My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor




Sebut pasal fakta atau auta susu ibu nie kan aku pernah masuk pertandingan susu ibu anjuran Ratuhati ku. so aku copy & paste jer lah kat sini. ader jugak lak informasi tambahan pasal fakta atau auta susu ibu nie..JOM LAYANSSS...

1st of all nk bgtau kengkawan bahawasanye ku merupakan 1st timer jd ibu…so mmg zero knowledge about penyusuan susu ibu..p susu formula mmg ku master coz environment ku d kelilingi oleh mereka2 yg mnyusu dgn susu formula…termasukla dri ku ini….

D takdir kn dri ku mngandung so ku search la kat internet info2 pasal kehamilan, sebelum & selepas bersalin…1 hari biler ku beli majalah Pa & Ma dlm tu ader topic pasal penyusuan susu ibu..so terdetik gak la boleh ke aku menyusukn bby ku…??persoalan ini la yg bermain didlm fkiran ku…so bermula la pncarian ku mengenai susu ibu…

X ku sangka rupa2nyer mmg byk info2 psl penyusuan susu ibu ini…biler baca info2 tersebut…ku rasakan penyusuan itu sesuatu yg mudah…so ape lg ku pun amik mudah jela biler mmbacanyer…bile kndungan ku dh mula melepasi bulan ke 7…ku mula mmbeli peralatan & bhn2 keperluan utk menyambut bby ku…utk pengetahuan kengkawan, driku ini telah d sahkn mngandung ketika usia prkahwinan ku memasuki 4 thn…so xcited terlebih la bile bab2 membeli nie…

Ermmm ku siap search kat internet list brgn utk bayi & ibu…uhukss semangat gilers beb…bileku g shopping ku slalu bwk penasihat ku merangkap ibu ku sndri…mklumla ku nie tergolong dlm kategori anak emas…hehehe bak kata adik beradik ku la…bukan ku yg kata..ahakss..en suami ku mmg mmberi green lite utk bwa ibuku kemana sja klau melibatkn pembelian brgn bby…

Ketika ini la berlakunye dugaan utk ku mnjayakn penyusuan susu ibu…uhukkksss ketika ini la juga bermulanyer segala fakta & auta mngenai susu ibu yang ku dgr & baca…


1. Puting

Advisor : wajib ader nie t anak nangis senang sumbat je dgn puting sure diam…
Aku : eh bukan ke dlm internet org baca puting leh konpius kn bby…puting asli dgn tiruan
Advisor : pndai je la tu..x kn nk biarkn anak dok bergantung je..beli je la 1 bru brp ringgit je(dgn nada perli)
Aku : errrrmm ok.. (mls nk bersoal jwb lg)


2. Botol susu

Advisor : beli 2 je dulu..beli yg kecik nie…
Aku : org nk bg susu sndiri still kna beli botol gak ke..??
Advisor : yer laa t leh bg air suam dgn bancuh susu..
Aku : org plan x mau campur dgn susu tin.
Advisor : engat susu sndri ckup ker?..t anak dh melalak baru terhegeh nk beli botol..(nada dh lain)
Aku : errrrmm ok.. (takut dgr nada dh lain)


3. Pam susu

Aku : org baca kat internet rupa2nye kiter leh pam & simpan dlm peti wat stok t nk keje senang
Advisor : mmg leh pam p x pnh la dgr spai leh wat stok
Aku : tula kebnyakan nyer beli pam yg canggih sket la so tu yg diorng leh wat stok spai beratus
Advisor : brp ringgit 1 pam
Aku : ermmm yg biasa2 tu murah la p org plan nk beli yg 1 set dlm RM 600 kot
Advisor : amboiiiii mahalnyer..x yah beli mmbazir je..blom tentu ader byk susu..(nada jerit)
Aku : ooook (nada ikut printah)


4. Susu tin (formula)

Advisor : nk kena spare 1 tin kecik dulu
Aku : nk wat pe..org kn plan nk bg susu org…
Advisor : degil tul la…t klau susu sndri x ckup & anak x kenyang camner…???
Aku : insya Allah ckup punye…
Advisor : ye la tu pndai ckp je…t anak dh melalak spai ilang suara baru la nyesal nape la aku x beli susu tin (nada mengejek)…
Aku : yer laaa org beli… (malas nk dgr ejekan)

ooopss adeer lagi tau fakta & auta nie..sat ekkk layan d bwah nie lak...;)

Auta #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan. Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.


Auta #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Auta #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Auta #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Auta #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi. Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

Auta #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Auta #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Auta #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Auta #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Auta #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Auta #11: Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!
Fakta #11 : Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

Auta #12:Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?
Fakta #12 : Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

Auta #13: Penyusuan susu ibu menyusahkan!
Fakta #13 : Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

Auta #14: Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.
Fakta #14 : Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

SO SAHABAT KU SEKALIAN JANGAN LAH MENAFIKAN HAK ANAK KITA..




10 lovely reply:

suke sangat dengan topik topik berkaitan dengan susu ibu nih.. tq fisa 4 sharing..

u r welkam lana...mitos penyusuan nie sbnarnya terlalu banyak...tu yg kita kena rajin menggali cari ilmu nie kan...;)

wow thanks for sharing.. boleh la lady jadikan panduan nanti..
:)

yeszaaa...sudah semestinya Lady...;)
share untuk sahabat dari sahabat...hehehe..

Salam Fisa
entry yang menggamit memori. Hu hu,apapun bagus sebenarnya penyusuan ibu ni. Tentang payudara akan gelember tu,selalu juga saya dengar mitos tu. namun semua itu hanya mitos,kalau kita tahu jaga payudara kita walau kita susukan anak kita,insyaAllah payudara kita still maintain.

ummu masyitah...
mitos pasal breast kendur nie mmg ramai yg percaya tau..sebnarnya penjagaan yg penting bukan sebab kita bf kan baby kita kan..uhukss...

bagus artikel AUTA dan FAKTA ini..

thanx Mia Amira...alhamdulillah boleh di jadikan rujukan untuk ibu2 or bakal ibu yang ingin menyusukan anak2 mereka..:D

yes betul tu

amalina thanx dear sudi baca entry ni...