Assalammualaikum wbt...
semalam aku menguruskan hal abang aku yang telah d benarkan keluar hospital setelah seminggu berkampung d dalam wad...semalam juga air mata aku yang sepanjang seminggu ini ku tahan mengalir akhirnya selepas melihat kepayahan dan kesakitan yang abang aku tanggung....Ya Allah berat mata aku memandang berat lagi bebanan yang abang aku tanggung...
terimbau kembali kenangan pada hari Isnin lepas (6hb June 2011)...
Kedengaran bunyi motor masuk ke halaman rumah mak dan ada orang memberi salam...bila pintu di buka rupanya Itam (abang aku) datang singgah sebelum pergi ke site tempat dia bekerja sebagai Welder...memandangkan hari tu Along kerja pagi, mak suruh Itam beli kan breakfast untuk kami...Itam beli kan roti canai dan nasi lemak...terkejut gak bila tengok Itam beli kuantiti yng banyak sedangkan ketika itu yang ada hanya beberapa orang...bila mak tegur "banyak betul kau beli ni Tam"...Itam kata "tak per la mak bukan selalu pun"..aku pelik gak tengok sikap Itam yang banyak mendiamkan diri pagi tu...selalunya kalau Itam datang sure ada gelak ketawa nya...ada je cerita kelakar yang di buat...mulut aku boleh pulak tak bertanya kan apa yang terjadi...dalam hati aku terdetik "maybe Itam banyak pikir kot" "maybe Itam ada masalah kot""biarkan je la dulu"...Ermmm selalunya kalau Itam singgah sebelum pergi kerja sure dia akan melayan Irfan..mandi kan Irfan atau pun pakai kan Irfan pakaian..Irfan pun kadang-kadang terpanggil dia "AYAH"...tetapi kali ni Itam tak buat semua tu...bila Irfan kacau dia makan roti canai dia cuma kata "meh kita makan sama-sama"..lepas breakfast Itam bersiap terus ke tempat kerja..membuatkan aku & mak macam tertanya kenapa Itam diam je...dengan Irfan pun dia tak berapa nak layan...mak kata "ada la tu masalah agaknya tu"..Kebetulan tengahari tu, ayah perlu ke IJN untuk menjalani pemeriksaan saluran darah ke jantung yang tersumbat maka pagi tu tak der la perbincangan pasal sikap Itam yang lain..selalunya kalau ada adik beradik yang bersikap lain sure kami yang lain ni akan kaypoci gak nak tau...Bad (adik lelaki aku) d beri tugas untuk menghantar ayah ke IJN sambil di temani oleh mak dan juga Ida (adik perempuan aku)..Ida di beri tugas untuk menjaga ayah jika ayah di tahan wad..mak aku dah tak berapa sihat nak menjaga ayah di wad..mak perlukan juga rehat yang banyak sebab mak ada darah tinggi...Aku seperti biasa setelah memastikan tugas2 telah di pertanggungjawabkan, aku pergi keje..jam 3.00 petang aku menerima sms dari Ain (adik perempuan aku) yang memang sedia menanti ayah kat IJN memaklumkan "ayah masuk bilik A210 Tingkat 2"..so aku reply "noted"..plan maybe hari Selasa aku g melawat ayah..sebab hari tu aku plan nak bawak anak aku dan anak2 jiran ke kedai buku..namun jam 4.30 petang aku menerima panggilan telefon dari Kak Ida (kakak ipar aku) "Uda, nak mintak tolong Uda ke hospital pergi tengok Itam. tadi pihak hospital telefon kata Itam exciden kat tempat kerja. Itam kat zon merah bahagian kecemasan. Kak Ida dh on d way ni"...slurrrrrrpppppp jantung aku bagaikan laju mengepam..berdebar jantung aku di buatnya..."ok2 Uda pergi sekarang" laju je mulut aku bagi pengesahan..aku lupa yang hari tu aku tak drive kereta...so aku terus kol Norlin (adik perempuan aku) ajak dia ke hospital...dia pulak kebetulan MC dan ada kat rumah mak jadi dia bawak sekali Along yang baru balik kerja...
***bersambung esok ye...aku ada keje ni...
12 lovely reply:
alalala bersambung plak.. alhamdullilah abang ko dah keluar hospital.
doakan yang terbaik utk Itam...
tak sabar nak tunggu sambungan..
aris kena sambung beb...panjang sgt arr...thanx beb mendoakan abang aku...
ct N Honey..terima kasih atas doa itu..esok ekk fisa publish kan sambungannya..tengah bz dgn keje la pulak..
Tgh syok baca sambung plak.
Smoga abg fisa cpt sembuh.
amin~
terima kasih fiza...terima kasih sudi baca citer ni..terima kasih juga atas doa mu itu..
bersambung??
semoga abg akak sihat kembali..
sory ye izwa...sok ada sambungannya...nak buat karangan skit...;)
anyway thanx dear...
mudahan cepat sembuh ye k.fisa abg k.fisa tu.jgn sesedih sgt tau..
thanx Ashra...
kami kena bagi over 100% support kat dia...
akak mesti berdebar2 kan dapat call tu..
sangat2 berdebar..tapi tak nak fikir yg bukan2 sgt...time tu terus berdoa semoga tiada apa yg serius berlaku...
Post a Comment