My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Makanan pelengkap yang baik mesti dapat membekalkan tenaga dan nutrien secukupnya dan sesuai dengan peringkat tumbesaran bayi. Berikut antara makanan yang boleh anda berikan kepada si manja:

Bubur nasi, bijirin lain dan makanan berkanji
Biasanya, makanan pertama bayi pada usia 6 bulan ialah bubur nasi dan bijirin bayi yang kaya dengan zat besi. Bila usianya meningkat (lebih kurang 11 bulan), anda boleh beri si manja nasi lembut dan mi yang dilenyek.
- yessszaa irfan dh mula makan bubur nasi...


Buah-buah dan sayuran
Mulakan dengan jus buah-buahan yang dicairkan dan sayuran yang dimasak hingga hancur. Bila bayi berusia antara 6-8 bulan, berikan buah-buahan lembut yang dilenyek atau dicincang halus, dan kacang pis dan sayuran berdaun hijau yang dimasak hingga lembut lalu dilenyek atau disaring. Antara 8-12 bulan, si manja sudah boleh mengambil potongan kecil buah-buahan lembut dan sayuran cincang yang mudah dikunyah untuk membolehkan bayi merasai tekstur yang berlainan.

- jus buah ummi lom prepare kn lg utk irfan...pas raya la ummi wat kn utk irfan..epal & honeydew ummi pnh bg irfan suka honeydew p x suka epal..hehehe pndai memilih yer..

Makanan kaya protein
Ikan bilis adalah antara makanan yang kaya dengan protein. Anda boleh beri si manja ikan bilis yang dipanggang dan ditumbuk halus atau kuning telur dan kacang pis yang dimasak dan disaring. Daging ayam dan isi ikan yang dicincang dan dilenyek boleh diberikan bila bayi berumur 6-8 bulan, dan selepas itu, anda boleh mencuba daging cincang atau keju lembut.
- ikan bilis,ayam & isi ikan irfan dh rasa...daging ummi lom try lagi...


SUMBER : positive parentinghttp://www.mypositiveparenting.org

0 lovely reply: