Assalammualaikum wbt...
warning!! entry panjang sangat...
hari ni aku nak buat sambungan cerita semalam...yang terhenti seketika kerana aku memberi laluan kepada kerja-kerja yang perlu di selesaikan...kepada yang sudi membaca cerita aku ni jutaan terima kasih aku ucap kan kepada korang...cerita ini hanya la cerita kehidupan aku...cerita yang biasa tiada yang luar biasa...apa yang ku coretkan di sini hanya la sebagai tatapan aku untuk kemudian hari...andai nya ujian ini ku anggap berat...ada yang lagi berat ujian dan dugaan yang menimpa mereka..semoga cerita ini menjadi pedoman kepada aku dalam mengharungi kehidupan ini...
sampai sahaja di bahagian kecemasan, aku terus mencari Zon Merah & terus meluru masuk dan mencari Itam...ketika aku sampai doktor dah mula berkerumun Itam dan langsir pun di tarik...menghalang pandangan aku nak melihat keadaan Itam...aku di arahkan untuk menunggu di Ruang Keluarga..aku berjumpa dengan kawan Itam yang menghantar dia ke hospital...aku d maklumkan oleh mereka Itam telah di hempap paip gas yang tengah di welding...Allahuakbar!!jantung aku makin laju berdegup...hati aku makin tak keruan...zikir dan doa tidak putus di mulut ni...mendoakan Itam selamat...ketika Kak Ida sampai, dia di benarkan melawat Itam seketika..Itam tidak di benarkan bercakap banyak...Norlin telah memaklumkan kepada semua adik beradik aku kejadian yang menimpa Itam...jam 6 petang, Mak dan semua adik beradik aku dah berkumpul di bahagian kecemasan..ketika Mak masuk, Mak memeluk aku dan bertanya kan keadaan Itam...air mata Mak berjuraian...ketika ini aku tidak mampu lagi nak menahan air mata ini mengalir...Mak juga di benarkan melihat keadaan Itam..selepas Mak dan Kak Ida keluar..adik beradik lelaki aku mengambil peluang untuk melihat Itam one by one...Kami d maklum kan berkemungkinan Itam mengalami pendarahan dalaman..berkemungkinan ada organ dalaman yang pecah atau bocor memandangkan darah keluar di saluran kencing tanpa putus...kami juga di maklumkan tulang pelvik Itam patah kedua-dua belah..berkemungkinan ada keretakan di tulang rusuk kerana dada Itam dah mula bengkak..berkemungkinan paru-paru dia juga tercedera..doktor tengah berusaha memastikan keadaan sebenar Itam...segala yang di sebutkan adalah BERKEMUNGKINAN belaka...pada ketika ini, doa dan zikir tidak lekang dari mulut kami..semoga doa kami di makbul kan...besar manfaat berdoa ni...Untuk memastikan segala kemungkinan-kemungkinan di atas, doktor akan melaksana kan pemeriksaan lanjut ke atas Itam...Itam akan menjalani Ultrasound dan CT Scan untuk memeriksa keadaan organ dalaman Itam...Jam 7 malam aku di arah kan untuk membawa semua anak2 buah aku balik ke rumah...memandangkan proses pemeriksaan akan mengambil masa yang panjang...malam tu bergilir-gilir adik beradik aku menanti di hospital...bergilir-gilir balik mandi dan berehat...hingga Jam 3.30 pagi, aku menerima sms dari Norlin memaklumkan Itam telah di pindahkan ke wad 3B..namun keadaan nya tidak dapat di kenal pasti kerana mereka tidak dapat berjumpa dengan doktor...Jam 4.00 pagi semua yang berada di hospital pulang ke rumah..Norlin menjaga Itam sementara Kak Ida balik berehat...mengikut cerita Norlin, keadaan Itam sangat-sangat teruk...Itam tidak di benarkan minum atau makan...Itam perlu berpuasa kerana doktor mengandaikan Itam akan di bedah andainya result CT scan menunjukkan ada kerosakan organ dalaman...Norlin kata terasa menitik air mata dia bila Itam beritahu badan dia panas..dia sangat2 dahaga...Ya Allah aku yang mendengarnya pun terasa betapa beratnya ujian yang Allah beri..semoga ujian dan dugaan ini, Itam hadapi dengan tenang dan sabar...semoga ujian ini tersembunyi hikmah dan rahmat yang paling besar...Hari Selasa 07/06/2011 jam 1 petang, aku menerima sms dari Alang (abang aku) memaklumkan keadaan Ayah yang berada di IJN "maklumat terkini ayahanda, saluran darahnya tersumbat semuanya dan memerlukan pembedahan jantung.."..Ya Allah lagi satu ujian menimpa...sabar-sabar..redha la dengan segala Ujian dan Dugaan yang di beri ini..sms Alang juga memaklumkan "satu perjumpaan tergempar untuk membincangkan keadaan Ayah dan Itam serta bacaan Yassin akan di adakan pada malam ini..."aku terpaku dan terpana..terdiam seribu bahasa..segala nya telah tersurat dan tersirat sejak azali lagi...zikir pengubat hati yang sedang berduka...zikir menenangkan jiwa yang bercelaru agar kembali sedar...jam 2 petang Alang menghubungi aku mengarahkan agar Mak dan Along di bawa melawat Ayah...Ayah kerap bertanya kan bila Mak dan Along nak datang...so petang tu aku mula buat perancangan nak melawat Ayah dan Itam...Norlin jadi driver, Ain jadi penunjuk arah jalan ke IJN...aku, Mak dan Along sebagai penumpang..Jam 5 petang baru kami di benarkan melawat Itam..keadaan Itam ketika itu terlalu lemah..dia tidak mampu nak bercakap dan mata dia mula layu...Kak Ida memaklumkan yang Itam di beri kan ubat penahan sakit dan ubat yang membuatkan dia tidur dan berehat...Alhamdulillah kami menerima perkhabaran yang positif bila result CT Scan keluar menunjukkan tiada kerosakan organ dalaman yang lain kecuali saluran kencing dia mengalami masalah dan juga patah tulang pelvik..aku bersyukur Itam tidak perlu melalui proses pembedahan...aku bersyukur Itam masih lagi boleh bercakap...aku bersyukur walaupun sedikit perkhabaran itu...aku sentiasa memastikan aku berada di kalangan mereka-mereka yang bersyukur...selepas memastikan Itam dah lena baru kami bergerak ke IJN pula...Ketika di dalam perjalanan, kami ligat berfikir andainya Ayah bertanya kan Itam..kerana Itam boleh la di andaikan anak kesayangan Ayah..even Itam tak balik weekend pun dia akan tanya kenapa Itam tak balik..Ayah apa-apa hal pun akan mendengar kata Itam dan mengharap kan Itam...even badan dia lenguh or sakit pun dia akan suruh yang lain telefon Itam suruh balik..dalam kereta kami berdoa semoga Ayah tidak mention langsung nama Itam...alhamdulillah ketika kami sampai hingga la kami balik Ayah tidak bertanya langsung pasal Itam..lega hati ini..andai dia tanya apa la jawapan yang sesuai ekk...nak menipu tak sanggup aku aihh...Kami bertolak balik jam 7 malam, memandangkan Mak aku berpuasa dan malam tu ada perjumpaan dan bacaan Yassin...sebenarnya waktu melawat IJN berakhir jam 8 malam...alasan yang kami bagi kat ayah jalan jem dan perjalanan jauh...mulut masing2 terkunci rapat...tak mau terlepas cakap pasal Itam...di luar bilik, Ida maklum kan yang Ayah TAK NAK buat pembedahan tu...macam-macam yang Ayah cakap...memandangkan Ayah ada tanda-tanda sakit Alzheimer apa yang Ayah cakap jangan ler kita ambil pusing...kalau ambil pusing apa yang dia kata sure akan menyakitkan hati ini..jawapannya bersabar jer la dengan tindak tanduk Ayah...memandangkan dia dah kata TAK NAK buat pembedahan so aku conclude tak perlu la buat..nanti lagi panjannnnnng ceritanya...so malam tu lepas bacaan Yassin, perbincangan telah laksana kan...sebulat suara setuju agar ikut sahaja apa kehendak Ayah...uhukkss masing-masing takut kalau Ayah marah....sebab pernah terjadi kalau Ayah marah lain jadi nya...mengenai hal Itam pula, segala nya bergantung kepada keputusan doktor...segala urusan Insurans dan CIDB akan di pantau agar Itam tidak di bebani masalah kewangan kemudian hari...
semoga kecerian yang selama ini mewarnai hidup aku dan keluarga akan menunjukkan sinar nya..aku mendoa kan orang-orang yang aku sayang sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik...semoga orang-orang yang aku sayang sentiasa berada di bawah lindunganNYA...semoga orang-orang yang aku sayang peroleh rahmat dan hikmah atas apa jua ujian dan dugaannya..kepada mereka yang sudi membaca cerita aku ni aku ucapkan jutaan terima kasih...kepada yang sudi mendoa kan kesihatan ayah dan abang aku tiada nilai dapat d gantikan dengan doa kalian...doa kalian begitu berharga...
15 lovely reply:
Semoga dpermudahkan segala urusan oleh Nya...saya mendoakan semoga org2 yg disayangi fisa akan kembali pulih. InsyaAllah...jgn putus berdoa....amin..
amin~
terima kasih working mom...
semoga semua nyer dipermudahkan kak..
saya tumpang sedih & juga saya doakan akak sekeluarga tabah menghadapi ujian allah ni...
aduhai ayah.. tak terkata aku beb.. ayah aku pun sama. susah sgt nak pujuk
amin~ terima kasih banyak2 Izwa atas doa mu itu...
aris itu la dia ayah kita kan...aku bagaikan "saya yang menurut perintah"...semoga ayah sentiasa berada di dalam kesihatan yg baik...
semoga segala urusan & ujian yang datang akan dipermudahkan oleh Allah.
myfashion_yourfashion:
amin amin ya rabbal'alamin...terima kasih myfashion....terima kasih banyak2 atas doa awak...
beratnya dugaan yg diterima oleh akak sekeluarga....moga akak akan kuat n tabah ye...
terima kasih ayu...semoga dugaan ini tersembunyi rahmat yang besar juga...
fisa...baru terbaca berita ni..sabar byk2....dugaan dari Allah...fiza doakan ayah and Itam fiza selamat..insha'Allah ameen
fisa...baru terbaca berita ni..sabar byk2....dugaan dari Allah...fiza doakan ayah and Itam fiza selamat..insha'Allah ameen
salam fisa...
sedihnya baca...
semoga fisa tabah ye...
semoga Allah permudahkan segala-galanya buat fisa sekeluarga.
amin~
terima kasih atas doa mu Fieza...
amin~
terima kasih kak Mazz..semoga doa sahabat2 di sini d makbulkan...terima kasih sekali lagi...
Post a Comment