Assalammualaikum wbt...
yuhuuu kawan-kawan...sory naa aku dh tak update story day by day...paham2 je la kan keje sendiri ni tak sama dengan keje dgn orang..time management pun penting gak tu...so nak menyelinap kat sini pun kena ada masa yg sesuai...hehehe...
hari ni aku nak share berita yg aku baca pagi tadi kat HM...jom layan dulu artikel ni ye...
Simpan mayat dalam stor
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.mySUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah.Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu ‘disimpan’ selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin.Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa saudara mangsa yang dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada jam 2.41 pagi semalam.
terharu aku membaca nya...bayi ini menjadi mangsa ibu bapa dia yang tidak sihat..apa la daya bayi ini kan...oooh aku terkenang kan anak aku yg sorang tu...
14 lovely reply:
ya allah sedih nyer kak....
muka irfan kecik-kecik innocence jer...sekarang 'baik' sangat....rasa nak geget2 jer...hehehe
kesiannya..sedih pulak baca..kenapa takde saudara mara pantau kedua2 mak bapak yg ada sakit mental ni bila diorang dapat anak...huhuhuhuhu
izwa sedih kan...terbayang2 kan bayi tu kena dera...alahai kita yg susah nk dapat ni rasa macam tersiat je hati membaca nya...
hehehehe cik in cik in..gang kelab air mata dgn irfan...:D
ramizah maybe ada banyak faktor yg kita tak tahu kenapa ini terjadi..uhukss tak terbayangkan azab bayi itu...huwaaaaaa sedih arr...
mmg lebih kejam dr binatang...binatang pun tau syg anak...trus teringat my niyaz kat umah hukhukhuk...moga anak kita sentiasa dlm lindunganNYA
amin~
fisa pun sama ibu niyaz..terbayang2 kan anak yg kat rumah tu...:)
takutnya.. mohonlah dijauhkan... kesian pada bayi tu..
FTR tak terbayangkan azab bayi itu terpaksa menanggung bila d dera..jari yg luka terhiris pisau pun dh rasa nak menitik air mata apa tah lagi bayi ini yg menanggung nya...Ya Allah semoga d jauhkan semua ini...
ishh..tatau la nak cakap cane kan..
smalam ada berita gak,bayi baru lahir dicampak dari tingkat 5.
rasa nak penampor je orang itu..kita yang berusaha nak anak ni,terpaksa makan hati berulam jantung...die da senang melahirkan,buang2 je..
betul tu Ash..
sedih tau tengokkan kejadian ini makin menjadi2 pulak...geramm pun ada...eeeeee...
harap2 dptlah ditangkap orang yg buat perkara kejam ni...
rasa nya ibu bapa bayi ni dah d tahan utk pemeriksaan mental...
Post a Comment