My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


terkenang semasa dulu...selama 4 yrs kahwin dalam rumahtangga aku hanya ada aku & suami...kini selepas 5 tahun perkahwinan ku alhamdulillah hadirlah bayi yg ku nanti kan selama 9 bulan dalam kandungan...bermula laa era aku sebagai seorang ummi...

Sebagai insan yang baru bergelar ibu bapa, perasaan gembira tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...ada masanya aku juga berdepan dengan stres dan rasa bimbang...so aku perlu lah mengetahui apa yang akan berlaku dan bagaimana cara mengatasinya...alhamdulillah ianya dapat membantu aku dan cik abg aku bergembira dengan kehadiran si comel irfan dalam keluarga yang hampir lengkap ini...

kat bawah ni aku sertakan tips bagaimana aku belajar menerima orang baru dalam rumahtangga ku...info nie ku amik dari sini..

Bersedia menghadapi perubahan dramatik
Walaupun kehadiran bayi membawa detik-detik yang indah dalam hidup anda, anda juga perlu bersedia untuk detik-detik yang tidak menyeronokkan seperti tidak dapat tidur setiap malam, kerunsingan yang baru dan tanggungjawab yang bertambah. Berbincang dan buatlah rancangan dengan pasangan anda bagaimana membahagikan tugas-tugas seperti tugas menjaga bayi, rutin rumah dan pembayaran bil. Sentiasa bersedia akan membantu anda menyokong antara satu sama lain dengan lebih baik.
- yesszaa...alhamdulillah aku mendapat kerjasama yang baik dari cik abg ku dari segi pembahagian tugas rumah tangga & penjagaan bayi...thanx a lot abg...

Kongsi harapan anda tentang keluarga idaman
Wawasan anda berhubung keluarga idaman mungkin berbeza dari pasangan anda. Jangan menganggap gabungan wawasan keluarga ideal anda akan berlaku dengan sendiri. Berkongsi antara satu sama lain jenis keluarga yang anda harapkan dan tetapkan matlamat yang bermakna untuk anda berdua.
- oh berbeza sungguh matlamat kitorang p kitorang berjaya mencari kata sepakat akan matlamat keluarga baru kitorang...aper yang penting matlamat itu berada d landasan yang d redhai Allah...

Berbual antara satu sama lain
Kegagalan berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara satu sama lain akan menyebabkan kemarahan dan masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan. Berusahalah untuk berbual antara satu sama lain – ketika bersiar-siar dengan bayi anda, selepas bayi tidur, atau tetapkan satu masa setiap minggu hanya untuk berbual-bual bersama pasangan anda...
- yang nie memang menjadi masalah klau aku x speak out...sbbnyer cik abg aku nie banyak mendiam kan dri...so aku ken rajin membukak mulut ku ini agar discussion dapat d lakuka....selalu nyer sessi perbincangan d wat time dalam keta...x kira laa nk kemana pun..asal dalam keta jer ader la benda yang nk diskus kan...klau dalam umah tu cam ader limit skit arr sbb adik ipar lelakiku dok skali...cik abg ku nie lak jenis yg x suka nk diskus2 depan adik die...so aku kena la carik time utk die...org kata kena pandai laa curik time tu kan...jgn salah time yer...;)


Harapan ayah
Peranan seorang ayah melibatkan diri secara aktif untuk membesarkan bayi adalah amat penting. Selalulah menyentuh, memegang dan berbual dengan bayi anda. Anda juga boleh membantu memandi, menukar lampin dan menenangkan bayi anda, terutamanya apabila bayi anda bangun pada waktu malam.
- nie teramat2 penting tau at least dgn bantuan dari ck abg nie kurang la tekanan kat kite kan...kurang la bebanan keje skit...

Jangan menjadi celupar
Jangan menyalahkan antara satu sama lain apabila berlaku pergaduhan. Contohnya, jika anda rasa pasangan anda tidak melakukan kerja rumah yang telah ditetapkan, tegur pasangan anda dengan tenang dan membina. Nasihati pasangan agar menegur anda jika anda melakukan hal yang sama.
- ohhhhh yang nie kan aku x yah nk tegur sbb nyer cik abg aku tau jer keje2 yg harus die lakukan...kadang2 jer aku kena bgtau what should do or should not..

Temu janji dengan pasangan anda
Bermula dari sekarang dan seterusnya, pilihlah satu malam untuk anda keluar bersama pasangan anda. Tinggalkan bayi anda dengan ahli keluarga atau kawan yang dipercayai. Jangan berasa bersalah kerana perkahwinan yang kukuh adalah asas bagi sebuah keluarga yang bahagia dan menjadi ibu bapa yang penyayang adalah hadiah terbaik yang anda beri kepada anak anda.
- misi ni aku lom wat lagi sbb nyer cik abg aku bersetuju lagi nk berdating berdua...ermmm kena tunggu cik abg aku bg green lite...maklumlah dah 4 tahun dok dating berdua jer kan...so kena la pas nie dating bertiga lak...;)




2 lovely reply:

This comment has been removed by the author.

praktik kelly jgn x praktik..sama2 la kita praktikkan...
berempat???hajat d hati memang nak menambah..p ari tu irfan kuar pun ikut tingkap so kena laa tunggu spai 2 thn...baru ader berani nak tambah lagi satu...;)