weeehooo ari ni puisi ku tak berapa nak menjadi...hahaha tak leh nak apply kalau bercerita tentang methodology nie...so kena wat pin point...nie method bagaimana fisa menguruskan CD irfan...
- Kalau irfan poo poo so CD dia sure laa ada najiskan, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi macam irfan punya poo poo memang mudah jer nak tanggalkan...warna lom hitam or cokelat lagi...stil kekuning-kuningan...hehehe kecuali makan carrot sure ader lagi saki baki carrot tu...(siap detail poo poo lagi tu)
- untuk CD yang terkena air kencing hanya letak kan CD yang kotor ke dalam bakul baju kotor irfan
- anda boleh mempunyai 2 bekas p c irfan ada 1 bakul baju kotor jer...klau yang terkena poo poo tu fisa masukkan dalam baldi kecik then cuci tangan jer...
1. dry = diapers yang kena air kencing sahaja
2. wet = diapers yang kena najis
- kumpulkan CD kotor sehingga ‘hari membasuh’ anda (2-3 hari sekali) dan masukkan kesemua CD tersebut ke dalam washing machine..p sekiranya stok CD anda masih lagi belom mencukupi d nasihatkan basuh la selang 1 hari...
- sebaiknya letak CD anda didalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD anda
- Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
oooopsss ader lupa lak nak bagitau tips penjagaan tambahan yang lain...hehehe here we go...;)
- Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).
- sekiranya bayi anda membuang air besar warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine. Apa yang perlua anda buat, adalah letakkan cecair sabun pinggan mangkuk seperti sunlight di insert dan buat ’soak mode’ selama 8 hours insya Allah kesan kuning semua tertanggal
- elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian pada CD anda yang boleh mengurangkan daya serapan
- Cloth Diaper perlu diprewash sekurang2nya 3 kali sebelum menggunakannya. Ini adalah untuk memastikan penyerapan yang lebih baik disamping menyingkirkan residue yang tertinggal semasa manufacturing process
- Diingatkan utk tidak menggunakan sabun berpeluntur kerana ianya akan melunturkan warna pocket pants CD anda dan boleh merosakkan CD/'insert'
- Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.
oh bukan setakat iut sahaja tau...ade lagi ni tips yang perlu kita tau pasal pengurusan CD nie...;)
· JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran.
· Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.
· Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.
· Insert dan pocket juga boleh di jemur dalam suhu bilik atau di bawah panas matahari
10 lovely reply:
thanks for sharing sis..byk ilmu CD yg dipelajari ni..ehehe..
sis..tak menjadi puisi mu ye?ekeke :p
wah sgt la rajin kalau guna CD ni dan tq for sharing da info..penat type eh..
ilmu CD nie kena share sesama teman...hehehe baru ler berjaya misi berCD...
tu arr pasal puisi ku telah gagal d cipta...hahahaha...x reti den d watnya...kena tanya yang pakar nie...;)
Adlina seharusnya kita wajib merajin kan diri...hehehehe w/pun kadang2 diri ku ini pemalas jua...
uiksss kerana puisi tidak menjadi kena laa merajinkan diri menype...hahaha hampeh jer tau klau wat puisi untuk entry ni...:D
Wah! Bagus info ni.. thanks beb! Nak-nak untuk aku yang nak berCD but, tu ler tuh.. aku belum start lagi.. maybe bila dah agak stabil aku nyer pengurusan baby and bf then, baru nak menceburkan diri dalam CD pulaks... ;).
Yelah, nak kena pelan-pelan.. maklumlah, semua nyer belum mahir lagi ni :p.
Nama jer anak dah 3.. hahaha.. tapi, satu apa pun tak tahu.. kekekek...
kihkihkih....adat arr tu beb...aku pun bukan terror mner pun...sama2 la kita share info yg kita tau ekk...antara bf & CD...aku pastikan ilmu bf lengkap dlu...then baru ler dok menggali ilmu CD...:P..
beb gud luck arr dalam menstabilkan time managamment ko tu ekk...hehehe
wah sure colorful kat bila tiba time cuci cd hehehe..
sis fisa..
thanx gud info to share..
kelly tak pernah tahu pasal stripping ni.. tambah ilmu lagi..:0
Lady memang colourful...hohoho ko suka tengok CD irfan yang bergantungan...cantikkan..:D
*ader org gelakkan fisa...sbb tgk CD kat ampai pun leh senyum sorang...(*O*)
kelly dolu2 memang tak tau...p biler menggodek ilmu CD nie terjumpe lak info nie...so y not share dgn kengkawan kan...insert irfan lom lagi melalui proses ni...hehehe so far ok jer tak der lagi kebocoran...sebab insert die jer ader dalam 20 keping...:D
Post a Comment