My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


Buah cempedak d luar pagar..

Ambil galah toong tunjukkan…

Irfan budak baru belajar…

Kalau salah umi tunjukkan…

Hehehehe…sejak dua menjak nie irfan dh mula belajar nak makan sendiri…kebetulan last week sahabat ku sha telah membuka topic tips hadapi anak yang nak makan sendiri dalam RH….so kat sini aku serta kan jugak arr article dr kosmo online yang menyarankan agar anak-anak di beri peluang untuk menyuap sendiri…

Biar anak makan sendiri

Oleh YEO LI SHIAN

ls.yeo@kosmo.com.my

Menyuap bayi kecil dengan makanan ada kalanya memberikan ibu bapa pengalaman kurang menyenangkan. Dengan kerenah yang pelbagai, anak mungkin sukar untuk ditenteramkan ketika waktu makan. Lebih-lebih lagi pada kali pertama anak diperkenalkan dengan makanan pejal.

AKSI bayi cuba memasukkan makanan bukan disebabkan lapar, tetapi sifat ingin tahu dan meniru cara orang dewasa makan.

PADA ketika ini, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan episod tanggungjawab yang baru. Peluang melihat anak mengunyah dan menerima makanan pejal sudah pasti mengujakan. Tetapi, realitinya tidak selalu begitu menyeronokkan. Ada juga yang mungkin menyifatkan tempoh tersebut ibarat satu mimpi ngeri.

Sampai begitu teruk sekali? Agaknya itu soalan yang bermain dalam minda ibu bapa-ibu bapa baru. Tempoh bercerai susu memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan dan perubahan ini memerlukan asas pendekatan yang bijak. Ini bagi memastikan anak membesar dengan sihat dan menjadikan proses pemakanan sesuatu yang menyeronokkan baginya.

Pakar perkembangan anak dan pemakanan bayi, Gill Rapley dalam bukunya, Baby-Led Weaning (BLW) mengajak ibu bapa membiarkan anak mencuba makanan itu sendiri. Ya, maksudnya memberi anak peluang menyuap diri sendiri.

BLW yang ditulis bersama seorang penulis bebas dan wartawan Tracey Murkett itu mendedahkan bahawa pengalaman menyuap dan membiarkan anak 'mengemudi' keseluruhan proses pemakanan itu pastinya satu pengembaraan menarik. Sebabnya, hanya dengan cara ini, anak berupaya merasa dan mencuba makanan, sekali gus meningkatkan koordinasi tangan dan mata.

Kaedah itu juga membantu bayi anda memperbaiki kemahiran mengunyah serta bijak mengendalikan pelbagai jenis makanan. Lagipun, BLW bukan satu kaedah yang baru. Malah, ia berkesan dipraktikkan sama ada untuk anak yang masih menyusu susu badan, mengambil formula susu alternatif mahupun gabungan kedua-duanya.

Rapley sendiri berpengalaman lebih dua dekad sebagai pelawat dalam bidang kesihatan dan pernah menjadi bidan serta seorang sukarelawan perunding penyusuan payu dara.

Menyifatkan BLW sebagai satu kaedah yang bukan sahaja mudah, semula jadi dan selamat, ia turut mengajak ibu bapa mempercayai kemahiran serta naluri bayi terhadap makanan.

Buku yang terbahagi kepada lapan bab itu antara lain merangkumi topik seperti kebaikan kaedah BLW, membantu anak belajar, makanan pertama, kelakuan di meja makan dan kepentingan pemakanan yang sihat.

Selain itu, Rapley dan Murkett yang juga seorang ibu, ingin mengajak ibu bapa membuang persepsi bahawa bayi tidak harus makan makanan yang diambil oleh ahli keluarga lain.

"Tetapi, kebanyakan resipi dalam buku-buku masakan makanan sihat sebenarnya boleh disesuaikan untuk dikongsi oleh si kecil anda. Jadi, kalau diet anda bernutrisi dan menyihatkan, mengapa perlu ada resipi berasingan?" soalnya seperti dipetik daripada buku setebal 256 muka surat itu.

Lebih menarik lagi, bayi juga mempunyai motivasi untuk makan. Rapley menyakinkan ibu bapa bahawa kecederungan seseorang bayi berusia enam bulan untuk memasukkan makanan ke dalam mulut tiada kaitan langsung dengan perasaan lapar.

Sebaliknya, si kecil anda mungkin lebih berminat untuk meniru tindakan orang dewasa menerusi pemerhatian dan latihan secara kerap. Perasaan ingin tahu dan naluri untuk mencuba lebih kerap menjadi pendorongnya.

"Bayi perlu tahu jenis makanan yang selamat ataupun tidak. Jadi, dia akan meneliti apa yang diambil oleh ibu bapa mereka. Tempoh ini berlaku pada ketika dia mula mencuba dan bereksperimen dengan tangan atau lengan untuk mengambil barang," terang Rapley lagi.

Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan kecenderungan anak mengambil barangan mainan. Cuma, makanan yang dimasukkan ke dalam mulutnya ada rasa, tekstur dan boleh dimakan.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana bayi anda tidak akan tertelan makanan itu. Sebabnya, bayi pada peringkat ini belum pandai mengalihkan makanan ke dalam mulut. Ini bermakna makanan itu secara tidak langsung akan terkeluar semula.

Pendek kata, pengenalan makanan pejal kepada bayi anda buat beberapa bulan pertama hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Bayi anda hanya dibenarkan memasukkan makanan ke dalam mulut sebaik sahaja dia mempelajari rasa dan tekstur pelbagai makanan berbeza.

Tidak lupa juga, Rapley menasihati ibu bapa agar memberi layanan sama kepada anak ketika waktu makan. Tindakan tidak terlalu mengongkong jenis makanan yang diambil dan tidak terlalu kerap mengelap mukanya sewaktu makan adalah salah satu cara menghormati anak sebagai seorang individu.

Hanya dengan beberapa petua daripada buku Baby-Led Weaning, mudah-mudahan waktu makan si kecil anda lebih menarik dan yang penting, ia juga sebenarnya amat menyeronokkan.

sebelum adenya discussion pasal topic anak yang nak makan sendiri nie aku selalu bising2 gak kalau irfan nak makan sendiri sebabnya sure yg kat lantai lagi banyak dari yang massuk mulut dia…dalam erti kata yang lain aku nie kira nya malas gak arr nak mengemas & mop lantai pastu…hahahaha….cengelat sungguh aku nie…p bile baca discussion dalam topic tu skang ni time irfan makan sure aku lapikkan dengan tikar mengkuang so tak yah susah2 nak ngemas balik lepas tu…dan irfan dengan sendirinya tak bergerak dari tikar…ehhehehe berterusan menikmati makanan dia sampai habis…tu yg ku suka…hehehe…


4 lovely reply:

wah!bagus2x...pandai irfan! suka!

hehehehe suka tengok aksi die minum air tu...

thumbs up!!

Adlina..thanx dear..;)