My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

hah! aku dah tau kenapa ari ni aku macam blur giler..no wonder la ari ni aku tak dak idea nak share dengan korang...sebenarnya kan aku MENGANTUK GILER!!!
serius korang...mengantuk aku sampai kan mata ni dok berair jek...mula-mula aku pikir tak kan arr pagi2 aku dh mengantuk kan...so aku proceed gak buat keje then tu yang aku tak dak idea nak tulis apa-apa...aku rasa kan fikiran aku ni dah tepu...pastu staff aku tolong buatkan air Indocafe..but still aku rasa slow sangat-sangat...konon-konon minum air tu dapat la UP kan energy aku ni...ermmm sama jek...then tengahari aku belasah lak makan nasi dengan tom yam..

mak aihhhh makin kurang bertenaga jadinya...makin lalok ada lah...time aku ambil air sembahyang aku betul2 basuh muka ni...ermmm segar arr skit lepas sembahyang then baru laaa boleh buat kerja dengan khusyuknya dan juga boleh laaa berkongsi cerita dengan korang kann...

hehehe then aku try search guna en google mencari tips untuk mengurangkan rasa mengantuk ni...terus terjumpa tip-tips kat bawah ni yang aku petik dari sini...meh kita tengok siapa yang kena...:p
1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda sering mendengar “kamu tidak cukup tidur ni..” dan perkara ini ada betulnya. Tetapi bagaimana tidur dengan cukup yang dimaksudkan? Tidur dengan cukup pada pandangan saya ialah apabila anda bangun dari tidur pada keesokan hari, anda akan merasa lebih segar dan tidak ingin untuk sambung tidur. Waktu tidur yang normal biasanya adalah daripada 7 hingga 8 jam. Tips dari saya, untuk belajar bangun awal daripada biasa, anda memerlukan latihan. Sama seperti latihan fizikal sekalipun supaya ia menjadi habit. Tekniknya, dalam satu hari, cuba tidur 5-10 minit dalam 2 atau 3 kali sehari. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan dari anda. Pastikan jauh jam loceng tersebut sehingga memaksa anda untuk bangun untuk memadamkannya. Kemudian renggangkan badan anda dan seterusnya membasuh muka. Jadikan ia sebagai latihan dan percayalah ia akan membantu anda untuk bangun lebih awal!
===>malam tadi aku tidur pukul 12 tengahmalam selepas mata ni dah tak mampu nak tengok game Liverpool...tapi aku kerap bangun memandangkan anak aku ni masih lagi mengempeng...nak melekat je kejenya...aku bangun pukl 6 pagi...ermmm tak cukup tidur le tu gamaknya....

2. Setkan waktu bangun dengan tetap
Pada setiap hari anda hanya perlu fokuskan kepada waktu bangun anda sahaja. Cuba tidak fokus pada waktu untuk tidur. Setkan jam pada waktu yang anda ingin untuk bangun dan cuba konsisten bangun pada waktu tersebut, anda boleh lakukannya dengan melakukan latihan seperti di atas. Pada waktu malam, biasakan tidur pada ketika anda berasa mengantuk sahaja. Sekiranya anda mengantuk pada pukul 3 pagi, pastikan anda bangun pada pukul 6 pagi. Keesokannya, anda pasti akan tidur dengan lebih awal dan bangun pada waktu yang sama. Konsepnya di sini, kita tidak ingin cara tidur kita mengganggu ritma circadian badan yang sudah ditetapkan.
===>isk memang hari2 aku bangun pukul 6 pagi but still kalau aku tidur lewat macam mlm tadi sure aku ngantuk giler di siang hari...camno tu ekk...?

3. Tingkatkan untuk tidur lebih awal dari sebelumnya
Dapatkan tidur yang lebih awal dari hari-hari yang sebelumnya. Cuba tidur dengan 15 ritma lebih awal dari sebelumnya. Ubah secara perlahan-lahan supaya cara kita tidur tidak terkejut dengan ritma yang baru. Cara ini lebih baik dari tidur 1 jam awal dari sebelumnya. Apabila sudah tidur 15 minit awal, cuba kekalkan ritma tersebut.
===>hah ni baru betul nak dapatkan ritma tidur ni la yang selalu nya aku fail...ermmm aku tidur cuma time mengantuk jek...kadang-kadang kul 10 mlm aku dah tidur...time tidur aku memang tidak menentu...ermmm ni kena perbaiki kot...:p

4. Dapatkan habit pemakanan yang tetap
Pastikan anda menjaga waktu makan anda. Anda wajib mendapatkan sarapan supaya ia dapat membekal tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari cuba tidak memakan makanan yang betul-betul berat. Sekiranya anda tidak bersarapan anda akan cenderung untuk memakan lebih banyak pada tengah hari. Ini juga akan menggannggu ritma circadian. Anda harus kekalkan ritma circadian anda. Apabila tidak makan, kita akan merasa lebih letih dan cenderung untuk tidur, begitu juga apabila anda makan secara berlebihan. Ia akan menyebabkan anda lebih nyenyak untuk tidur.
===>kihkihkih konpem mengantuk gilers kalau overdose makan ni wei..macam kes aku ni la kan..

5. Bersenam setiap hari
Anda digalakkan bersenam, sama ada di waktu petang atau di waktu pagi. Saya amat menyarankan anda untuk bersenam di waktu pagi kerana ia akan membantu anda untuk lebih fokus dan kreatif. Apabila anda bersenam, ia juga akan membantu anda untuk tidur dengan lebih awal. Awas! Elakkan untuk bersenam 2-3 jam sebelum tidur. Perkara sebaliknya akan berlaku kepada anda.
===>pagi2 tak dan nak bersenam...aku cuma sempat buat renggangan lepas bangun tidur then buat kerja-kerja rumah mak aku mcam menyapu dan mengemas rumah...ni rutin harian aku...bila lak aku nk bersenam ni wei...haishhh...

6. Susun semula jadual anda
Sekiranya anda merasakan badan anda perlu tidur 7-8 jam, elakkan melakukan perkara-perkara penting sebelum tidur. Cuba lakukan perkara-perkara yang penting di awal pagi. Pada waktu pagi anda mempunyai tenaga yang banyak dan ini akan meningkatkan fokus dan produktiviti anda. Cuba tinggalkan tugas-tugas yang kurang penting atau tidak penting untuk memudahkan anda tidur dan mendapatkan kualiti masa yang anda inginkan. Tugas-tugas tersebut anda boleh lakukan pada waktu pagi dan juga petang. Jangan serabutkan kepala anda dengan tugas-tugas yang berat di waktu malam. Pastinya ia akan menggannggu tidur anda.
===> semenjak irfan dah mula pandai 'membantu' aku buat kerja aku dah mula tak bawak balik kerja-kerja opis ke rumah...selepas makan malam sure aku akan melepak atau melayan irfan bermain jek...ermmm irfan ni kalau kat rumah sure nak ajak ayah or ummi layan dia dulu baru dia nak tidur...

7. Dapatkan tidur yang sebentar pada waktu tengah hari
Dapatkan 15-20 minit untuk anda tidur pada waktu tengah hari, ia baik untuk mengembalikan tenaga anda semula semasa bekerja. Tetapi pada waktu 15-20 minit ini, pastikan anda setkan jam anda dan pada waktu ini, anda tidak perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Cukup sekadar pejamkan mata anda dan rehatkan fikiran anda. Cukup masa, terus bangun dan teruskan kerja anda.
===> tak dan haishhh aku nak tidur ni...semenjak pindah opis baru ni memang aku belom pernah lagi tidur tengahari...hehehe kalau opis lama tu selalu gak aku melelap kan mata dalam 5 10 min...;)

8. Pastikan katil anda hanya untuk tidur
Jangan lakukan perkara lain selain tidur dan hubungan kelamin (untuk yang berkahwin). Apabila anda melakukan banyak perkara di atas katil, anda mungkin sukar untuk tidur dan mungkin juga anda akan tidur berlebihan. Fungsi katil adalah untuk tidur. Ingat tu! Sekiranya anda sedang belajar, jauhkan tempat belajar anda dengan katil. Supaya anda tidak terus tidur, walaupun anda tidak habis belajar.
===> uiksss memang arr katil untuk tidur jek...dulu2 time aku bawak balik kerja pun aku tak guna kan katil untuk buat kerja k...

9. Jumpa doktor pakar
Sekiranya anda mendapati anda tetap tidur dengan berlebihan walaupun anda sudah tidur dengan cukup, ataupun sentiasa tertidur ketika melakukan kerja tanpa menunjukkan tanda-tanda mengantuk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin mengalami penyakit ‘narcolepsy’ atau ‘sleep apnea’ iaitu masalah bernafas ketika tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa lemah mungkin merupakan penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda sedari.
===> hehehehe sebelum aku declare berjumpa dengan doktor pakar harus la aku mencuba dulu tips kat atas ni ye...;)

semoga aku berjaya melaksana kan tips di atas supaya aku tidak lagi mengantuk di siang hari macam hari ni..semoga mata aku ni tidak layu di tasik madu...hehehe biar terbuntang macam mata anak aku ni hah...:D
***kepada korang yang menghadapi masalah macam aku ni hah apa kata korang try test tips kat atas ye...SELAMAT BERJAYA!!!

10 lovely reply:

kalau ngantuk, ubat saya satu je...
iaitu, tido... haha...

comeynyer last pict irfan....geram...nak geget2...

hehehe sya itu la ubat paling mujarab...uhukss p bila mengantuk time kerja ni laaa yang membuat kan otak ni hilang arah tuju...

ni time dia debok-debok...la ni kureng skit debok nya tu...

***ari tu time breakfast dia tanya...'cik in mana..?'

sorang teman pernah jumpa doktor sebab asyik mengantuk. kena gelak pulo... doktor tanya aktiviti harian. pastu doktor kata, "banyak sangat karbon dioksida dalam badan. pi bersenam nun."

ohw tq for sharing...

todoq adalah yg paling mujarab..hehehhehe

aduhai lawak la pulak Jihah...hehehe nampak sangat la kan diri ini kurang bersenamnya..ermmm selalu nya kalau ngantuk akan ku usaha kan la jugak melompat2...p memandang kan diri ini baru jek terjatuh & kaki masih lagi sakit tak dapat laaa melakukan aksi lompat melompat....

**ooooppss nampak sngt alasan nak bersenam kann...heehehe

etiey jom kita amal kan ekk...hehehe moga-moga hilang ler kemengantukan d siang hari tu...:p

rozy semalam konon2 balik awal nak tido laaa kat rumah..tapi hampa tak dapat nak tidur...mata tak mau lelap...dok menguap jek...

isk isk last2 bangun dari baring p jalan2 ermmm terus terbukak mata ni...hehehe...:D