Assalammualaikum wbt..
Siapa sini suka main guli? sila click fund aku tu ye...hehehehe...aku kecik2 dulu suka main guli tau...maklumla ketika itu gang sepermainan aku adalah abang-abang aku dan rakan-rakan mereka...ermmm selalu nya aku sorang je terselit 'anak dara' d kalangan 'teruna'...hehehe aku kecik-kecik memang agak kasar penampilannya...tiada istilah rambut tocang-tocang ni ye...rambut aku sentiasa d cantas...alergik kalau rambut panjang ni...wakakaka itu dulu arr...
oh ye berbalik cerita pasal guli ni kan, aku teringat dulu-dulu kalau lepas main guli sure kuku jari penuh dengan 'taik'...tapak tangan boleh bersepuk atau merah...aku punya koleksi guli pernah capai 1 tin milo..yang tak bestnya hehehe kalau mak aku dh naik hangin...huahauahau kalau dh main sure tak ingat nak balik kan...so apa lagi dia akan hidangkan guli dlam pinggan bagi kitorang makan...
adehhhh time tu dah ketaq kepala lutut wei...mak aku garang tau...lagi2 aku ni kan 'anak dara' yg perlu d jaga lebih...:D ermmm bila teringat balik dok terbayang kan aksi mak aku melemparkan tin milo dengan guli keluar rumah...siapa kutip siap arr...so terkebil-kebil arr kitorang ni memandang nya...
ermmm sekarang ada gak guli yang aku beli tapi tak der la nak main macam dulu kan...hehehe aku guna time main congkak je...meh aku share dengan korang cara nak main guli yang aku ambil dari en wikipedia...
Permainan
Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Cara bermain
- Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
- Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
- Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
- Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
- Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
- Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
***psst psst dulu-dulu tak tau pun ukuran nya berapa...hehee main agak-agak je pun...
8 lovely reply:
ehh ehhh , dahh lame tak nampak GULI ! rindurindu ! hehehe
rindu kan...aduhai terimbau kenangan silam ni Azwa...:D
bestnya main guli..dah lama tak main guli..dulu masa kecik2 sampai ada 3 balang besar guli kat rumah..huhuhuhuhu
huwaaaa banyaknyaa guli Intan...
eh Intan pun main guli jugak ekk...:D
hehehe.
serius masa kecik2 dulu berlagak sungguh nak main guli dgn budak lelaki.tapi asyik jentik tak kena je.takder skil..sama gak lah main gasing.keke
sudahnya main masak2,tumbuk daun.haha
Ash permainan guli ni memang kena ada skill menjetik...hehehe kena aim betul2...kalau tak sure budak2 lelaki tak bg main...:D
***dulu2 tak pernah main masak2 pun...:p
saya suka sangat dengan guli... rasa macam cantik sangat... tapi, takde la suka main.. suka letak guli banyak2 dalam akuarium... cantik!
hehehehe kecik2 dulu ini la permainan utama sya...;)
laaaa ni memang duk dlm akuarium or dok buat main congkak je la...:D
Post a Comment