Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas..
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan
Cara penyediaan
Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. Setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
pd 12hb Sept 2009 (120909)...adik beradik aku berkumpul utk melaksanakan misi memasak dodol...thn nie merupakan thn ke2 kitorng kacau dodol...uiksss last yr aku x berpeluang membantu...aku bantu tgk jer...hhehehe maklumla thn lepas irfan dlm perut lg...mcm thn lepass gak...bajet utk wat dodol dh d kumpul...adik beradik aku yg dh bekerja ader 9 org...seorng kena contribute $30...so dpt la kumpul $270...alhamdulillah merangkumi bajet berbuka serta bajet utk sahur..x yah masak lauk pauk...order saja...maklumla dh bz dgn dodol kn...jd masak2 nie letak tepi jer la..
memang best sgt2 ari tu sbb smua adik beradik aku ader kecuali adik bongsu...die kat politeknik so x dpt la nk join...kitorng start kali nie pas asar...org pompuan tukang bancuh tepung...org lelaki d perlu kn utk mngacau dodol...mula dodol dlm kawal mcm sonang jer nk kacau...biler dh pekat smua pakat tunjuk muka letih..
0 lovely reply:
Post a Comment