Kaki berbau akibat peluh
SESEORANG yang mengalami masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya merasa malu, rimas dan gusar untuk melakukan aktiviti seharian.
Masalah yang dialami kebanyakan orang itu juga mampu membuatkan orang di sekiling mereka juga kurang selesa tambahan jika baunya terlalu kuat.
Bagaimanapun, penghidap masalah ini seringkali tidak mendapatkan rawatan atau kurang mengambil perhatian serius berhubung masalah itu.
Mungkin kerana mereka kurang pengetahuan bagaimana untuk menangani masalah itu, tidak memahami kesan buruknya dan malu bertemu doktor.
Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Nani Deraman berkata, masalah kaki berbau akibat peluh itu berpunca daripada banyak faktor.
Ujarnya, kebiasaan, masalah itu timbul akibat keadaan kaki terutama tapaknya yang lembap. "Sesetengah orang mempunyai kulit kaki lembap, menyebabkannya mudah berpeluh dan dijangkiti bakteria yang menjadi punca kaki berbau. "Bagi sesetengah orang pula, masalah ini berpunca daripada kaki, kasut atau stokin yang basah akibat terkena air tetapi tidak ditukar segera yang menyebabkan ia lembap dan berbau. "Selain itu, individu yang kerap memakai kasut jenis tertutup lebih berisiko mendapat masalah berkenaan kerana kaki mudah berpeluh," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Dr. Nani memberitahu, selalunya, pada peringkat awal, masalah kaki berbau akan menyebabkan gatal sebelum menjadi lebih teruk apabila ia dijangkiti kulat dan berair terutama di celah jari. Katanya, masalah itu perlu diatasi segera di peringkat awal dengan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Menurut beliau, penghidap perlu sedar dengan kata-kata 'mencegah lebih baik daripada merawat' supaya tidak perlu menanggung kesakitan dan kepayahan.
"Bila bertemu doktor, mereka akan dinasihatkan memakai kasut terbuka atau mengelakkan punca masalah yang dikenal pasti. "Doktor akan memberikan ubat krim sapu jika masalah itu pada peringkat awal dan krim sapu berserta pil makan sekiranya ia serius. "Penghidap masalah kaki berbau juga dinasihatkan tidak membeli ubat-ubatan secara sendiri tanpa saranan daripada pegawai perubatan,'' ujar Dr. Nani.
Atasi Masalah Kaki Berbau!Penjagaan tubuh yang baik adalah bila kita dapat menjaga diri dari ujung rambut sampai ke ujung kaki. Jika penampilan anda sudah sempurna, cantik dan kacak, tapi kaki sering mengeluarkan bau tak yang kurang menyenangkan memang spoil.Bromhidrosis adalah nama medic untuk bau kaki. Penyebabnya adalah kaki yang mengeluarkan peluh yang bercampur dengan bakteria, dan menghasilkan isovaleric acid (zat yang berbau kurang menyenangkan). Kaki dipercayai dapat menghasilkan sekitar 570 ML peluh dalam sehari. Ya,memang bukan jumlah yang sikit. Kita juga harus ingat peluh yang keluar bukan air semata semata. Tapi peluh yang bercampur bakteria yang menjadi punca kaki berbau.
Berikut adalah diantara tips yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah ini:
Gosok celah-celah jari kaki
Setiap kali mandi jangan lupa bersihkan celah-celah jari kaki, karena kawasan itu adalah kawasan yang paling lembab. Dan jika terlampau kotor dapat menjadi punca bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun mandi dan berus lembut untuk menggosok.Potong kuku
Rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran berkumpul pada kuku-kuku anda. Lakukannya seminggu sekali.Rendam kaki dengan teh,garam atau serbuk kopi
Teh dipercayai mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya hanya dengan merendam kaki dalam besen yang telah diisi air panas/suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit. Selain teh, boleh juga gunakan garam dengan cara yang sama. Serbuk kopi pula boleh dibungkus dengan kain bersih, kemudian masukan ke dalam kasut selama semalaman.Pola makan
Ternyata pola makan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Makanan pedas dan yang tinggi kalori dapat membuat tubuh dan kaki menjadi lebih mudah berpeluh.Material yang digunakan untuk membuat kasut
Penyebab bau kaki juga adalah kerana pemilihan kasut dari jenis material yang salah. Material daripada plastik/getah cenderung membuat kaki berpeluh kerana panas dan tiada pengaliran udara. Lebih baik pilih kasut yang mempunyai alas dari bahan berasaskan kain.Simpan kasut ditempat yang sepatutnya
Jangan menyimpan kasut sebarangan. Selain dapat menyebabkan kasut lebih cepat rosak, ia juga boleh menimbulkan bau yang tidak enak. Simpan kasut ditempat yang aliran udaranya lancar, atau gunakan silica gel jika menyimpan kasut di dalam kotak.Gunakan Foot Patch
Foot Patch merupakan alternatif untuk menghilangkan toksin dalam badan. Toksin kadang kadang boleh menjadi punca kenapa kaki berbau. Tampalkan foot patch sebelum tidur, dan lihat toksin yang telah disedut keluar oleh herba yang terdapat pada foot patch tersebut.Berjumpa doktor
Cara terakhir jika bau kaki anda tidak hilang juga, cara terbaik berjumpalah dengan doktor supaya doktor boleh memberikan antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.Kaki berbau merupakan masalah biasa. Tapi kita jugak haruslah berusaha untuk menghilangkan bau tu supaya bau busuk tu tak menganggu orang lain.
5 lovely reply:
actually lelaki n pempuan pun sama juga kdg2 bau kan..cuma lelaki lebih sikit...hehehh.. gud tips here dear..:)
hehehee kebanyakan yang fisa jumpa lelaki...yang perempuan belum jumpa lagi...:D
tips yang perlu di ketehaui oleh mereka-mereka yang ada masalah kaki berbau...:p
betul tu kak...ermmm so far memang dok jumpa lelaki yang kakinya berbau...diorang ni dalam kategori malas kot kan..uhukss tak nak usaha bagi kaki diorang wangi...
aduhaiiii ai pun tak sanggup kak kalau boypren kaki busuk ni...:D
salam singgah 1st time kat blog ni...
masalah kelembapan tapak kaki adalah puncanya...pakai kasut tertutup, lg la menyebabkan bau busuk tu...
semoga ada jln penyelesaiannya...
thanks dgn tips tu...walau kakiku sentias mengelupas akibat kekeringan...
thanx Pak Lie sudi singgah sini...;)
orang yang menghadapai masalah ni memang kena merajinkan diri mengelakkan kaki mereka berbau..kalau malas habisss laaaa...:D
Post a Comment