fisa..tu yg haritu dengar2 kena denggi.... sabar ye kak..semoga kak fisa sihat n sembuh sepenuhnya gak..
Fisa, smoga cepat sembuh. Memang dugaan betul. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Sabar menghadapi dugaan ini.. Pasti ada rahmat disebalikya..
moga kak fisa terus diberikan kesihatan yang baik.. insyaAllah.. :)
terima kasih mizah...
sekarang dah kurang skit rasa lemah kaki ni...insyaAllah tak lama lagi ok kot...;)
thanx Fiza...ermmm tu la yg fisa harapkan...semoga tersembunyi hikmah yang besar d sebalik dugaan dan ujian ini...;)
thanx Anif..semoga aku sabar menghadapi dugaan ini..aku yakin ada hikmah d sebalik semua yg terjadi beb..;)
terima kasih Lady...semoga doa kita d makbul kan...;)
semoga cepat sembuh tau.
terima kasih Cik Puan Nor..;)
alhamdulilah fisa dh sehat..wina dapat tau pun dari FB baru² nie
sabar ye..setiap dugaan ade hikmahnye :-)
thanx Wina...alhamdulillah makin sihat ni..;)
hope get well as soon....
p/s:done follow here.follow baack
diana sekarang ni memang banyak kes denggi tau...aduhai saya yg mengalami nya ni kalau boleh TAK NAK kena tau...sakit nya Ya Allah...tang suhu panas dan bacaan darah yg merisau kan tu...
tenkiu hafrawiey ozakawa...
i'll follow u..;)
Post a Comment