My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

pagi tadi aku baca paper Harian Metro then terpandang kan kes ni..meh korang baca dulu artikel ni ekk...then baru kita komen ramai-ramai...
Anjing gigit payudara
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.

Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.

dah baca...? ya Allah kesian kan Madam ni..jadi mangsa keadaan...uwaaaa kalau aku kan...dari jauh nampak anjing pun aku yang lari dulu...bukan anjing takut kan aku...aku yang takut dengan anjing..isk isk aku teringat kisah aku kena kejar anjing...memang HANJING betul tau..

aku siap lari masuk rumah orang yang aku tak kenal tau...aku tak kira dah time tu asal kan aku dapat melari kan diri...Alhamdulillah tuan rumah yang aku masuk tu orang Cina so dia la yang menghalau HANJING tu...menangis aku di buatnya tau...walaupun HANJING tu tak dapat nak buat apa2 tapi aku still menggeletar lepas kena kejar tu...

ermmm apatah lagi laa kalau aku jadi mangsa gigitan HANJING ni kan sure aku akan trauma gak...korang ada tak kisah dengan HANJING ni..? meh share citer meh...

ni la jenis anjing German Sheperd yang aku dapat dr google

20 lovely reply:

German Sheperd memang garang. semulajadi garang. sebab tu polis guna. harga seekor anak German Sheperd ni pun cecah ribuan ringgit. huhuu.. jiran syl kat kuching ada sekor. bunyi menyalak pun dah gerun. pe lagi kalau kejar.

ngerinya

teringat kisah my mom kena kejar dgn anjing sampai tercabut selipar dia huhuhuuu

wina x suke hanjing!

syl mahalnya harga dia...uiksss kalau dah dengar salakan pun dah gerun apa tah lagi di kejar dan di gigit kan...eeee takut la pulak...

wina...kesiannya laa kalau mak kita yang kena kejar kan..isk isk...

tu arr fisa pun tak suka tau...lagi2 kalau kita lalu dia dok usha jek...isk berdebor je dada d buatnya...

kesiannyer kat pompuan tuu..

kat area umah nuyue mmg byk anjing liar...mmg takut..kena toleh kanan & kiri dulu sebelum keluar kereta...

nasib dlm umh org tu xde anjing gak!huhuh...tapi mmg takut laaa...dulu kene kejar masen aik motor mcm nk trbabas dah!!takuttt..

nuyue kesian kan...cuba bayangkan kalau kita yang kena...uhukss...

eh tak silap kalau anjing liar kita leh report kat Majlis Bandaran kan..? so diorang akan datang tangkap anjing-anjing tu...

izwa kalau naik motor sure kita terperanjat sama kan...silap haribulan kita terpress motor tu laju & boleh accident kita d buatnya...

perghh sadis nya..

isy sedihnyer..menakutkan..he..he
vill pun sme nmpak je anjing sanggup lari

uih.. kesian.. najihah kecik2 dulu, selalu sepak je anjing yang kejar2 tu. anak anjing meningkat remaja la. kalau baby anjing tu tak sampai hati lak. kalau mak bapa anjing, memang tak tunggu. pecut je sambil kutip batu. muahaha

predictor sadis sangat2 beb...

vill kiranya kita ni serupa la ye...;) hehehe kita yang takut dengan anjing kan..;)

Jihah berani la jugak yang main sepak2 dengan anjing ni...uikss fisa tak kira anak anjing ke mak anjing ke dah namanya ANJING harus ku yang lari dulu Jihah wei...

seriau tengok gigi dia yang dok tersengih tu...:D

td baca kat metro fisa.. betul la sian dia x pasal2... harap dia ok la..

tu la FA semoga MADAM ni ok kan...isk isk

seramnyee..baby geget kita nye cik B pun da sakit..ni kan pulak hanjing.eiii..terbayang sakitnya.nauzubillah

itu la pasal nya Ash...time baca news ni dok terbayangkan kesakitannya itu...kesian betul kat Madam ni...

Nak bela anjing bela je la tapi jaga la elok2...kang saya 'sniper'kan sekor sekor anjing dan tuan dia baru tau...bengang betul..

NasZ betul tu...kadang2 diorang ni tak jaga betul2 tu anjing diorang buat macam tu...isk