My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor




wah!!cam ganas jer title tu kan...hehehe harap maaf tiada unsur keganasan d blog ini k...anyway aku just nak share dengan korang la pasal decision yang korang nak buat either meneruskan penggunaan DD atau beralih arah ke CD...tiada paksaan atas keputusan yang korang bakal buat..cuma hitung2 kan lah kebolehan poket kewangan korang d kemudian hari...adakah pelaburan korang berbaloi atau tidak...

sory la yer korang aku ni suka mengaitkan kehidupan dengan kewangan...hehehee sebab nya kehidupan kita bergantung kepada penghitungan kita dalam menjalani kehidupan harian...cheewah...ayat paling x tahan tu wei...ok la berbalik kepada topik asal kita...(jgn selalu OFF TOPIC k..;)..kebanyakan orang2 kita yang menjurus ke arah save the earth akan memilih CD tetapi mereka yang berkerjaya lebih menjurus kepada DD..keputusan d tangan korang...mana yang terbaik adalah antaranya...sekiranya anda seorang pencinta alam sudah semestinya anda akan memilih CD...walaubagaimana pun sekiranya anda seorang karier woman dan anak2 anda d tinggal kan d nursery or BS anda akan memilih DD untuk kesenangan...(p kan ader gak yang full time housewife nie memilih DD dan ader jugak yang karier woman nie memilih CD)..

untuk tidak memeingkan kepala korang yang sedia pening tu kan jom kita tengok pros & cons of CD & DD..so korang leh decide diapers yang mana menjadi pilihan hati...untuk membuat keputusan korang perlu la mengambil kira dari segi kos, masa dan juga environment issue...


Cloth Diapers

kebanyakan kita klau sebut kain lampin sudah semestinya akan terbayang d kotak pikiran kain lampin putih yang segi empat tu kan...alah yang kita terpaksa melipat dan menjadikan bentuk segitiga...yang org zaman mak2 kita gunakan dulu..tetapi sekarang kain lampin yang kita perkatakan ini bukan yang konvensional tu..sekanrang patternnya telah d modenkan yang dah ader snaps x perlu lagi d pin kan...yang mempunyai pelbagai color & corak nya bukan putih sahaja..bukan sahaja dari segi design yang berubah harga nya juga telah berubah sama sekali...

kain lampin ni boleh d basuh dan di guna pakai sehingga tamat jangka hayatnya...salah satu kebaikan CD ni ianya akan membantu anda menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang...umpama pelaburan masa depan la nie..ianya juga more environmentally friendly than the disposable diapers..ianya juga d perbuat dari bahan yang tidak mengandungi bahan2 yang boleh membahaya kan kesihatan..

masalahnya pula CD kena basuh selalu dan untuk mengelakkan kita hari2 membasuh CD kita kena laa buat stok banyak2...tetapi kebanyakan harga CD d pasaran sekarang nie tidak mengizinkan kita untuk membuat stok dalam masa yang terdekat...CD juga susah d dapati d kedai2 biasa...kebanyakannya d jual melalui online...

Disposable Diapers
kain lampin pakai buang nie more convenient dan kita x perlu nak wat cucian harian...lepas pakai buang jer terus...DD mudah d dapati d kedai2 yang berhampiran...dari segi kos pulak harga 1 keping CD leh dapat 50 lebih keping DD untuk jangka masa pendek mmg berbaloi...p kalau jangka masa panjang cukup2 merugikan...paling d takuti sekarang ini telah d beritahu bahawa DD d perbuat dari bahan2 yang boleh bg efek kat baby...

sebelum membuat keputusan untuk BerCD or BerDD seharusnya korang timbang tara dulu pros & cons nya...harus juga d pikirkan ADAKAH KITA RAJIN UNTUK MELAKUKAN CUCIAN?...ADAKAH BUDGET KITA MENGIZINKAN UNTUK FULL CD?...ADAKAH NURSERY OR BS KITA MENYOKONG CD SEPENUHNYA?..pikirkan sejenak sebelum kata putus d buat...

setelah aku menimbang tara segala aspek mengenai CD & DD nie...aku dengan ini mengisytiharkan keputusan aku untuk FULL CD...seharusnya aku tidak boleh melupakan DD buat sementara waktu ini d sebabkan stok DD aku lom mencukupi tambahan pula time cucian aku cukup limited...aku berharap dalam tempoh 6 bulan dari sekarang anak aku akan FULL CD...insya Allah...




3 lovely reply:

yes.... lets cding lets go green.. vote for cloth diaper.. ekekkeke..

hehehe..for me..i'm using both..cd and dd..nak suruh bs handle cd tu agak difficult and masa yg limited utk cuci cd..but malam and cuti mmg compom cd pilihan ku :)

kelly...vote jgn x vote...;)

sasha x per asalkan kite ader guna CD...;)