1st of all sebelum memulakan langkah untuk melaksanakan misi penyusuan adalah di galakkan untuk kita mengetahui tentang penyusuan susu ibu dan membuat perancangan yang diperlukan. Teramatla pentingnya kita mengetahui kesemua perkara mengenai penyusuan susu ibu bila kita dah mencapai kata putus to SAY YES TO BREASTFEED nie.
Apa yang perlu kita mula kan ialah MIND SETTING. Ianya amat penting sebagai langkah pertama kerana breastfeeding process is more on psychology than physically. Yakin lah pada diri sendiri bahawasanya kita boleh melaksana kan misi penyusuan ini dan pasti berjaya. Terap kan sikap yang positif dalam diri.
Selepas dah set kan fikiran yang positif seharusnya kita kena ada TARGET on tempoh penyusuan kita. Mula-mula set kan target 6 bulan penyusuan selepas itu naik kan ke 12 bulan seterusnya ke 18 bulan dan akhirnya 24 bulan. Selepas itu boleh la kita merancang either nak teruskan misi ini atau tidak. Tepuk dada tanya selera anak kita.
MORAL SUPPORT juga memainkan peranan dalam misi penyusuan kita. Jadi berbincang lah dengan suami dan terangkan lah kebaikan-kebaikan breasstfeeding ini agar mereka mejadi tulang belakang or ketua pasukan sorak untuk misi penyusuan kita. Pastikan diri anda dikelilingi dengan orang yang menyokong anda. Sebab utama kita harus mendapat sokongan padu dari suami adalah kita bakal menghadapi komentar-komentar yang berunsur negatif ketika perlaksanaan misi ini. Terlalu ramai di luar sana yang kurang faham atau mempunyai tanggapan yang tidak benar mengenai breasstfeeding.
Jadi sebagai perisai kepada komentar-komentar yang negatif itu seharusnya lah kita MENCARI INFORMASI berkaitan breastfeeding melalui pembacaan di laman-laman web, perbincangan dengan pakar penyusuan, melibatkan diri dalam kumpulan sokongan penyusuan serta berkenal lah dengan ibu-ibu yan telah berjaya melaksanakan misi penyusuan ini.
So selamat berjaya kepada mereka yang ingin melaksanakan BREASTFEEDING..mission is not impossible..;)
7 lovely reply:
salam sis.. lana mmg tgh b/feed bb.. lana berazam nk bg sampe 2 thn.. alhamdulillah hb support .. mmg amat byk pengorbanan dan pahala pun byk.. tq for sharing the info.. sharing is caring kan sis?..
yup betul2x...sama laa cik irfan pun still bf..moga kita d mudah kan untuk meneruskan azam bf spai 2 yrs kan...;)
ya..say yes to breastfeeding...
saya pun masih lagi BF. perjalanan masih jauh...Harap niat murni kita dipermudahkan oleh-NYA..AMIN
teruskan usaha murni seorang ibu..
:)
sis.. kelly pun nak story sikit..
kelly hanya dapat bf daniesh selama 2 weeks je.. oleh sebab ilmu tak ada kat dada.. misi tu tak berjaya.. tapi bila dapat tahu kelly preggy untuk 2nd time.. kelly dah start buat research tentang bf bi... kumpul ilmu dengan niat nak bf baby yg bakal lahir dgn jayanya.. alhamdulillah ianya dapat dicapai.. he..he..he..
kak..
go go chayok!
saya selalu rasa tak sabar nak ada anak ke dua..
sebab dah tak sabar nak menyusukan lagi... huhu
idazs betul tu perjalanan kita masih jauh lagi...AMINN juga...;)
thanx Lady...:D Lady pun klau dh ader baby hopefully berjaya bf gak...;)
Kelly selalu nya 1st baby mmg kita nie cetek ilmu...hehehe serupa gak la kita nie...kena rajin wat research kan...
so sya biler lagi nak bagi adik kat darwisy...hehehe
Post a Comment