welcome to my life...
me & my self...
- fisa othman
- i am the only person in the world i should like to know thoroughly.i do my thing and you do yours. i am not in this world to live up to your expectations, and you are not in this world to live up to mine. you are you and i am i, and if by chance we find each other, then it is beautiful. if not, it can't be helped.
my journals..
- berita (9)
- bicara saya (35)
- Business Matters (4)
- ceritera ku.. (105)
- churp churp (1)
- filem/drama (8)
- financial matters... (16)
- For Fun (12)
- keje...keje...keje... (15)
- kisah anak ku (6)
- nuffnang (1)
- Tips/Petua (20)
my lovely post
-
hari ni aku nak menceritakan kebaikan dan keburukan bentuk perniagaan yang bakal korang set up secara general sahaja..untuk pengetahuan kora...
-
Assalammualaikum wbt haippp setelah berapa hari dok leka dengan kerja...hehehe ari ni aku nak gak menyelit dan mengambil masa skit untu...
-
Sebelum korang memulakan perniagaan seharusnya faktor2 di bawah ni korang kena consider.. Jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Saiz perni...
-
Assalammualaikum wbt... pagi ni aku berpeluang menyelak dan membaca Harian Metro semalam (17 Mac 2011)...walaupun berita dan cerita...
-
Assalammualaikum wbt.. Awal Februari ari tu aku dapat tau yang rumah mertua ku ada penyewa baru seramai 6 orang..mereka adalah pelajar...
-
Assalammualaikum wbt... ada tak sesiapa di sini banyank angin dalam perut ? aku banyak sangat angin nya tau...uhukss tu yang kadang-kadang s...
-
Antara kerja dan gaji…yang mana satu criteria utama korang dalam memilih pekerjaan…adakah korang memilih sesuatu pekerjaan itu berdasarkan k...
-
Assalammualaikum wbt... Aku nak tanya kawan-kawan semua siapa yang dah beli/memiliki rumah? click-click la apa yang patut kann ;) ...aku pun...
-
Assalammu'alaikum wbt... Bismillah.. Sekiranya ANDA bersedia untuk menjalan kan PERNIAGAAN ==>; MENTAL & FIZIKAL kena kua...
-
phewww title entry x leh tahan sungguh..hehehe anyway kat sini aku nak kupas sikit arr pasal title Accountant nie yer..untuk pengetahuan...
my lovely family...
-
Cerita Tahun Baru - [image: Image result for happy new year 2018] Hari ni dah 6 Januari 2017. Rasanya belum terlambat lagi nak wish Selamat Tahun Baru 2018. Semoga semua hara...7 years ago
-
10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita - Assalammualaikum wbt.. Di sini saya nak kongsikan 10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita yang saya perolehi dari website Positive Parenting *1. Tia...12 years ago
-
-
my lovely readers
my lovely frens
My Sponsor
kad ini d tujukan kepada semua follower kesyganku serta pembaca setia ku...terima la kad ini sbg pengganti dri..
terasa cepat betul masa berlalu...uhukkss sedihnyer Ramadhan bakal berakhir x lama lg...menjelang pula Syawal penuh keriangan...kpd kngkwn ku...Selamat Berhari Raya la yer...semoga korang gembira d samping keluarga trcinta...
jom kiter hayati lirik lagu ni yer...cheewah!!hehehe
Suasana Di Hari Raya
Anuar Zain:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Elina:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Elina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Elina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Anuar Zain & Elina:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Elina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Elina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Setiap bayi adalah berbeza dan sesetengah ibubapa mungkin mendapati tugas memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah suatu yang sukar dan sesetengahnya pula mendapati ianya agak mudah. Sekiranya bayi anda menolak makanan yang diperkenalkan, di sini ada beberapa cara yang boleh anda lakukan:
Bayi anda sedang mempelajari rasa baru, jadi bersabarlah dan berikannya masa untuk membiasakan diri. Tambahan pula, dia hanya biasa dengan susu ibu, jadi janganlah risau sekiranya dia enggan makan makanan pejal. Jangan putus asa. Terus mencuba.
Sentiasa perkenalkan satu makanan baru sahaja pada sesuatu masa. Berikan makanan yang sama untuk selang masa 4 hari sebelum memperkenalkan makanan baru. Ini akan memberikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dan anda akan dapat mengenali tindak balas alergi sekiranya ia berlaku.
Jangan cuba untuk mencampur adukkan makanan yang disukai dengan yang tidak disukainya. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak suka kedua-duanya.
Berikannya pelbagai jenis makanan. Lebih banyak variasi, lebih baik keperluan pemakanan dapat dipenuhi. Sekiranya dia tidak suka sesuatu makanan, cuba masak dengan cara berbeza. Dengan itu, dia tidak kekurangan khasiat yang terdapat dalam makanan tertentu. Sebagai contoh, sediakan makanan dalam bentuk sup berbanding dalam bentuk puri.
sumber : http://www.mypositiveparenting.org
Pada usia 6 bulan, anak anda sudah bersedia untuk makanan pejal.
- Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan
Makan merupakan pengalaman baru untuk bayi berusia 6 bulan. Oleh kerana sudah biasa dengan susu dan gerakan lidah yang khusus untuk menyusu, secara semulajadinya lidah bayi anda akan menolak keluar sebarang makanan yang disuap ke dalam mulutnya.
Menyuap makanan pejal dari sudu dan menelannya adalah kemahiran yang perlu dipelajari secara perlahan-lahan. Bayi anda perlu menguasai kemahiran ini mulai usia 6 bulan kerana pada usia ini, susu ibu sahaja sudah tidak memadai untuk memenuhi keperluan pemakanannya yang meningkat. Mulakan dengan makanan separuh pejal seperti puri, dan diikuti dengan makanan yang semakin pejal pada bulanbulan berikutnya.
Berikannya makanan pejal pada waktu pagi atau tengah hari dan tingkatkan kekerapan secara berperingkat. Ingat jangan paksa bayi anda makan. Biarkannya belajar dengan caranya sendiri:
Sediakan makanan bayi, tuala kecil dan cawan di tempat yang mudah diambilnya. Buat kesemua persediaan sebelum anda mula memberi makan kepada bayi.
- wajib aku sedia kn sgala kelengkapan sebelum bagi irfan mamam...klau idak sure kalut d watnyer..
Bersembang dengan bayi anda tentang apa yang akan dialaminya. Malah, apabila bayi sudah biasa dengan rutin tersebut, dia pasti menantikan waktu makan apabila mendengar anda seringkali mengulangi perkara yang berkaitan dengan makan dan makanan.
- skang nie irfan dh tau klau aku bwk mangkuk & sebut mamam...trus trsengih...
Mulakan waktu makan dengan menyediakan beberapa sudu penuh makanan pejal sahaja. Oleh kerana baru belajar, bayi hanya akan makan sedikit makanan pejal sahaja. Sekiranya bayi lapar, anda boleh menambah dengan memberikannya susu ibu. Bagaimanapun, jangan berikan susu ibu sebelum makanan pejal kerana bayi akan rasa kenyang dan tidak berminat untuk mencuba makanan baru.
- selalunyer pas mamam dlm 1 2 jam baru irfan mintak nenen..
Ambil sedikit makanan dan letakkan di bibir bayi anda supaya dia boleh merasanya. Reaksi pertamanya terhadap makanan pejal mungkin kombinasi terkejut dan tidak mahu. Elakkan dari menyuap masuk sudu ke dalam mulutnya, kerana bayi anda baru belajar makan. Selepas beberapa percubaan, bayi anda akan mula menikmati proses memakan dan akan mula membuka mulutnya dengan luas ketika diberi makan.
- mula2 die bukak sket jer mulut die...hehehe cam malu2 jer nk bukak luas2...hahaha skang nie x yah dh sure seluas alam d bukaknyer..
Bayi anda sedang membiasakan diri dengan makanan pejal dan tidak boleh makan begitu banyak. Selepas memberi satu atau dua sudu makanan, sambung dengan penyusuan susu ibu. Anda boleh meningkatkan jumlah makanan pejal selepas bayi biasa dengannya.
- mula2 dlu irfan mmg x nk mkn...die cam rasa jer mkanan yg d suap kn...p skang nie aku sediakn 2 sudu besar bubur utk die..
Makanan pelengkap yang baik mesti dapat membekalkan tenaga dan nutrien secukupnya dan sesuai dengan peringkat tumbesaran bayi. Berikut antara makanan yang boleh anda berikan kepada si manja:
Bubur nasi, bijirin lain dan makanan berkanji
Biasanya, makanan pertama bayi pada usia 6 bulan ialah bubur nasi dan bijirin bayi yang kaya dengan zat besi. Bila usianya meningkat (lebih kurang 11 bulan), anda boleh beri si manja nasi lembut dan mi yang dilenyek.
- yessszaa irfan dh mula makan bubur nasi...
Buah-buah dan sayuran
Mulakan dengan jus buah-buahan yang dicairkan dan sayuran yang dimasak hingga hancur. Bila bayi berusia antara 6-8 bulan, berikan buah-buahan lembut yang dilenyek atau dicincang halus, dan kacang pis dan sayuran berdaun hijau yang dimasak hingga lembut lalu dilenyek atau disaring. Antara 8-12 bulan, si manja sudah boleh mengambil potongan kecil buah-buahan lembut dan sayuran cincang yang mudah dikunyah untuk membolehkan bayi merasai tekstur yang berlainan.
- jus buah ummi lom prepare kn lg utk irfan...pas raya la ummi wat kn utk irfan..epal & honeydew ummi pnh bg irfan suka honeydew p x suka epal..hehehe pndai memilih yer..
Makanan kaya protein
Ikan bilis adalah antara makanan yang kaya dengan protein. Anda boleh beri si manja ikan bilis yang dipanggang dan ditumbuk halus atau kuning telur dan kacang pis yang dimasak dan disaring. Daging ayam dan isi ikan yang dicincang dan dilenyek boleh diberikan bila bayi berumur 6-8 bulan, dan selepas itu, anda boleh mencuba daging cincang atau keju lembut.
- ikan bilis,ayam & isi ikan irfan dh rasa...daging ummi lom try lagi...
SUMBER : positive parentinghttp://www.mypositiveparenting.org
Oleh Profesor Madya Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan
Lazimnya, bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sepanjang enam bulan pertama hayatnya. Si manja membesar dengan sihat dan mendapat segala nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan pemakanannya. Bagaimanapun, pada usia enam bulan, susu ibu semata-mata tidak lagi mencukupi. Inilah masanya untuk memperkenalkan makanan pelengkap ke dalam pemakanan bayi. Sambil meneruskan penyusuan ibu, anda boleh memberinya makanan lain sebagai pelengkap.
3 Asas Makanan Pelengkap
Pengetahuan tentang asas makanan pelengkap yang baik amat penting untuk memastikan si manja anda mendapat khasiat makanan yang betul dengan secukupnya.
1. Keperluan Pemakanan.
- irfan dh mula mkn bubur nasi yg d lenyek atas tapis..alhamdulillah aku dh beli feeding set..so lengkap la peralatannyer...siap ader kayu lenyek lg tu...so far aku dh campur kn dgn ikan, ayam, ikan bilis, lobak, brokoli, kismis, kurma..one by one introduce..mula2 mkn sket jer...alhamdulillah skang dh nk mkn...x byk mner cuma 2 sudu jer...selebihnyer susu ku...hehehehe..
2. Jadual.
- skang nie irfan aku baru bg mkn 1 kali jer 1 hari...aku plan nk bg 2 kali sehari pas raya la...ok ker..???aku nk tgk camne die mkn mknan lain plak...
3. Jumlah Secukupnya.
- kul 12.30 irfan dh bg signal nk mamam...klau dh start nangis pehtu bg nenen still x mau konpem die nk mamam...mula2 aku x tau gak ari tu time blk kg...kul 12.30 still dlm keta x spai lg...dh bg nenen pun nangis...dh pujuk mcm2 cari still merengek gak...spai jer kat kg aku trus bg bubur laju jer die mamam...alhamdulillah dh prepare bubur die before blk kg...x der la kalut sgt...
Berhati-hati!
Amalan yang tidak wajar seperti memaksa bayi makan mungkin mengakibatkan makan secara berlebihan sedangkan memberikan hanya satu jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan pengambilan nutrisi. Jadi, pastikan anda memberi si manja makan dengan sabar dan perlahan lahan, galakkan (bukan paksa) anak anda makan, dan cuba makanan dengan kombinasi, rasa dan tekstur yang berlainan. Ingatlah, waktu makan adalah masa untuk si manja belajar dan kesempatan untuk anda mencurahkan kasih sayang. Jadi, bercakaplah dengan si manja bila anda memberinya makan dan jadikan waktu makan masa yang menyeronokkan.