My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

air mata
akhirnya air mata yang cuba ku tahan selama seminggu ini mengalir jua bila aku melihatkan kesakitan yang Itam aku tanggung...
hari selasa lepas aku menerima sms dari Kak Ida beritahu yang Itam boleh keluar hospital dan dia akan uruskan pembayaran bil serta ubat...memandangkan Kak Ida bawak kereta Vitara so dia minta bantuan aku...maka nya aku kena ikhtiarkan macamana nak bawak Itam balik..kebetulan hari tu Norlin puasa so aku tak nak ganggu dia..aku sms kat hubby aku mintak tolong..so dlm kul 6.30 petang bila hubby aku sampai rumah mak, mak aku suruh ambil lepas maghrib supaya tak kelam kabut nanti sebab nya Kak Ida nak suruh bawak anak2 dia sekali dan anak2 dia juga berpuasa..

selesai berbuka & solat magrib, Norlin menawarkan diri untuk bawa anak2 Itam dan mak ke hospital..means 3 kereta dari hospital...ketika itu kami semua fikir MAYBE Itam dah boleh jalan sebab itu doctor suruh balik..TETAPI sebaliknya yang terjadi...rupa-rupanya Itam masih lagi tidak boleh berjalan even duduk atas wheelchair pun dia masih lagi rasa sakit...Ya Allah macamana kami nak bawak balik dia...? pelbagai cara kami ikhtiarkan bagaimana nak masukkan Itam ke kereta..sepatutnya Itam naik kereta Citra memandangkan seat Citra agak tinggi maka Itam kena naik Vios...at least rendah sikit..alhamdulillah Norlin ikut sekali kalau tidak tak terbayangkan macamana kami nak buat...yang menjadi masalah kami adalah kaki Itam TIDAK boleh tergantung...silap angkat Itam akan menjerit kesakitan...Ya Allah berdebar2 hati aku melihatnya...mana nak angkat dia..mana nak kena jaga bag dan tiub air kencing dia...mulut masing2 tak berhenti berdoa semoga segalanya di permudahkan...Alhamdulillah akhirnya Itam dapat juga masuk ke kereta..

Sepanjang jalan, masing2 tertanya-tanya kenapa doktor boleh bagi Itam keluar padahal Itam baru 1 week laybed...tapi apa kan daya pertanyaan tanpa jawapan menyakitkan kepala ni..dari menyakitkan kepala lebih baik berdoa semoga perjalanan ke rumah Itam berjalan lancar...Alhamdulillah perjalanan dari Hospital Klang ke Meru berjalan lancar...sampai di rumah Itam, masalah nak turun kan Itam pulak...aku dah tak mampu lagi nak melihat...aku dh tak mampu lagi nak mendengar jeritan kesakitan Itam...bagikan tersiat hati aku melihat kesengsaraaan Itam...Ya Allah sayu hati aku melihat keadaan dia...sampai berpeluh semua orang memikir kan cara nak keluar kan Itam dari kereta...salah cara Itam menjerit...ketika ni aku dah lari ke dapur..dah tak sanggup lagi dah nak melihat Itam...Norlin kata raut wajah Itam menunjukkan kesakitan yang amat sangat dan Itam hampir 'down'...mak usap Itam..mak suruh Itam berdoa bnyak2 minta pertolongan...Alhamdulillah selepas 30 min berusaha Itam berjaya d letakkan di atas wheel chair...lencun baju dia berpeluh..masing-masing menghela kan nafas lega...

masuk dalam rumah, mak suruh Itam berehat atas wheel chair dulu sebelum mengalih kan dia ke katil...pasti nya ada cabaran lagi untuk mengangkat dia...berehat dalam 30 min, Itam dah tak tahan duduk lama jadi kena alihkan dia ke katil pula..ketika ini lah, kesakitan yang teramat sangat di rasai bila dia memeluk erat badan Along dan menjerit kesakitan...Ya Allah, kesian betul kat Itam..ketika ini juga air mata aku dah tak tertanggung untuk mengalir...aku menangis..aku tak mampu lagi nak menahannya...mak mertua Itam pun turut sama mengalir kan air mata melihatkan menantu dia yang kesakitan...mak memeluk erat Itam...mak usap kan badan2 Itam bagi mengurangkan kesakitan yang di alami..selepas Itam berjaya d letakkan d atas katil, masing2 dah tak mampu nak berkata apa2...kami adik beradik bagaikan turut sama merasai kesakitannya...hubby aku pun turut sama rasa debarannya...Alhamudlillah selesai semuanya...
di dalam kereta ketika pulang ke rumah, aku menangis teresak2...aku tak sanggup lagi nak melihat kesengsaraan Itam...hati aku sayu dan pilu...yang membuat kan aku begitu sedih bila mengenangkan sikap Itam yang banyak membantu aku dari aku kecik hingga la sekarang...teringat kalau aku sakit dia la yang membantu aku...bawak aku ke klinik...ketika aku belajar dia la yang hantar dan ambil aku..Itam tak de merungut atau marah2...kalau teringin nak makan suruh je dia beli pasti dia beli kan...kalau kerja rumah, Itam juga ringan tulang membantu..kalau hari raya, dia la yang banyak membantu di dapur...sebut je apa jua jenis bantuan pasti tiada rungutan...hingga kan pernah satu ketika aku dan Angah asyik sebut je kebaikan Itam, adik beradik lelaki yang lain terasa hati...hehehe walau pun dalam nada bergurau.

balik dari rumah Itam, Angah sedia menanti d rumah aku..aku menceritakan detik cemas dan cabaran2 yang di hadapi nak bawa Itam balik..aku dan Angah sama-sama menangis...kami terimbau kan kebaikan yang Itam lakukan...dia la peneman andai nya kami berdua ni ada masalah..dia juga la pembantu andai nya kami memerlukan pertolongan...segala kebaikan Itam membuatkan hati kami makin sayu...kami perlu beri sokongan yang tidak berbelah bagi pada Itam..kami perlu membantu Itam seperti mana dia pernah membantu kami...kalau boleh kami tidak sanggup lagi melihat kesengsaraan yang Itam alami...sakit Itam sakit juga la kami...ketika menaip ni pun air mata aku laju memikirkan keadaan Itam....


Ya Allah, Engkau kurniakan lah ketabahan dalam hati abang aku dalam menghadapi ujian dan dugaan mu ini...Ya Allah, Engkau sembuhkan lah abang aku dari kesakitan...Ya Allah, Engkau pulih kan lah abang aku dari kecederaan yang di alami nya...Ya Allah, aku juga memohon kepada mu, Engkau permudahkan lah segala urusan abang aku...amin amin ya rabbal'alamin...

aku suka baca Artikel dari Ustaz Zaharudin mengenai Doa Kesembuhan Sakit dan Penyakit...ini adalah sebahagian petikan dari artikel tersebut:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca "Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)


كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)


أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)



30 lovely reply:

ya allah kak..izwa pun turut menangis ketika ini....

ya allah ya tuhanku kau kurangkan lah penderitaan abg kak fisa & kau permudahkan lah segala urusan mereka serta kau berikanlah kekuatan pada abg kak fisa, pada kak fisa sekeluarga utk menempuh dugaan mu yg besar ini...amin.

beb, aku pun ikut menangis sama.. siannya abang ko beb. napa dr tu kijam sgt suh kuar seawal itu. sakitnya Ya Allah.. sedangkan aku yg bersalin czer dengan sikit luka kat perut pun rasa nak matik sudah..

Beb kalau ko nak bantuan bgtau aku yer. biras aku doktor kat bahagian trauma hospital selayang. kut2 boleh mintak advice camana.

amin ya rabbal'alamin...terima kasih Izwa...

memang terasa berat ujian dan dugaan yang kami terima...NAMUN ada lagi yang di luar sana lagi berat ujian mereka...semoga kami berjaya mengharungi dugaan ini...

sy akak chreeztina dpt membantu kami..dr air mukanya dia seolah2 sudah down sgt...maybe dgn bantuan biras akak semangat dia kuat kembali...

aris kalau ko tengok beb...Ya Allah aku tak tau la macamana...uhukss sebab kitorang tau Itam ni macamana...kalau dia menjerit tu tanda nya memang dah sakit sangat la tu...sebab nya dari hari kemalangan tu dia memang sedar beb...doktor pun kata semangat dia kuat betul...kalau orang lain sure dah pengsan..maklum ler batang paip yg 16" tu kan...bukan 1 tapi 4 batang beb...

ermmm nanti kalau aku perlukan khidmat nasihat aku kolling2 ko ekk...

semoga itam cepat sembuh n semua ahli keluarga tabah menghadapi dugaan yang datang..

lin esok meeting kita discuss hal ni...

terima kasih banyak2 Asada...doa awak begitu berharga...

Salam fisa. Baru tahu cerita...
banyak2 sabar ya. Semoga itam cepat sembuh, ayah fisa pun cepat sembuh...

salam kak As...

terima kak atas doa mu itu..terima kasih juga sudi baca kisah ini..semoga doa2 sahabat d sini makbulkan...

kak fisa,

sedih baca entri akak ni..lagi2 bila ianya melibatkan orang tersayang kita..moga abang akak n ayah akak cepat sembuh ye..akak n keluarga kena kuat ye...

salam fisa...
maaf br tau pasal abang awak
moga awak n family tabah hadapi dugaan ni k.jgn lupa bagi semangat untuk abg awak juga...
bila kita kuat insyaALLAH abg awak pun akan kuat utk hadapi dugaan ni
sy doakan yang terbaik utnk awak sekeluarga

-ibu_niyaz @ dakapanrindu-

ya allah sedihnyer..smoga family akak sabar dan tabah erk.. kak fisa cube try amlkan ayat nie surah al imran 173, doa apabila menhadapai tekanan(stress) kata ustazah nor bahyah klaua kita hadapi ujian elokla kita berzikir dengan ayat ini semoga kuat dan tabah..

Fisa,
saya doakan itam cepat sembuh ya...saya faham sgt perasaan itu sbb saya pernah lalui juga..masa jaga adik yg eksiden jatuh motor kat spital..ni pun dah bergenang airmata ni...bil aorg yg kita sayang sakit kita jug aturut merasa kesakitan dia kna...moga Allah ringankan kesakitan nya...amin..

terima kasih ayu...semoga segala yg terjadi ini mengeratkan lagi hubungan kami adik beradik...

terima kasih Ibu Niyaz atas doa mu itu...InsyaAllah kami akan terus memberi kan sokongan kepada Itam...semoga doa sahabat2 d sini d makbulkan...

terima kasih Vill sudi berkongsi info...akan ku usahakan untuk menghafaz dan memaklumkan kepada ahli keluarga yg lain...

working mom terima kasih sudi berkongsi rasa..betul tu..bila melihatkan reaksi wajah nya yang mendung terasa juga tekanan yang di hadapi...semoga kesakitan yg d alami akan cepat pulih...

speechless..
mudahan k.fisa sekeluarga dimudahkan jalannya.
mudahan abg k.fisa diberi kesembuhan..

kuatkan semangat ye kak..
insyaallah...

terima kasih ashra..

kata-kata perangsang serta doa dari sahabat d sini begitu berharga...

kita pun akan merasa sakit jika orang yg kita sayang menderita.semoga itam dan semua ahli keluarga tabah
Harga setitis air mata
tiada-lagi-ku-dengar-kidungmu

terima kasih ct....bersyukur sangat2 dapat mengenali sahabat2 d sini...sudi mendoakan kami sekeluarga..terima kasih sekali lagi...

Fisa jelita,
apa lagi yang mampu akak katakan..berat mata memandang, berat lagi badan yang menanggung
Semoga Allah meringankan sakit mereka dan memberi kesembuhan segera, amin.

semoga tabah menghadapi ujian Allah..
ujian datang kerana Allah ingin menguji hamba-NYA . .dan ketahui lah kerana Allah sayangkan Itam...

hi fisa....ada kengkawan yang pandai buat web and setting blog tak??? my company need web develop..kalau ada interest please send resume kat intan@travelhub.com.my

semoga abg fisa cepat2 sembuh ya..bawak banyak bersabar k..ujian daripada Allah tu..tabah k..

amin~

terima kasih banyak2 Kak MJ...doa akak sangat la Fisa hargai...terima kasih sekali lagi ye..

QueenImah..kata-kata perangsang itu akan Fisa sampai kan dekat Itam..terima kasih banyak2 atas keprihatinan awak ye..

Cutie Intan...kalau ada nanti fisa inform kat mereka k...semoga ketemu dengan mereka yang di kehendakai..:D

アヌム ちゃん terima kasih yang tak terhingga atas doa mu itu...doa sahabat2 di sini sangat2 keluarga fisa hargai..terima kasih dear...;)