Assalammaulaikum wbt...
Hari ni aku buat sambungan dari kisah semalam yang terhenti di kala ayah aku kena tahan di ICU Hospital Langkawi..pelbagai perasaan yang hadir di kala ini..bercampur baur..Selepas mengetahui keadaan ayah, kami berbincang sesama sendiri bagaimana perancangan percutian kali ni memandangkan ahli rombongan juga terdiri daripada jiran tetangga..kami sebulat suara meneruskan segala perancangan yang telah di buat sebelum ini memandangkan ayah di ICU tidak boleh di lawati selain daripada waktu melawat yang telah di tetap kan..dan juga waris tidak di benar kan berada di kawasan ICU...tambahan pula ketika waktu melawat hanya sorang sahaja yang boleh masuk pada satu2 masa..Alhamdulillah kami menyewa sebuah kereta untuk kegunaan kecemasan..so kereta itu juga akan di guna kan dan ahli rombongan yang lain akan menaiki bas..
- Selepas solat subuh abang2 aku dan mak aku pergi ke hospital untuk melihat keadaan ayah..Alhamdulillah ayah dah boleh bercakap cuma agak perlahan dan kena banyak berehat...saluran yang tersumbat juga telah di pecahkan so ayah memerlukan rawatan yang rapi sebelum di benarkan keluar...
- Perjalanan kami pada hari Ahad bermula jam 9 pagi selepas breakfast..tempat pertama yang di tuju adalah Gedung Bayu Enterprise (Gudang Batik Jawa Asli)yang terletak di Jalan Bayas...yang tak berapa nak best nya bila terlalu ramai orang yang ada di dalam Gedung yang tak berapa nak besar...makin hangat lagi ada lah last2 aku tak beli apa2 pun..hehehe tak sanggup aku nak berhimpit-himpitan...ada gak la yang memborong kain batik dan baju2..aku cuma borong Bauhulu Panas yang di jual di kedai sebelah Gudang Batik ni...hhehehe...sedap wei makan bahulu panas2..fresh keluar dari oven lagi tu...
- Dah cuci mata di Gedung Kain Batik kami menerus kan perjalanan ke Kilang Gamat Nusantara...bukan jauh pun hanya seberang jalan Gudang Batik tu je pun...tapi kena gak naik bas maklum la bawak anak2 ni kan...Kat Kilang Gamat ni aku just beli minyak gamat dengan bam sahaja..macam tak de mud nak memborong apa-apa..maybe hati ni dok terpikir kan ayah yang kat ICU..
- Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Kompleks Mahsuri..ketika dalam perjalanan ke sini, kami menerima panggilan telefon dari jiran rumah mak yang memaklumkan Pak cik Darus sebelah umah mak telah meninggal...ya Allah terperanjat semua orang..memang tidak terduga dengan berita ini..kebetulan yang ikut kami ni juga adalah jiran-jiran yang rapat dengan Arwah...Al Fatihah kami sedekah kan untuk arwah...tiba di Kompleks Mahsuri, adik beradik aku pun ramai gak yang tak masuk...hanya jiran tetangga aku sahaja yang masuk..entah la kami bagai kan hilang mud la pulak..lagi-lagi baru sahaja menerima perkhabaran yang sedih ini..
- Kami meneruskan juga perjalanan yang di rancang ini...kami menyertai 'Mangrove Tour' yang mengambil masa 1 jam untuk menyaksikan permandangan hebat formasi unik batu kapur, aksi-aksi burung helang, meneroka Gua Kelawar, melawat kolam ikan serta melalui Laut Andaman...pengalaman yang aku anggap begitu berharga...bukan senang aku nak sampai ke sini tanpa adik beradik aku kan...
- Selepas berpuashati dengan 'Mangrove Tour', kami meneruskan perancangan membawa ahli rombongan ke Idaman Suri dan Haji Ismail Group..Alhamdulillah ayah di ICU bertambah baik..cuma doktor masih lagi memantau degupan jantung nya..so dia di nasihatkan tidak banyak bercakap...lega la juga kan...namun sekali lagi kami menerima berita sedih dari keluarga angkat adik aku yang sepatutnya kami singgah dalam perjalanan pulang nanti...kami di maklumkan bapa angkat adik aku meninggal dunia...Alfatihah untuk arwah..lagi sekali kami terpaku dengan apa yang terjadi...hakikatnya segala perlaksanaan adalah di bawah kekuasaanNYA...segala yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya..
- Usai selepas sesi bershopping di dua-dua tempat tu...turn kami adik beradik sahaja membuat lawatan ke Hospital Langkawi...kami menyewa 2 lagi kereta maklumla adik beradik aku kan ramai...ketika di ICU kami di beri keizinan untuk masuk 2 orang sekali...Alhamdulillah semua berpeluang masuk dan tengok ayah...Alhamdulillah juga keadaan beransur pulih..lega kami melihat ayah...
- Balik dari hospital kami berbincang siapa yang perlu tinggal dan urus kan hal ayah di sini memandangkan hari Isnin pagi kami dah kena berangkat pulang...kata putus di capai mak akan di temani adik yang bongsu akan menguruskan hal berkaitan ayah..memandangkan kawan adik memang orang Langkawi so senang skit dia nak berurusan..Ayah, Mak dan adik akan balik naik flight dan bergantung bila ayah akan keluar wad..
***bersambung lagi ye kawan-kawan...aku tengah bz dengan kerja ni sebenarnya...
8 lovely reply:
byknya perkhabaran yg kurang gembira time bercuti yea kak...x pe lah, ape yg terjd ade hikmahnya..semoga ayah akak cepat sembuh..amin
alahai...kalau aku lah beb mau2 kensel terus dah tu..
tp yelah..kite bawa org lain kan
emmm...smoga pakcik cepat2 sembuh..
tetiba teringat ayah aku:(
amin~
ha'ah arra percutian kali ni memang sangat2 terduga..macam2 yang terjadi..
thanx risa..
macam-macam perkhabaran yang ku dengar so hati ni dah tak keruan di buatnya..nak shopping apa pun tak dapat..
penat tuor agaknya....harap ayah Fisa bertambah sihat ...seronok sesekali becuti bersama2 keluarga cmni...jalan2 sakan..kesihatan jgn diabaikan ok.
P@kcikLie, ayah penat travel jauh..tapi tu la dia beria nak naik Ferry...time jumpa dia kat ICU tu dia kata ni nama nya betul2 rehat...
anyway thanx yer..kesihatan memang WAJIB di utamakan...;)
alahai kak fisa...sedih baca...rupanya ada khabar sedih gak part 2 ni ye...sabar la ye...tak sempat lagi baca part terbaru...busy pulak tetiba...huhu
ramizah memang banyak dugaan percutian kali ni...nak buat macamana kan...kena la bersabar menghadapinya...
Post a Comment