My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah aku masih lagi di beri keizinanNya untuk mencoret kan kisah biasa hidup aku di sini...Selamat Bertemu kembali sahabat-sahabat alam maya yang ku rindui...perpisahan selama 4 hari membuat kan hati aku tidak keruan..ahakss betapa aku dah addicted nak menaip di sini kan...isk isk rindu tidak bertepi beb...
So hari ni aku nak share cerita-cerita dan kisah-kisah yang suka dan duka di kala aku bercuti selama 4 hari ni kan...ermmm merujuk coretan tak sabar tak sabar tak sabar aku hari Jumaat lepas nampak kan aku begitu teruja dan tak sabar nak pergi bercuti..apa kan daya kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukannya...
  • Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 9 malam tertunda sehingga 11 malam gara-gara bas yang di sewa lambat sampai akibat jem yang teruk..
  • Seperti yang di rancang perjalanan akan terhenti sebanyak 2 atau 3 kali memandang kan ahli rombongan terdiri dari peringkat usia..yang terjadi hanya sekali berhenti di Simpang Pulai..
  • Rombongan di jadual kan menaiki feri di Kuala Perlis jam 6.30 pagi maka sepatut nya tiba dalam 5.30 pagi agar dapat berehat seketika sebelum menaiki feri..sebaliknya kami tiba jam 6 pagi dan keadaan agak kelam kabut bila masing-masing perlu berkejaran ke toilet yang agak sesak ketika itu...
  • Alhamdulillah perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Pekan Kuah berjalan lancar dan bas sedia menanti untuk ke Chalet kami
  • Kami di janji kan 2 bilik sebagai tempat rehat sebelum waktu untuk check in Alhamdulillah dalam 11 bilik yang di sewa kami di beri 9 bilik awal memandangkan penyewa dah keluar awal...thanx to pengurusan Lagenda Permai Chalet...
  • Selepas sarapan kami mengambil ruang dan waktu untuk merehatkan diri seketika
  • Jam 2.30 petang baru la aku tersedar dari rehat yang panjang untuk menikmati makan tengahari yang boleh di kategori MAHAL seh..lagi satu yang MAHAL ialah selipar yang kat TESCO dalam RM 3.90 kat sana berharga RM 10...lasat maaahal maa...hehehe well tempat perlancongan kann...
  • lepas lunch aku bawak anak bujang aku berjalan kat pantai..lagi sekali aku terkejut melihat kan pemandangan kat situ...banyak sangat 'Mat Salih kena salai'..wakakakaka maklumler aku kan 1st time datang sini...memang terbakar mata d buatnya...:p lagi satu lambang Carls***g dan T*g*r juga bersepah-sepah macam jualan air sirap kat sekolah...hehehe well nama nya pun tempat perlancongan kann...
  • memandangkan hubby aku tak nak ke pantai bila aku cerita kan kisah 'ORANG KENA SALAI', dia sanggup jadi driver aku & adik2 ke Airport Langkawi ambil kakak & abg ipar aku..hehehe dia kata tak terbakor la mata nanti...:D
  • keluar dari Airport kitorang melepak kat tepi pantai yang dekat dengan airport sambil menikmati Laksa & Rojak buah...perghhh sedapnyaa sambil menghirup udara petang kan..
  • memandangkan kereta sewa harus di pulang kan dalam 7.30 malam so aku ajak hubby aku drive ke Pantai Tengah...ermmm not bad gak arr pemandangannya..yang pastinya dekat situ & ketika itu tiada 'ORANG YANG KENA SALAI'..Alhamdulillah aku dapat shoot Sunset...i likeee it...:p
  • Makan Malam kami hanya melepak kat Restoran sebelah chalet sahaja...costly about RM 400 for 25 persons...menu malam tu : Tomyam campur, pari sambal, siakap 3 rasa, telur dadar, sup ayam..
  • Selepas makan malam, kami menikmati angin malam sambil berjalan di sepanjang jalan Pantai Chenang..happening beb..macam-macam jualan ada..perancangan malam tu hanya untuk mencuci mata dan akan melaksanakan misi shopping menyopping pada hari Ahad..
  • Jam 11.30 malam pintu bilik aku di ketuk..yang ketika itu aku sedang tidur kan c bujang sorang tu akibat keletihan berjalan...kakak aku memaklumkan ayah sakit di bilik dia...
  • Selepas Irfan lena baru aku ke bilik ayah..terkedu dan terkaku melihat ayah yang sedang sesak nafas dan semua adik beradik aku dah berada dalam bilik itu..ayah kata tangan dia kebas, dada dia sakit, dia tak boleh nak bangun..Ya Allah...terkesima aku di buatnya...
  • Alhamdulillah adik aku yang bongsu mempunyai kawan yang memang berasal dari Langkawi dan secara kebetulan memang berada di Restoran sebelah chalet kami..dia la yang membantu kami menunjukkan arah ke Hospital Langkawi..
  • Jam 1.30 pagi, aku di kejutkan sekali lagi dan di arah kan berkumpul di bilik ayah..kami di maklumkan ayah di tahan di ICU kerana jantung dia dalam keadaan yang terlalu lemah dan kritikal kerana saluran darah yang tersumbat..doktor memaklumkan juga saluran yang tersumbat tu akan di pecah kan dan ayah perlu di monitor dalam tempoh 72 jam..tersentak kami adik beradik bila menerima berita ini di kala kami sedang bercuti...

**kita bersambung esok ek..ada beberapa lagi dugaan yang kami tempuh sepanjang percutian kali ni..




12 lovely reply:

Biasa la tu finie jelita..kalau dah ramai - ramai tapi seronokkkk

ala..kesiannya....cepatla sambung..suspen je ni

alahai kak fisa...sedih pulak baca part akhir tu...ku tunggu sambungannya...harap2 ayah kak fisa sihat2 je sekarang ni...

kak MJ memang meriah dengan anak2 yang seronok naik feri, bas & bot...diorang dapat mandi manda di tepi pantai...tang tu memang tak nafi kan keseronokannya...

della ermmm memang sangat2 suspen je sepanjang malam tu...

ramizah sambungan nya hari ni yer..;)alhamdulillah dia makin sihat...

dalam gumbira2 mesti ada gak selit satu dua dugaan kan..

takpe..yang penting hepii..

tu la ashra...alhamdulillah kami sentiasa di ingat kan jangan terlalu gembira..pasti terselit sedikit kedukaan itu..

alahai..lamnya kami dah tak ke sana..10 thn lebih mesti banyak pembaharuan..huhu , Langkawi tunggu...

wah!!lamanya P@kcik Lie...ehhehehe fisa ni pun sebenarnya 1st time pergi pun...;)

***eh nak pergi Langkawi ke..?

mesti xda mood nk jln2 dAhkn~nak wat cane..semua Allah dah tentukan....

betul tu suna husna..

insyaAllah ada hikmah semua ni kann...uikss tak sabar nak ke sana lagi...;)