Life is the only art that we are required to practise without preparation, and without being allowed the preliminary trials, the failures and botches, that are essential for the training of a mere beginner so life is an experiment. The more experiments you make the more experiences you gain.
i am the only person in the world i should like to know thoroughly.i do my thing and you do yours. i am not in this world to live up to your expectations, and you are not in this world to live up to mine. you are you and i am i, and if by chance we find each other, then it is beautiful. if not, it can't be helped.
Cerita Tahun Baru
-
[image: Image result for happy new year 2018]
Hari ni dah 6 Januari 2017. Rasanya belum terlambat lagi nak wish Selamat
Tahun Baru 2018. Semoga semua hara...
10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita
-
Assalammualaikum wbt..
Di sini saya nak kongsikan 10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita yang
saya perolehi dari website Positive Parenting
*1. Tia...
Sori beb aku agak lama mendiamkan diri d sini...terlalu banyak kerja yang perlu aku laksana kan..selain berkaitan hal-hal keluarga...kerja yang aku buat ni pun sedang mengalami lambakan gara-gara bulan June bakal berakhir dalam minggu depan...
Ermmm apa ada dengan bulan June ni? hehehe selain orang lain dok sibuk celebrate Hari Bapa (hari yang aku tak tau bila date nya), bulan June ni juga bulan pembayar cukai yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan..sesiapa yang mempunyai punca pendapatan dari perniagaan selain dari makan gaji harus lah mengemukakan Borang B korang sebelum June melabuhkan tirai nya minggu depan..korang boleh klik di sini untuk maklumat selanjut nya ye..
akhirnya air mata yang cuba ku tahan selama seminggu ini mengalir jua bila aku melihatkan kesakitan yang Itam aku tanggung...
hari selasa lepas aku menerima sms dari Kak Ida beritahu yang Itam boleh keluar hospital dan dia akan uruskan pembayaran bil serta ubat...memandangkan Kak Ida bawak kereta Vitara so dia minta bantuan aku...maka nya aku kena ikhtiarkan macamana nak bawak Itam balik..kebetulan hari tu Norlin puasa so aku tak nak ganggu dia..aku sms kat hubby aku mintak tolong..so dlm kul 6.30 petang bila hubby aku sampai rumah mak, mak aku suruh ambil lepas maghrib supaya tak kelam kabut nanti sebab nya Kak Ida nak suruh bawak anak2 dia sekali dan anak2 dia juga berpuasa..
selesai berbuka & solat magrib, Norlin menawarkan diri untuk bawa anak2 Itam dan mak ke hospital..means 3 kereta dari hospital...ketika itu kami semua fikir MAYBE Itam dah boleh jalan sebab itu doctor suruh balik..TETAPI sebaliknya yang terjadi...rupa-rupanya Itam masih lagi tidak boleh berjalan even duduk atas wheelchair pun dia masih lagi rasa sakit...Ya Allah macamana kami nak bawak balik dia...? pelbagai cara kami ikhtiarkan bagaimana nak masukkan Itam ke kereta..sepatutnya Itam naik kereta Citra memandangkan seat Citra agak tinggi maka Itam kena naik Vios...at least rendah sikit..alhamdulillah Norlin ikut sekali kalau tidak tak terbayangkan macamana kami nak buat...yang menjadi masalah kami adalah kaki Itam TIDAK boleh tergantung...silap angkat Itam akan menjerit kesakitan...Ya Allah berdebar2 hati aku melihatnya...mana nak angkat dia..mana nak kena jaga bag dan tiub air kencing dia...mulut masing2 tak berhenti berdoa semoga segalanya di permudahkan...Alhamdulillah akhirnya Itam dapat juga masuk ke kereta..
Sepanjang jalan, masing2 tertanya-tanya kenapa doktor boleh bagi Itam keluar padahal Itam baru 1 week laybed...tapi apa kan daya pertanyaan tanpa jawapan menyakitkan kepala ni..dari menyakitkan kepala lebih baik berdoa semoga perjalanan ke rumah Itam berjalan lancar...Alhamdulillah perjalanan dari Hospital Klang ke Meru berjalan lancar...sampai di rumah Itam, masalah nak turun kan Itam pulak...aku dah tak mampu lagi nak melihat...aku dh tak mampu lagi nak mendengar jeritan kesakitan Itam...bagikan tersiat hati aku melihat kesengsaraaan Itam...Ya Allah sayu hati aku melihat keadaan dia...sampai berpeluh semua orang memikir kan cara nak keluar kan Itam dari kereta...salah cara Itam menjerit...ketika ni aku dah lari ke dapur..dah tak sanggup lagi dah nak melihat Itam...Norlin kata raut wajah Itam menunjukkan kesakitan yang amat sangat dan Itam hampir 'down'...mak usap Itam..mak suruh Itam berdoa bnyak2 minta pertolongan...Alhamdulillah selepas 30 min berusaha Itam berjaya d letakkan di atas wheel chair...lencun baju dia berpeluh..masing-masing menghela kan nafas lega...
masuk dalam rumah, mak suruh Itam berehat atas wheel chair dulu sebelum mengalih kan dia ke katil...pasti nya ada cabaran lagi untuk mengangkat dia...berehat dalam 30 min, Itam dah tak tahan duduk lama jadi kena alihkan dia ke katil pula..ketika ini lah, kesakitan yang teramat sangat di rasai bila dia memeluk erat badan Along dan menjerit kesakitan...Ya Allah, kesian betul kat Itam..ketika ini juga air mata aku dah tak tertanggung untuk mengalir...aku menangis..aku tak mampu lagi nak menahannya...mak mertua Itam pun turut sama mengalir kan air mata melihatkan menantu dia yang kesakitan...mak memeluk erat Itam...mak usap kan badan2 Itam bagi mengurangkan kesakitan yang di alami..selepas Itam berjaya d letakkan d atas katil, masing2 dah tak mampu nak berkata apa2...kami adik beradik bagaikan turut sama merasai kesakitannya...hubby aku pun turut sama rasa debarannya...Alhamudlillah selesai semuanya...
di dalam kereta ketika pulang ke rumah, aku menangis teresak2...aku tak sanggup lagi nak melihat kesengsaraan Itam...hati aku sayu dan pilu...yang membuat kan aku begitu sedih bila mengenangkan sikap Itam yang banyak membantu aku dari aku kecik hingga la sekarang...teringat kalau aku sakit dia la yang membantu aku...bawak aku ke klinik...ketika aku belajar dia la yang hantar dan ambil aku..Itam tak de merungut atau marah2...kalau teringin nak makan suruh je dia beli pasti dia beli kan...kalau kerja rumah, Itam juga ringan tulang membantu..kalau hari raya, dia la yang banyak membantu di dapur...sebut je apa jua jenis bantuan pasti tiada rungutan...hingga kan pernah satu ketika aku dan Angah asyik sebut je kebaikan Itam, adik beradik lelaki yang lain terasa hati...hehehe walau pun dalam nada bergurau.
balik dari rumah Itam, Angah sedia menanti d rumah aku..aku menceritakan detik cemas dan cabaran2 yang di hadapi nak bawa Itam balik..aku dan Angah sama-sama menangis...kami terimbau kan kebaikan yang Itam lakukan...dia la peneman andai nya kami berdua ni ada masalah..dia juga la pembantu andai nya kami memerlukan pertolongan...segala kebaikan Itam membuatkan hati kami makin sayu...kami perlu beri sokongan yang tidak berbelah bagi pada Itam..kami perlu membantu Itam seperti mana dia pernah membantu kami...kalau boleh kami tidak sanggup lagi melihat kesengsaraan yang Itam alami...sakit Itam sakit juga la kami...ketika menaip ni pun air mata aku laju memikirkan keadaan Itam....
Ya Allah, Engkau kurniakan lah ketabahan dalam hati abang aku dalam menghadapi ujian dan dugaan mu ini...Ya Allah, Engkau sembuhkan lah abang aku dari kesakitan...Ya Allah, Engkau pulih kan lah abang aku dari kecederaan yang di alami nya...Ya Allah, aku juga memohon kepada mu, Engkau permudahkan lah segala urusan abang aku...amin amin ya rabbal'alamin...
aku suka baca Artikel dari Ustaz Zaharudin mengenai Doa Kesembuhan Sakit dan Penyakit...ini adalah sebahagian petikan dari artikel tersebut:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca "Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
hari ni aku nak buat sambungan cerita semalam...yang terhenti seketika kerana aku memberi laluan kepada kerja-kerja yang perlu di selesaikan...kepada yang sudi membaca cerita aku ni jutaan terima kasih aku ucap kan kepada korang...cerita ini hanya la cerita kehidupan aku...cerita yang biasa tiada yang luar biasa...apa yang ku coretkan di sini hanya la sebagai tatapan aku untuk kemudian hari...andai nya ujian ini ku anggap berat...ada yang lagi berat ujian dan dugaan yang menimpa mereka..semoga cerita ini menjadi pedoman kepada aku dalam mengharungi kehidupan ini...
sampai sahaja di bahagian kecemasan, aku terus mencari Zon Merah & terus meluru masuk dan mencari Itam...ketika aku sampai doktor dah mula berkerumun Itam dan langsir pun di tarik...menghalang pandangan aku nak melihat keadaan Itam...aku di arahkan untuk menunggu di Ruang Keluarga..aku berjumpa dengan kawan Itam yang menghantar dia ke hospital...aku d maklumkan oleh mereka Itam telah di hempap paip gas yang tengah di welding...Allahuakbar!!jantung aku makin laju berdegup...hati aku makin tak keruan...zikir dan doa tidak putus di mulut ni...mendoakan Itam selamat...
ketika Kak Ida sampai, dia di benarkan melawat Itam seketika..Itam tidak di benarkan bercakap banyak...Norlin telah memaklumkan kepada semua adik beradik aku kejadian yang menimpa Itam...jam 6 petang, Mak dan semua adik beradik aku dah berkumpul di bahagian kecemasan..ketika Mak masuk, Mak memeluk aku dan bertanya kan keadaan Itam...air mata Mak berjuraian...ketika ini aku tidak mampu lagi nak menahan air mata ini mengalir...Mak juga di benarkan melihat keadaan Itam..selepas Mak dan Kak Ida keluar..adik beradik lelaki aku mengambil peluang untuk melihat Itam one by one...
Kami d maklum kan berkemungkinan Itam mengalami pendarahan dalaman..berkemungkinan ada organ dalaman yang pecah atau bocor memandangkan darah keluar di saluran kencing tanpa putus...kami juga di maklumkan tulang pelvik Itam patah kedua-dua belah..berkemungkinan ada keretakan di tulang rusuk kerana dada Itam dah mula bengkak..berkemungkinan paru-paru dia juga tercedera..doktor tengah berusaha memastikan keadaan sebenar Itam...segala yang di sebutkan adalah BERKEMUNGKINAN belaka...pada ketika ini, doa dan zikir tidak lekang dari mulut kami..semoga doa kami di makbul kan...besar manfaat berdoa ni...
Untuk memastikan segala kemungkinan-kemungkinan di atas, doktor akan melaksana kan pemeriksaan lanjut ke atas Itam...Itam akan menjalani Ultrasound dan CT Scan untuk memeriksa keadaan organ dalaman Itam...Jam 7 malam aku di arah kan untuk membawa semua anak2 buah aku balik ke rumah...memandangkan proses pemeriksaan akan mengambil masa yang panjang...malam tu bergilir-gilir adik beradik aku menanti di hospital...bergilir-gilir balik mandi dan berehat...hingga Jam 3.30 pagi, aku menerima sms dari Norlin memaklumkan Itam telah di pindahkan ke wad 3B..namun keadaan nya tidak dapat di kenal pasti kerana mereka tidak dapat berjumpa dengan doktor...
Jam 4.00 pagi semua yang berada di hospital pulang ke rumah..Norlin menjaga Itam sementara Kak Ida balik berehat...mengikut cerita Norlin, keadaan Itam sangat-sangat teruk...Itam tidak di benarkan minum atau makan...Itam perlu berpuasa kerana doktor mengandaikan Itam akan di bedah andainya result CT scan menunjukkan ada kerosakan organ dalaman...Norlin kata terasa menitik air mata dia bila Itam beritahu badan dia panas..dia sangat2 dahaga...Ya Allah aku yang mendengarnya pun terasa betapa beratnya ujian yang Allah beri..semoga ujian dan dugaan ini, Itam hadapi dengan tenang dan sabar...semoga ujian ini tersembunyi hikmah dan rahmat yang paling besar...
Hari Selasa 07/06/2011 jam 1 petang, aku menerima sms dari Alang (abang aku) memaklumkan keadaan Ayah yang berada di IJN "maklumat terkini ayahanda, saluran darahnya tersumbat semuanya dan memerlukan pembedahan jantung.."..Ya Allah lagi satu ujian menimpa...sabar-sabar..redha la dengan segala Ujian dan Dugaan yang di beri ini..sms Alang juga memaklumkan "satu perjumpaan tergempar untuk membincangkan keadaan Ayah dan Itam serta bacaan Yassin akan di adakan pada malam ini..."
aku terpaku dan terpana..terdiam seribu bahasa..segala nya telah tersurat dan tersirat sejak azali lagi...zikir pengubat hati yang sedang berduka...zikir menenangkan jiwa yang bercelaru agar kembali sedar...jam 2 petang Alang menghubungi aku mengarahkan agar Mak dan Along di bawa melawat Ayah...Ayah kerap bertanya kan bila Mak dan Along nak datang...so petang tu aku mula buat perancangan nak melawat Ayah dan Itam...Norlin jadi driver, Ain jadi penunjuk arah jalan ke IJN...aku, Mak dan Along sebagai penumpang..
Jam 5 petang baru kami di benarkan melawat Itam..keadaan Itam ketika itu terlalu lemah..dia tidak mampu nak bercakap dan mata dia mula layu...Kak Ida memaklumkan yang Itam di beri kan ubat penahan sakit dan ubat yang membuatkan dia tidur dan berehat...Alhamdulillah kami menerima perkhabaran yang positif bila result CT Scan keluar menunjukkan tiada kerosakan organ dalaman yang lain kecuali saluran kencing dia mengalami masalah dan juga patah tulang pelvik..aku bersyukur Itam tidak perlu melalui proses pembedahan...aku bersyukur Itam masih lagi boleh bercakap...aku bersyukur walaupun sedikit perkhabaran itu...aku sentiasa memastikan aku berada di kalangan mereka-mereka yang bersyukur...selepas memastikan Itam dah lena baru kami bergerak ke IJN pula...
Ketika di dalam perjalanan, kami ligat berfikir andainya Ayah bertanya kan Itam..kerana Itam boleh la di andaikan anak kesayangan Ayah..even Itam tak balik weekend pun dia akan tanya kenapa Itam tak balik..Ayah apa-apa hal pun akan mendengar kata Itam dan mengharap kan Itam...even badan dia lenguh or sakit pun dia akan suruh yang lain telefon Itam suruh balik..dalam kereta kami berdoa semoga Ayah tidak mention langsung nama Itam...alhamdulillah ketika kami sampai hingga la kami balik Ayah tidak bertanya langsung pasal Itam..lega hati ini..andai dia tanya apa la jawapan yang sesuai ekk...nak menipu tak sanggup aku aihh...
Kami bertolak balik jam 7 malam, memandangkan Mak aku berpuasa dan malam tu ada perjumpaan dan bacaan Yassin...sebenarnya waktu melawat IJN berakhir jam 8 malam...alasan yang kami bagi kat ayah jalan jem dan perjalanan jauh...mulut masing2 terkunci rapat...tak mau terlepas cakap pasal Itam...di luar bilik, Ida maklum kan yang Ayah TAK NAK buat pembedahan tu...macam-macam yang Ayah cakap...memandangkan Ayah ada tanda-tanda sakit Alzheimer apa yang Ayah cakap jangan ler kita ambil pusing...kalau ambil pusing apa yang dia kata sure akan menyakitkan hati ini..jawapannya bersabar jer la dengan tindak tanduk Ayah...memandangkan dia dah kata TAK NAK buat pembedahan so aku conclude tak perlu la buat..nanti lagi panjannnnnng ceritanya...
so malam tu lepas bacaan Yassin, perbincangan telah laksana kan...sebulat suara setuju agar ikut sahaja apa kehendak Ayah...uhukkss masing-masing takut kalau Ayah marah....sebab pernah terjadi kalau Ayah marah lain jadi nya...mengenai hal Itam pula, segala nya bergantung kepada keputusan doktor...segala urusan Insurans dan CIDB akan di pantau agar Itam tidak di bebani masalah kewangan kemudian hari...
semoga kecerian yang selama ini mewarnai hidup aku dan keluarga akan menunjukkan sinar nya..aku mendoa kan orang-orang yang aku sayang sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik...semoga orang-orang yang aku sayang sentiasa berada di bawah lindunganNYA...semoga orang-orang yang aku sayang peroleh rahmat dan hikmah atas apa jua ujian dan dugaannya..kepada mereka yang sudi membaca cerita aku ni aku ucapkan jutaan terima kasih...kepada yang sudi mendoa kan kesihatan ayah dan abang aku tiada nilai dapat d gantikan dengan doa kalian...doa kalian begitu berharga...
semalam aku menguruskan hal abang aku yang telah d benarkan keluar hospital setelah seminggu berkampung d dalam wad...semalam juga air mata aku yang sepanjang seminggu ini ku tahan mengalir akhirnya selepas melihat kepayahan dan kesakitan yang abang aku tanggung....Ya Allah berat mata aku memandang berat lagi bebanan yang abang aku tanggung...
terimbau kembali kenangan pada hari Isnin lepas (6hb June 2011)...
Kedengaran bunyi motor masuk ke halaman rumah mak dan ada orang memberi salam...bila pintu di buka rupanya Itam (abang aku) datang singgah sebelum pergi ke site tempat dia bekerja sebagai Welder...memandangkan hari tu Along kerja pagi, mak suruh Itam beli kan breakfast untuk kami...Itam beli kan roti canai dan nasi lemak...terkejut gak bila tengok Itam beli kuantiti yng banyak sedangkan ketika itu yang ada hanya beberapa orang...bila mak tegur "banyak betul kau beli ni Tam"...Itam kata "tak per la mak bukan selalu pun"..aku pelik gak tengok sikap Itam yang banyak mendiamkan diri pagi tu...selalunya kalau Itam datang sure ada gelak ketawa nya...ada je cerita kelakar yang di buat...mulut aku boleh pulak tak bertanya kan apa yang terjadi...dalam hati aku terdetik "maybe Itam banyak pikir kot" "maybe Itam ada masalah kot""biarkan je la dulu"...
Ermmm selalunya kalau Itam singgah sebelum pergi kerja sure dia akan melayan Irfan..mandi kan Irfan atau pun pakai kan Irfan pakaian..Irfan pun kadang-kadang terpanggil dia "AYAH"...tetapi kali ni Itam tak buat semua tu...bila Irfan kacau dia makan roti canai dia cuma kata "meh kita makan sama-sama"..lepas breakfast Itam bersiap terus ke tempat kerja..membuatkan aku & mak macam tertanya kenapa Itam diam je...dengan Irfan pun dia tak berapa nak layan...mak kata "ada la tu masalah agaknya tu"..
Kebetulan tengahari tu, ayah perlu ke IJN untuk menjalani pemeriksaan saluran darah ke jantung yang tersumbat maka pagi tu tak der la perbincangan pasal sikap Itam yang lain..selalunya kalau ada adik beradik yang bersikap lain sure kami yang lain ni akan kaypoci gak nak tau...Bad (adik lelaki aku) d beri tugas untuk menghantar ayah ke IJN sambil di temani oleh mak dan juga Ida (adik perempuan aku)..Ida di beri tugas untuk menjaga ayah jika ayah di tahan wad..mak aku dah tak berapa sihat nak menjaga ayah di wad..mak perlukan juga rehat yang banyak sebab mak ada darah tinggi...
Aku seperti biasa setelah memastikan tugas2 telah di pertanggungjawabkan, aku pergi keje..jam 3.00 petang aku menerima sms dari Ain (adik perempuan aku) yang memang sedia menanti ayah kat IJN memaklumkan "ayah masuk bilik A210 Tingkat 2"..so aku reply "noted"..plan maybe hari Selasa aku g melawat ayah..sebab hari tu aku plan nak bawak anak aku dan anak2 jiran ke kedai buku..namun jam 4.30 petang aku menerima panggilan telefon dari Kak Ida (kakak ipar aku) "Uda, nak mintak tolong Uda ke hospital pergi tengok Itam. tadi pihak hospital telefon kata Itam exciden kat tempat kerja. Itam kat zon merah bahagian kecemasan. Kak Ida dh on d way ni"...slurrrrrrpppppp jantung aku bagaikan laju mengepam..berdebar jantung aku di buatnya..."ok2 Uda pergi sekarang" laju je mulut aku bagi pengesahan..aku lupa yang hari tu aku tak drive kereta...so aku terus kol Norlin (adik perempuan aku) ajak dia ke hospital...dia pulak kebetulan MC dan ada kat rumah mak jadi dia bawak sekali Along yang baru balik kerja...
wei korang terasa tak gegaran sebentar tadi? lepas aku buat entry tadi tiba-tiba badan aku bergoyang...isk aku ingat kan aku pening kepala ke apa kan...uikss mana la tau kot2 aku dah OVER STRESS sampai kepala aku bergoyang ke...pastu aku tanya staff aku dia kata dia pun terasa gak...then aku tulis arrr status kat FB...rupa-rupanya member2 aku kat PJ, Seri Kembangan,Bangi dan KL pun terasa gak gegarannya...
Jakarta - Setelah semalam melanda Tahuna, Sulawesi Utara, pagi ini gempa bumi kembali mengguncang wilayah Indonesia tepatnya di daerah Tarutung, Sumatera Utara. Gempa berkekuatan 5,5 Skala Richter ini terjadi di kedalaman 10 kilometer dan dinyatakan tidak berpotensi tsunami.
Berdasarkan data yang dirilis situs Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Selasa (14/6/2011), gempa tersebut terjadi pukul 07.08 WIB.
Pusat gempa tercatat berada di 30 Km sebelah tenggara Tarutung, Sumut dan 39 Km sebelah timur laut Sibolga, Sumut. Lokasi gempa tercatat berada di koordinat 1,79 LU dan 99,13 LS.
Belum diketahui dampak dari peristiwa ini.
ni pulak kat Berita Harian Online
Gempa 5.9 magnitud gegar Sumatera Utara 2011/06/14 KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.
The first 5.5-magnitude earthquake hit Sumatra at 8.08am and the second 5.6-magnitude quake hit the same place at 11.01am Tuesday. Calls came pouring in from Selayang Hospital, KLCC building and other highrises in the Klang Valley as many residents ran out of their buildings. However, there was no tsunami threat, said the Malaysian Meteorological Department.
Information about damage or casualties has yet to come in.
seminggu sudah berlalu...kesibukan aku menguruskan hal-hal keluarga berserta lambakan kerja di atas meja membuat kan aku tidak mempunyai ruang seketika untuk menyelinap d sini...
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas segala ujian dan dugaan yang d berikan menyedarkan aku atas nikmat dan rahmat kurniaanya adalah dari pelbagai bentuk...setelah keluarga ku di duga dengan dua perkhabaran yang ku anggap ujian menduga keredhaanNya alhamdulillah minggu ini semuanya di luruskan dan di permudahkan segala urusan berkaitan perkhabaran d atas...walaupun ia belum berakhir namun sinar yang sedikit sudah cukup untuk aku memanjatkan kesyukuran kepada ilahi...alhamdulillah...jom kita dengar kan lagu Maher Zain ni...
Thank You Allah
By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..hakikatnya Allah tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya...namun ada kah kita sentiasa berada di dalam keadaan yang sedia menerima segala ujian dan dugaannya..? persoalan ini akan terjawab andainya minda dan hati kita sentiasa teguh dengan keimanan terhadap Allah kerana ianya bukan sahaja persediaan dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental.
Ujian dan dugaan yang aku dan keluarga terima pada hari Isnin lepas cukup berat namun aku dan keluarga terima dengan keredhaan Nya..segala yang terjadi telah tersurat dan tersirat sejak azali lagi..maka aku dan keluarga harus REDHA dan SABAR atas ujian dan dugaan yang di terima...
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45)
aku dan keluarga sama sekali tidak menyalahkan takdir atas apa yang terjadi..kami menerimanya sebagai satu ujian yang harus kami hadapi dan yakin dugaan yang datang ini pastinya bersama hikmah di sebaliknya..
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Ujian dan dugaan yang melanda kami, menjadikan kami sentiasa menghargai apa yang sudah kami miliki...Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan Ujian dan dugaan yang di beri ini merapatkan lagi hubungan adik beradik aku..menambah kan lagi perasaan kasih dan sayang sesama kami..ianya terserlah di setiap riak wajah adik beradik aku..kami berkumpul di depan bilik kecemasan memberi kan kata-kata semangat serta mendoakan keselamatan saudara kandung kami...semoga kedua-dua orang yang kami sayang cepat sembuh dan semoga doa kami di makbulkan..
jom kita layan lagu dari drama Berpaling dari Jannahmu..lagu ni memang meruntun perasaan betul laa...aduhai setiap kali dengar lagu ni sure syahdu je hati ni..jiwang d hari Jumaat...
aku sedih aku sedih aku sedih...menitik air mata aku bila melihat berita d TV3 mengenai bayi yg di campak dari tingkat 5..
Ya Allah di mana kah sifat perikemanusiaan kita..apakah kita semakin kejam...seumpama binatang yang tidak berakal..walhal ada juga binatang yg pandai sayangkan anaknya..apa tah lagi kita ini manusia yg di beri cukup akal fikirannya...kembali la ke jalan yang benar wahai manusia yang tidak berhati perut...ingat lah setiap perbuatan yang kita lakukan pasti nya ada balasan yg setimpal..bertaubat la wahai manusia yang kejam...
sayu sangat hati aku ni tau...menitik air mata aku...bila malam tadi aku terdengar kan berita ini...
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.
Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan. “Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.
Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku. “Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.
“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat. “Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.
Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin. Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.
Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari. Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya. Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.
jawapan paling tepat adalah mereka ini KEJAM mengalahkan binatang...aku rasa macam nak campak je org yang campak kan bayi ni..apa dia rasa pulak...tolong la berpikiran yang waras sewaras nya...andainya si pelaku itu bermasalah dgn mental seperti berita semalam yg aku kongsi kan kita boleh lagi menerima nya..andainya si pelaku itu seorang yang normal TOLONG la TOLONG la jangan lagi di seksa atau di buat begini...aku merayu..aku tak mampu lagi beb nak tengok ada lagi bayi yang menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia lain..
nak taip ni pun air mata aku menitik gak...terpulang la kalau korang nak kata aku terlalu emosi ke atau apa...ada orang lain bersusah payah berusaha nak dapat kan anak..ni sewenang-wenang je nak buang anak yang tidak berdosa ini..kalau dah tak nak sangat serah je la ke badan kebajikan ke...jangan melakukan kekejaman ke atas bayi ini..apa lah daya dia nak melawan kita kann...
yuhuuu kawan-kawan...sory naa aku dh tak update story day by day...paham2 je la kan keje sendiri ni tak sama dengan keje dgn orang..time management pun penting gak tu...so nak menyelinap kat sini pun kena ada masa yg sesuai...hehehe...
hari ni aku nak share berita yg aku baca pagi tadi kat HM...jom layan dulu artikel ni ye...
Simpan mayat dalam stor
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah.
Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu ‘disimpan’ selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin.
Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa saudara mangsa yang dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada jam 2.41 pagi semalam.
terharu aku membaca nya...bayi ini menjadi mangsa ibu bapa dia yang tidak sihat..apa la daya bayi ini kan...oooh aku terkenang kan anak aku yg sorang tu...