My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


ni email yg ku dapat dr sahabat ku...rahsia tulisan ni analisa yang d buat oleh pakar motivasi Dr Fadzilah kamsah...tulisan sememangnya mencerminkan peribadi seseorang..kenali la bentuk tulisan mereka maka anda bakal mengenali siapa mereka...hehehhe tulisan aku camna ekkk...???


Pertama : Tekanan



i. Tekanan yang kuat

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan



i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan



i. Condong ke kanan

· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah


ii. Condong ke kiri

· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang


iii. Tegak

· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah


iv. Campur-campur

· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan



i. Jarang-jarang

· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii. Rapat-rapat

· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z



i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)



i. Tinggi

· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah

· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana





6 lovely reply:

hihi thanks for sharing...
tulisan lady sambung2... condong ke kenan.. tulis dengan agak tekan dan agak berbekas di belakang kertas wakaka.. dan agak rapat..

dulu sorang member lady kata sapa yg suka tulis n tekan sampai lekat belakang kertas ni maknanya org tu kuat nafsu.. ada ke patut.. hihi...

sis... suka entry ni.. tulisan kelly lak.. bulat2 dalam posisi yg menegak dan agak kuat tekanan nya serta jarang2.. kalau tengok mesti sis gelak.. coz nampak kelako je..
wakakkakkaa..

ermmm..mcm tak bape sure tulisan ni mcmana..yg pasti tulisan ku agak sharp dan tegak2..huhu..tapi sekarang byk menaip je :P

Lady fakta yg kawan lady bgtu fisa sndri x tau...ihikksss t kena tnya dgn yang pakar nie...takut jadi AUTA jer tu...saja nk nyakat Lady...;)

Kelly nie mesti tulisan nmpak gebus dan sebijik2 nie ekk...ehehe tringat time sekolah la pla..;)

sasha sama la kita nie pun dh lama x menulis karangan..hahaha last skali time sudy kat U...hehehe skang nie dok menekan keyboard jer..;)..klau meeting sruh staff yg tulis kan minit...hehehe..