Assalammualaikum wbt...
Telur oh telur...hehehe isu telur ni sebenarnya dah hangat di pasaran dalam minggu ni...tetapi aku jek yang lambat mengambil tahu hal ni...maklum la aku ni jenis yang suka baca paper semalam maka nya berita nya sudah tidak berapa nak sensasi la kan...kebetulan pagi tadi aku baru jek baca paper semalam so ada gak ar terbaca pasal kes telur tiruan ni yang di katakan sebenarnya telur ayam cacat....aiksss ada gak ekk...jadi tak da la sebenarnya isu telur tiruan ni ye...
ermmmm korang percaya tak...?aku masih lagi ada keraguan ni...hehehe....bila aku baca artikel kat bawah ni yang di petik dari harakah daily..
Awasi telur tiruan di pasaranSM Mohamed IdrisPersatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.Cara mengenal telur tiruan:
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.SM Mohamed Idris,Presiden CAP.
maknanya sebelum kita membeli telur HARUS la kita membelek dulu ek...lagi2 kalau kita beli kat kedai runcit...ermmm ketulenannya harus la di ragui betul tak..?
TAPI paper semalam yang aku baca pagi tadi pula menyatakan bahawa telur yang di sebut oleh Presiden CAP tu adalah telur ayam cacat...*blink blink mata aku...ligat otak aku berpikir kebenarannya...ermmm moskil lagi ni... di bawah ni artikel yang aku petik dari berita harian
‘Bukan telur tiruan’Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Sazarina Shahrim2011/04/12DR ABD AZIZ menunjukkan perbezaan telur sebenar dengan telur yang didakwa tiruan (kiri) pada sidang media di Wisma Tani di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMAJPV sahkan telur ayam cacat dijual di pasaranPUTRAJAYA: Telur ayam tiruan yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijual di pasaran negara ini sebenarnya adalah ‘telur ayam cacat’ yang berkualiti rendah dan biasanya tidak dijual kepada umum.Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini.“Berdasarkan pemeriksaan juga, telur tiruan yang didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yang ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna dan dianggap telur ayam tiruan,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan perkara itu, semalam. Beliau berkata, penghasilan telur tiruan memerlukan kos yang tinggi dan tidak mungkin boleh dijual lebih rendah daripada telur ayam asli iaitu antara 32 sen hingga 25 sen sebiji mengikut gred.“Kita akan menyiasat bagaimana telur berkualiti rendah itu boleh dijual kepada orang ramai kerana selalunya telur seperti itu digunakan untuk keperluan industri tetapi bukan dijual kepada pengguna,” katanya.Berikutan kekeliruan itu, Dr Abd Aziz berkata, satu sistem pensijilan akreditasi akan diperkenalkan bagi memastikan telur ayam yang dijual di pasaran memenuhi piawaian ditetapkan.“Kita mahu apabila sistem ini diperkenalkan maklumat seperti gred telur, kod ladang, tarikh lupus dicetak pada setiap biji telur supaya pengguna tahu dan yakin mengenai kualiti telur dibeli.Semua 340 ladang ayam penelur juga akan wajibkan berdaftar dengan jabatan.Di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan sampel telur yang didakwa telur tiruan di Pulau Pinang, adalah telur ayam.Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengambil empat sampel telur yang didakwa telur tiruan itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan ketulenannya.“Berdasarkan keputusan analisis, didapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam. Analisis DNA mengesahkan sampel telur itu adalah telur ayam.“Kementerian berharap orang ramai tampil membuat aduan jika meragui ketulenan telur kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.
SO yang mana satu yang betul ni kan...? ermmm tepuk dada tanya ada selera tak makan telur...
4 lovely reply:
makan jer telur mata kerbau
aduhai terbayang kan mata kerbau yang melilau...hehehehe....
walaupun ada isu telur masih lagi nak buat puding. ceh... macam mana ni??
hehehe kalau dah berkeinginan buat jer lah Jihah...yang penting belek dulu telur sebelum d beli ye...;)
Post a Comment