Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan membawa wang yang berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.
sumber : kempen konsumer kebangsaan
4 lovely reply:
great tips.. lady slalu buat list.. bagus kan buat list supaya tak terbabas sambil tu kita pn tak lupa apa yg nak dibeli..
betul2...klau x dak list sure meraban kita nak carik barang...silap hb barang yg x perlu kan pun kita g beli gak...;)
actually kelly pun selalu praktikkan tips2 ni.. apa pun plan dulu.. ekekke.. tapi ada org cakap cara kelly ni.. kolot!!!! betul ke sis??
uiksss mner ader kolot...diorng jer yg x tau tips nie tu yg diorng kata kolot kot...hahhaha anggap laa mereka2 itu x ckup info pasal tips bershopping nie...;)
Post a Comment