My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


Susu ibu mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Oleh sebab itu kita tidak perlu memberinya makanan lain termasuklah air kosong. Walaupun kebanyakan orang-orang lama mengamalkan pemberian air kosong sebagai membersihkan usus bayi. Usah lah kita risau akan kekurangan atau merasakan bahawa susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ini kerana komposisi nutrisi susu ibu berubah mengikut keperluan bayi yang membesar. Maka gunakanlah masa sebaik yang mungkin dan perhatikan bayi kita membesar untuk tempoh enam bulan pertama kehidupannya.


Cecair kuning: Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan,payudara kita akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Jangan lah di buang cecair pekat ini. ketahuilah bahawasanya kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Walaupun jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. Ada di kalangan para ibu yang merasakan bayi tidak kenyang jika hanya dengan kolostrum yang sedikit ini. Harus di ingatkan bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan makanan yang banyak.

Susu matang
Susu matang adalah susu yang dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlah susu matang akan bertambah banyak sekiranya kita meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Bermakna lagi banyak permintaan dari bayi lagi susu matang di hasilkan.

Komposisi penyusuan
Kita di galakkan memberi susu ibu kerana komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemaknya makin meningkat pada penghujung masa penyusuan. Dimana susu akhir ini membuatkan bayi kita merasa kenyang dan berhenti menghisap. Begini lah cara nya bayi kita mengawal selera mereka. Bukan kita yang mengawal selera bayi kita.

maklumat ini ku peroleh dari SNP breastfeeding guide

4 lovely reply:

thanxs fisa berkongsi maklumat. sangat suka baca info-info pasal susuibu.. :)

sama la kita..suka baca pasal penyusuan susu ibu...sebab kat luar sna ramai yang masih ragu2 dengan susu ibu ni..

kak fisa...
walaupun entah bila nak mengandung dan menyusukan lagi..
saya suka juga baca tentang susu ibu ni.. lepas tu, mula la terasa nak mengandung lagi.. heheheh

sya klau dh ada terasa2 insya Allah tak lama lagi la tu..hehehhe hope tak lama lagi darwisy akan jadi abg la ye...

so far irfan masih lagi full bf so tak der la terasa sgt...tak tau laa klau irfan dh stop bf sure rindu sgt2 kan...