My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...


Hari ini 31 December 2011..esok 1 January 2012..cepatnya masa berlalu...makin singkat usia ku...makin meningkat umur ku jua..ahakss.. HAPPY NEW YEAR 2012!! kawan-kawan...
DSC07636a
"What can be said in New Year rhymes,
That's not been said a thousand times?
The new years come, the old years go,
We know we dream, we dream we know.
We rise up laughing with the light,
We lie down weeping with the night.
We hug the world until it stings,
We curse it then and sigh for wings.
We live, we love, we woo, we wed,
We wreathe our prides, we sheet our dead.
We laugh, we weep, we hope, we fear,
And that's the burden of a year."
~ Ella Wheeler Wilco

Assalammualaikum wbt..
stand alone
sekuntum bunga ros ni utk semua teman & sahabat maya aku dan juga untuk semua follower aku yg sudi singgah di teratak aku ni..insyaAllah andai masa mengizin kan akan ku usaha kan untuk singgah ke teratak kalian ok...yang mana aku belum sempat follow back tu insyaAllah akan ku follow nanti...

erkkk tak cukup ke sekuntum bunga Ros ni? nak lagi banyak ekk...yg kat bawah ni cukup tak? hehehe
DSC04494A
meh aku close up kan skit..
DSC04499A
sila-sila la ambil yang mana berkenaan di mata dan turun ke hati...ini adalah ROS UNTUK ANDA..;)


Assalammualaikum wbt..
DSC09498a
serius busy aku akhir tahun ni...tak buleh langsung nk menyelinap kat sini...aku rindu nk ngomel kat sini...aku rindu nk p terjah rumah kawan-kawan...aku rindu nk carik kenalan baru...aku rindu dunia blog ini...

panjang kisah aku sepanjang aku senyap ni..nak share kat sini sure tak cukup sehari semalam ni...uhukss apa kan daya masa begitu mencemburui aku..ahakss...jumpa tahun depan la gamaknya kann..:p
DSC09501a

Assalammualaikum...

Selamat Tahun Baru!!maaf la ye lewat betul nak wish nya...aku sekarang ni sangat la sibuknya..sebab tu la tak berupdate kat sini...ihikss kalau setakat update status dengan komen mengomen kat FB tu sempat la jugak aku nak menyelinap..tapi kalau kat sini bukannya boleh masuk sekejap sure aku rasa nak stay lama-lama...

huwarghhhhh sebenarnya aku ni fenat badan & kepala tu yg lepak kat sini sekejap..


Assalammualaikum wbt...

Salam Aidiladha
Aku ingin mengucap kan SALAM AIDILADHA kepada semua pembaca dan sahabat aku yang berada di mana sahaja. Semoga Aidiladha yang bakal kita sambut tak lama lagi ni akan menjadi perayaan yang begitu bermakna pada diri kita berdasarkan pengorbanan yang telah kita laksanakan selama ini.

Mari lah kita sama-sama menghayati kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail dalam menunaikan dan memenuhi perintah Allah swt.
Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111


Assalammualaikum wbt...

yippee!!! keje aku tak siap lagi tapi hati aku makin tak keruan nak masuk kat sini...hahahaha sangat-sangat la tidak patut nya kan..tak boleh tahan la wei...sure nak jugak intai-intai dan jeling-jeling kat sini...tapi tu la kan bila dah intip-intip ni makin membuak-buak la pulak nak buat entry kann...bila dah buat entry pulak menggedik-gedik pulak nak merayap ke rumah kawan-kawan yang lain..aduhaii...hati ku makin tak keruan...

oooppss aku tak boleh lama kat sini..nanti ada pulak document atas meja ni menjerit-jerit suruh siap kan...aku just nak inform kan yang aku dah JATUH CINTA tau sekarang ni...makin meluap-luap dan membara bila melihat kan hasil tangan kawan-kawan yang lain...eh eh bukan jatuh dengan orang okay!..ni kes dah jatuh cinta dengan masak memasak...jangan gelak tauu...

aku tau la sebelum ni aku tak berapa nak pandai masak...tapi sejak kawan-kawan tunjuk kan hasil tangan masing-masing makin la membuat kan hati ku ini cemburu..aku nekad nak belajar memasak...so sebelum nak memasak tu aku kena la jatuh cinta dulu kan...mana la tau akan mengeluar kan aura kasih sayang pada hasil tangan aku pulak..:p


Assalammualaikum wbt..



sory kawan-kawan...aku kena mem'busy'kan diri untuk menyiapkan account client yang urgent ni..so aku tak sempat nak buat kunjungan pada kawan-kawan shouters dan juga kawan-kawan yang aku follow blog nya...aku memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk menyiap kan keje ni...hope aku dapat settle kan keje ni dengan cepat..:D




Assalammualaikum wbt...

DSC03177
sebelum kita membeli sesuatu harusla kita ambil tau apa itu KUASA BELI PENGGUNA atau PURCHASING POWER?...kepada yang tidak tau tu meh kita baca dan faham kan sama-sama ye..
by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Kuasa beli adalah kemampuan pengguna untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya. Ia juga merujuk kepada nilai wang dan jumlah barangan atau perkhidmatan yang dapat dibeli dengan satu unit mata wang. Beberapa unsur yang mempengaruhi kuasa beli pengguna ialah;

1. Harga barangan dan perkhidmatan - Pengguna yang bijak akan dapat membelanjakan wangnya dengan baik, jika dia mampu mendapatkan pulangan yang memuaskan untuk setiap nilai wang yang dibelanjakannya pada harga yang tertentu.

2. Permintaan dan penawaran terhadap barangan dan perkhidmatan - Jika permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat, sementara penawarannya kurang akan menyebabkan kenaikan dalam harga. Kenaikan harga ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Namun, jika permintaan kurang dan penawaran berlebihan, harga akan turun dan ini akan menambahkan kuasa beli pengguna.

3. Pendapatan pengguna -Kuasa beli pengguna akan meningkat jika pendapatan pengguna juga meningkat dan kuasa belinya akan turun apabila pendapatannya berkurangan. Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu, kuasa beli pengguna juga akan berkurangan walaupun pendapatannya meningkat. Pengguna yang bijak akan dapat meningkatkan kuasa belinya jika dia bijak merancang perbelanjaannya.

4. Cita rasa pengguna - Kuasa beli pengguna juga dipengaruhi oleh tahap cita rasa pengguna itu sendiri. Pengguna yang terlalu mengikut cita rasanya apabila berbelanja akan mengurangkan kuasa belinya dan boleh mengakibatkan dia mengalami kerugian.

Sehubungan dengan itu, adalah penting setiap pengguna memahami kuasa beli masing-masing. Kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan kuasa beli akan dapat membantu mereka menambahkan nilai terhadap perbelanjaan, sekaligus memberi erti kepada pendapatan mereka.

Sumber Dari www.kpdnhep.gov.my
SO sebagai pembeli dan pengguna sebenarnya kita juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal harga barang semua jenis barang ye termasuk la harga rumah, harga barang runcit, harga kereta dan semua jenis perkhidmatan juga...kita juga HARUS la tau dan BIJAK menggunakan kuasa kita sebagai pengguna di samping berbelanja mengikut kemampuan kita...
DSC03186
Andainya barang yang ingin kita beli TERLALU MAHAL/TIDAK MUNASABAH harga nya maka keputusan penangguhan membeli harus la di buat agar kita tidak membuat pembelian yang terburu-buru atau mengikut nafsu...guna kan lah KUASA kita dengan memberi tekanan kepada pihak yang membuat kenaikan HARGA MELAMPAU...faktor utama yang boleh kita lakukan untuk menurunkan harga barang adalah dengan menurunkan permintaan sesuatu barang itu dengan drastiknya..kerana seharusnya PERMINTAAN = PENAWARAN bagi menetapkan harga yang sepatutnya...

Di harapkan bukan sahaja kita sebagai pengguna/pembeli memainkan peranan dalam mengawal harga sesuatu barang, kita juga mengharapkan pihak berwajib memainkan peranan dalam membantu kita mengawal selia kenaikan harga yang melampau..kerjasama ini sangat penting dalam menstabilkan harga barang...

Jom kita baca artikel dari Pakar...

KUALA LUMPUR, 19 April — Kuasa membeli di kalangan rakyat negara ini boleh dipertingkatkan dengan pihak berkuasa mengadakan reformasi pasaran agar ia menjadi lebih berdaya saing dan bebas daripada monopoli dan pasaran yang bersifat ‘herot-benyot’, kata pakar-pakar ekonomi.

Laporan Harga dan Upah 2010 oleh bank UBS AG menunjukkan warga Kuala Lumpur hanya memiliki kuasa membeli 33.8 peratus berbanding mereka yang tinggal di New York, 42 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang berada di London, 33.7 peratus (Sydney), 32.6 peratus (Los Angeles) dan 31.6 peratus (Zurich).Sehubungan itu, Suhaimi Ilias dari Maybank Investment Bank berkata, kurang daya saingan di Malaysia menyebabkan rendahnya tekanan terhadap kadar harga. “Soal ketidakcekapan dalam ekonomi kita masih tinggi,” kata beliau.

Dr Yeah Kim Leng dari RAM pula berkata, pasaran Malaysia memerlukan saingan yang lebih sihat dan kurang cenderung ke arah bermonopoli. “Kami mendapati industri-industri Malaysia sangat bertumpu pada beberapa peserta (industri sahaja),” kata beliau sambil menambah, paras harga pula adakalanya tidak anjal dan tidak bersifat responsif kepada paras pendapatan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka bersetuju bahawa soal ‘mengganggu’ pasaran yang menjadi ciri utama dalam ekonomi Malaysia perlu ditangani demi menjadikan harga dan pasaran menjadi lebih berikat. Menurut Yeah, salah satu sektor yang sangat ‘diganggu’ ialah industri kenderaan di mana rakyat Malaysia perlu memikul paras harga kereta paling mahal di dunia, menyebabkan 20 peratus daripada RM581 bilion hutang isi rumah negara tertumpu dalam soal pembelian kereta, yang nilai asetnya merosot dari semasa ke semasa.

Suhaimi berkata, harga yang rakyat Malaysia bayar sekarang nampaknya tidak masuk akal. “(Misalnya) saya tidak faham mengapa sebuah motosikal seharusnya menelan kos RM6,000-7,000 dan kereta seperti Perodua Viva perlu lebih RM30,000,” kata beliau.

Justeru kata Yeah, dasar automotif kebangsaan perlu disusun semula dan mengurangkan halangan tarif kerana ia baik untuk kedua-dua ekonomi dan industri kereta. “Itu sebabnya kita boleh menarik lebih ramai peserta dan menyusun semula industri kereta supaya ia bersifat serantau,” katanya.

Suhaimi juga khuatir harga sesetengah barang secara sengaja ditekan dan kejutan harga boleh wujud jika subsidi dikaji balik kelak. “Bagi industri-industri yang bergantung sangat pada subsidi, daya saing adalah jawapan,” kata beliau. Malah menurut beliau, kebergantungan negara ke atas pekerja-pekerja asing juga menjejaskan upah pekerja tempatan.

Oleh itu kata Yeah, kerajaan tidak sewajarnya membenarkan upah ‘sengaja’ ditekan. “Tidak perlu ada kemasukan tenaga kerja (asing) murahan,” kata beliau. Tambah beliau, tindakan menurunkan nilai ringgit, yang pernah diamalkan masa-masa lalu untuk menjadikan eksport Malaysia lebih berdaya saing, merupakan satu lagi tindakan ‘memuta belit’ pasaran, yang menjejaskan kuasa beli khususnya ke atas barangan diimport.

Mulai 1 April lalu, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, undang-undang baru yang memberi kuasa untuk mengheret peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan atau makanan secara sembarangan dan melampau, dikuatkuasakan dan akta daya saing akan dilaksanakan tahun depan bagi mengelak sikap antidaya saing. Kerajaan juga dijangka memperkenalkan elaun bagi syarikat yang memohon pengecualian.

Dr Foong Kee Kuan, penyelidik kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengulangi bahawa daya saing yang lebih tinggi diperlukan untuk meningkatkan kuasa membeli. “Kerajaan perlu menuju ke arah itu dan menjadikan industri kita lebih bersifat daya saing,” katanya lagi.
Ini pula artikel dari pihak berwajib...
Pengguna perlu bijak guna kuasa beli untuk kawal harga barang
2011/03/01

KUALA KRAU: Kenaikan harga barang boleh dikawal tanpa bantuan kerajaan sekiranya pengguna bijak menggunakan kuasa membeli selain tidak mengikut hawa nafsu yang mendorong mereka untuk hanya memilih barangan berharga mahal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengguna sebenarnya memiliki kuasa yang paling kuat dalam menentukan kenaikan harga bagi sesuatu barangan.

"Kementerian tidak ada kuasa untuk mengarahkan peniaga mahupun pemilik pasar raya bagi menurunkan harga keperluan kecuali barangan terkawal seperti beras, tepung, gula dan minyak masak. Jika pengguna saling bekerjasama dan sanggup untuk tidak membeli sesuatu barangan yang mahal, maka dengan sendirinya peniaga tidak berani untuk menaikkan harga."....berita selanjutnya..
****pikir-pikir kan la ye yang mana bik dan buruk nya...tindakan kita mencerminkan keperibadian kita...;)
DSC03184


Assalammualaikum wbt...

rumah ku syurga ku
Aku nak tanya kawan-kawan semua siapa yang dah beli/memiliki rumah?click-click la apa yang patut kann ;)...aku pun dah beli/memiliki rumah..alhamdulillah ketika aku beli rumah tu harga nya agak murah berbanding dengan harga yang kawan-kawan aku yang lain beli...rumah aku tak da la besar mana pun..dan juga cuma rumah setingkat sahaja...besar tanah dalam 40' x 80'..luas rumah cuma 24' x 75'...time aku beli tu dalam tahun 2005 harga rumah ni tak sampai pun RM 150k..

TAPI sekarang bila aku survey harga rumah teres dua tingkat yang luas nya 22' x 75'...bila aku tengok rumah contoh wow! besar dan menarik la design nya...ianya berharga RM 450k!! membuat kan mata aku bagaikan nak terkeluar...huwaaaaaaaaa mahal giler sehh...so aku survey lagi harga paling murah sekarang ni RM 230k untuk rumah teres setingkat yang bersize 20' x 70'..apa lagi aku try ler g tengok rumah contoh...ayorkkss kecik sangat2..besar lagi rumah teres mak aku tu hah...huwaarghhhhhh mahal nyaa rumah sekarang....

aku pun mula la mengira dan menghitung bayaran bulanan untuk kedua-dua jenis rumah tu kan..yang rumah harga RM 450k tu bayaran bulanan yang perlu d buat dalam RM 2k lebih..kalau yang harga RM 230k tu dalam RM 1k lebih...ayorkkkkk rumah aku sekarang ni bayaran bulanan pun tak sampai RM 1k...terkebil-kebil mata aku di buatnya...

isk aku terbayangkan dengan paras pendapatan isi rumah dan juga perbelanjaan isi rumah yang naik sekarang ni dengan gaji RM 3k pastinya tidak mencukupi...Ya Allah kesian betul pada mereka-mereka ini...pastinya mereka ini hanya mampu memiliki rumah flat sahaja..oh nampak sangat jurang d sini..makin terserlah yang KAYA makin KAYA...

nampak gaya nya kalau harga rumah makin meninggi yang sengsara nanti ialah golongan yang berpendapatan serdahana...dahlah tak mampu nak beli rumah teres...layak ke nak dapat rumah PPRT....kalau macam ni la nanti pasaran hartanah hanya milik orang-orang kaya dan investor je laa...

ermmm aku memang tak puas hati sangat pasal HARGA RUMAH sekarang ni kan..tapi ada ker orang yang nak dengar suara picisan macam aku dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya..ada ker orang yang nak bantu mengawal harga rumah ni?...berbaloi ker kalau nak beli rumah yang melampau tinggi harga nya dan belum tentu kualiti rumah tu ada..terutama melibatkan keretakan yang mengambil masa untuk menyerlah kan garisan 'cantik'nya itu...adakah kenaikan harga rumah yang melampau ini BUKAN MASALAH BESAR bg pihak berwajib?..hingga kan bajet yang terkini pun pinjaman rumah bagi kakitangan kerajaan naik sampai RM450k!!

paras gaji minima berapa yang oleh mencapai loan RM 450k ni? sure bulanan kena lebih RM 3k gaji mereka kann...ermmmm pikir jangan tak pikir...wah wah wah makin melompat lebih tinggi la para pemaju bila kerajaan sendiri mengikut trend harga mereka bukan mereka yang mengikut harga kawalan kerajaan...atas tiket 'kos pembinaan makin meningkat berdasarkan pergantungan pada kenaikan harga petrol'...

wahai kawan-kawan di luar sana yang juga bakal pembeli-pembeli rumah di mana kah KUASA kita sebagai pembeli?...hilang sudah kah KUASA kita ke atas duit kita sendiri hingga kan kita bagaikan beli kerana kita berada atas landasan TERPAKSA?...nampak gaya nya lepas ni aku kena study balik mengenai PURCHASING POWER la pulak kann :p...kes belajar nak lulus so kena la study balik...

sesiapa yang berminat nak tau pasal trend harga rumah boleh ler rujuk kat bawah ni...
Overview: The price of the 'average terraced house' in 2010 stood at RM182,129. This price inched higher by 8.3% from 2009 at RM168,109. Meanwhile, the 'average high rise unit' in 2010 was RM170,339, a marginal increase of 2.4% from RM166,337 in 2009.
SELANGOR TERRACE HOUSE AND HIGH RISE (2007-2010) CHART
di sini juga aku share kan artikel mengenai Harga Rumah..
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

“Pendapatan rakyat kita tidak naik seiring dengan peningkatan harga jualan rumah di Kuala Lumpur kerana kuantiti kawasan sememangnya tidak mencukupi, tetapi permintaannya tinggi.

kat bawah ni pula artikel mengenai Pasaran hartanah di Malaysia..
October 12, 2011
Malaysia property cycle and how to mitigate its risk?

Malaysia’s Property Market
For the past few years, property prices within the Klang Valley and Penang have appreciated dramatically between 20% to 80%. Property prices in smaller towns and the rural area have also appreciated. The price appreciation began with the upper-medium to high-end Condominiums and landed residential property such as Semi-Ds and Bungalows. Foreigners can now buy an unlimited number of property costing above RM500,000 in Malaysia. If a buyer sells their property within 5 years of owning it, they will only have to pay a Real Property Gains Tax (RPGT) of 5%. This relatively low RPGT and easy financing has encouraged speculation on properties above RM500,000 by foreigners as well as by locals. The price appreciation has also spilled over to affect medium cost residential, commercial property and land. The latest trend is interest in the primary market for small sized property such as the Small Office Home Offices (SoHos) and in the secondary market for Condominiums in Petaling Jaya and shop offices....read more

***oh ye survey yang aku buat kat atas tu dekat area Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Bandar Puteri dan Kota Bayuemas...

Assalammualaikum wbt...
kerjasama itu penting...
sory la ye kawan-kawan aku agak sibuk dengan kerja-kerja aku..lagi pun emosi aku lately ni tak stabil sangat...badan terasa letih, lemah dan lesu...bestnya laa kalau dapat 1 week holiday atau 2 3 hari pun cukup la berehat tanpa gangguan...kepala ni makin sarat..makin lama makin berat..kadang-kadang menjadi tepu...kadang-kadang terasa beku...erkkk aku semakin merapu...aku harus berlalu terlebih dahulu...aku ingin mencari aura positif untuk meningkat kan level kesegaran di dalam badan ni...;)

sudah berkenan..

Assalammualaikum wbt...

berita yang baru jek aku baca kat blog Anif..agak terkejut jugak la sebab baru jek aku berborak koskng dengan kawan aku pasal Steve yang telah meletakkan jawatan sebagai CEO Apple...

so aku menggoogle untuk mendapatkan pengesahan cerita ni...maklum ler pagi ni aku belum lagi mendengar berita atau membaca paper..dan artikel ni aku :

Steve Jobs Dies: Apple Chief Created Personal Computer, iPad, iPod, iPhone
By NED POTTER (@NedPotterABC) , COLLEEN CURRY and MICHAEL S. JAMES
Oct. 5, 2011

Steve Jobs, the mastermind behind Apple's iPhone, iPad, iPod, iMac and iTunes, has died, Apple said. Jobs was 56.

Jobs died "peacefully" surrounded by family members, his family said in a statement.

Neither Jobs' family nor Apple revealed where Jobs died or from what cause, though in recent years he had fought a form of pancreatic cancer and had a liver transplant.

"We are deeply saddened to announce that Steve Jobs passed away today," read a statement by Apple's board of directors. "Steve's brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives. The world is immeasurably better because of Steve. His greatest love was for his wife, Laurene, and his family. Our hearts go out to them and to all who were touched by his extraordinary gifts."

berita lanjut sila click sini

kehilangan yang paling besar dalam dunia Technology...

Assalammualaikum wbt...

Sila ambil perhatian kepada semua peminat buku semua!!

hehehee macam nak buat pengumuman apa je kann...;) anyway back to our topic la kan..kepada semua peminat buku tak kira apa jenis buku dan jebis bacaan pun JANGAN LUPA bermula Jumaat ni hingga Ahad minggu depan ada BIGGEST BOOK SALES dekat MAEPS...

untuk maklumat lanjut boleh la korang click kat sini BIGGEST BOOK SALES

weeehoooo aku tak sabar nak pergi ni wei..bila aku tengok pic-pic tahun lepas time diorang buat jualan kat page BIG BAD WOLF BOOKS, makkkk haiishhhh banyakk giler buku wei...aduhaii meronta-ronta hati aku nak join tahun ni punya jualan...maklum ler bukan nya sedikit wei buku yang di tawar kan tapi 1.5 MILLION BOOKS!!!
By CHRISTY YOONG
metro@thestar.com.my

IT’S back, bigger and probably even better, but it was Lady Luck who made sure this year’s Big Bad Wolf Books sale will start on Oct 7.

The fourth edition of the sale will run for 10 days at the Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) in Selangor and offer a jaw-dropping 1.5 million books, five times the number at last year’s event.

Quite an achievement, considering that, initially, Big Bad Wolf Books founders, Andrew Yap and Jacqueline Ng, had decided not to organise a sale this year.

“We’ve been holding the Big Bad Wolf sale once a year because that’s how long we need to organise it properly – accumulating enough books, sorting them, and organising the event,” Yap said.

“Earlier this year, our biggest supplier to the previous sales told us they wouldn’t be able to provide us any more books.”

And, without this supplier, there was no way the husband-and-wife duo could justify organising a sale and, reluctantly, decided to skip the event this year.

“We were disappointed,” said Ng. “Although it is a lot of hard work, we always enjoy Big Bad Wolf and we’re proud of the impact we’ve made on the book-buying public with it.”

Then, Lady Luck stepped in.
On a trip to a book fair overseas, Yap and Ng, who also run Bookxcess at Amcorp Mall in Petaling Jaya, Selangor, were, literally, made an offer they couldn’t refuse and ended up taking possession of 500,000 books.

“A book distributor was renovating his warehouse and offered us the entire content at the kind of prices that we need to make Big Bad Wolf work,” said Ng.

“It was pure luck,” Yap added. “He heard about us and liked the idea and decided to make us the offer. And it was exactly what we needed to do another sale.”

Taking this as a sign, the couple decided to throw caution to the air.

“We weren’t sure if we’d ever get another chance like this, so we decided to make this sale as big as possible,” said Yap.

So, for the next few months, they travelled around the world, visiting distributors, selling their idea of promoting affordable reading – all the 1.5 million books will be sold at discounts of 75% to 95%, with fiction going for RM8 and coffee table books for RM25 – through a mega book clearance sale that has become “the biggest book sale in the world”.

“We were very fortunate,” Yap said, looking back at the months of begging, cajoling and, sometimes, arm-twisting.

It was all worth in the end – enough distributors bought into the Big Bad Wolf idea and the books started flowing in from July.

“Some of them barely covered their own costs when agreeing to the prices we need,” said Ng.

“I think some agreed just to get us out of their offices,” she said with a laugh.

While fortune might favour the brave, the couple admit they are taking a risk on this sale, especially since they hope to draw half a million visitors to MAEPS, which is unlikely to be familiar to many.

Yap, however, was enthusiastic about the venue.

“It’s a huge, pillar-less hall, 90,000 sq ft, which allows us to arrange the books properly and accommodate the number of visitors we’re expecting without overcrowding.

“The surroundings are green and relaxing and, in all, it’ll make the experience comfortable for our customers, which has always been our priority,” he said.

This year’s sale also sees the launch of the Red Readerhood programme that will donate books to selected orphanages and single-mother centres. Big Bad Wolf Books and OCBC Bank have started the ball rolling by donating 2,000 books and customers can make their own contribution by buying a book and dropping it into the Red Readerhood Box at the sale.

Ultimately, though, it is the hope of making Malaysians read that matter most to the couple.

“All through our involvement in the book industry, with Bookxcess and Big Bad Wolf, we’ve always kept in mind our goal: to encourage reading by making it as affordable as possible,” said Ng.

“To an extent, we have succeeded but we feel there is always more we can do, new audiences to reach out to, and we do our part by letting people know that you don’t have to bust your wallet to buy a book,” she said.

“And with the prices we offer, you’ll be able to afford more than one book,” promised Yap.

The Big Bad Wolf Books sale will run from Oct 7 to 16 at Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) in Selangor . Opening hours are 10am to 9pm. For directions and more details, visit www.bigbadwolfbooks.com
SO macamana?? menarik dan tertarikk kannn...wink wink..^O^ tak sabar nak ku jejak kan kaki ini ke BIGGEST BOOK SALES!!!


**psst psst sebelum pergi make sure ada plan nak mencarik buku apa ye..hehehe kalau tak plan sure mensasau menengok buku yang ada..bukan sedikit kak nonn ooi...lagi satu make sure bajet kena ada...hahaha biar lebih jangan kurang..*O* buku kan adalah pelaburan jangka panjang juga...boleh jadi koleksi yg begitu berharga kannn jadi tak salah laa menyediakan bajet betul takk???


Assalammualaikum wbt...

sory la ye aku terlambat nak update blog ni..alhamdulillah anak bujang aku c Irfan dah sembuh dari demam nya...terima kasih kepada semua yang sudi mendoa kan kesihatan anak bujang ku ini...lega rasa nya bila melihat dia kembali cergas dan aktif...syukran syukran...syukran jazilan...;)


isk entry ni sebenarnya nak maklum kan pasal aku g follow up untuk kes demam denggi aku..sebenarnya virus denggi ni telah memberi efek kat hati aku..sebab tu aku kena g follow up semalam..bukan sekadar jumpa doctor tapi darah aku juga d ambil untuk melihat tanda positive pada hati aku..

ermmm masih lagi d duga, bila aku jumpa doctor cakap enzim dalam organ dalaman aku masih lagi tak menunjuk kan tanda positive..so aku kena g lagi buat follow up next week..semoga ujian darah aku next week akan menunjukkan tanda-tanda positive...

ermmm agak 'bercinta' jugak laa nak g follow up ni sebenarnya...bukan apa beb, semalam kan aku kena amik darah pukul 8 pagi kat wad yang aku kena tahan hari tu..then kena jumpa doctor pukul 2 petang kat Kompleks Rawatan Harian..TAPI bukan exactly pukul 2 petang direct jumpa doctor tau..aku kena menanti sampai pukul 4 lebih baru lerr jumpa doctor..huwaaaaa lama kann..nak buat macamana kan dah nama nya hospital kerajaan maka kena la menunggu giliran yang panjannng...:(

konon-konon aku g awal dapat la balik awal..so lepas solat zuhur aku dh gerak ke hospital..dalam kul 1.40 ptg aku dah sampai...
  • kena buat pendaftaran dulu..
  • beratur nak ambil no giliran..
  • menanti nombor giliran d panggil untuk membuat pembayaran..
  • naik ke tingkat 1 untuk berjumpa doctor di Klinik Pakar Perubatan..
  • beratur untuk masukkan kad appointment ke dlm bakul..
  • menanti nombor giliran di panggil..
yang buatkan aku peliknya nombor yang d panggil tidak mengikut nombor giliran..camno tu..terpikir gak aku apa la fungsi nombor giliran ni kan kalau nombor yang d panggil tidak mengikut gilirannya...ni bukan nombor giliran dah namanya...ni nombor rujukan sahaja..aduhaiii...

aku sabar menanti nombor aku d panggil sampai rasa nak tertidur je beb...sabar la hati..sabar jer la menanti...nombor giliran yang di panggil dah la melompat2...tak ikut aturannya so aku tak tau bila nombor aku kena panggil..maka kena la setia menanti dekat situ kann..tak boleh nak kemana2..tu yg membuatkan aku makin mengantok..tambahan pula suhu yang teramat sejukknya...

pukul 4 lebih baru laa nombor aku tu d panggil..jumpa doctor tak sampai 15 minit pun..bile doctor tengok result darah aku yang tak berapa nak cantik tu..dia kata "next week datang lagi ye..sebab virus denggi tu dah efek enzim organ dalaman awak jadi kita kena tengok dalam tempoh seminggu ni macamana..harap semuanya ok next week..then baru saya boleh discharge kan awak"..erkkk kena dtg lagii?? aduhaii aku ckp "doc, jumpa u tak sampai pun 15 min TAPI i kena tunggu 2 jam lebih baru dapat jumpa u then kena dtg lagi next week..mau nangis ooo buang masa macam ni"..doctor tu ckp "maaf la ye akak kena tunggu lama..ramai orang kat sini.." sambil tersenyum...isk patut tak aku marah?? aku nak marah kat siapa pulak??isk isk tak kan nak marah kat doctor pasal aku kena tunggu lama ni kan..doctor tu pun penat gak nak chek pesakit yg ramai..tak kan aku nak marah kat nurse..ermmm nurse pun penat ke hulu ke hilir memanggil pesakit dan juga mengambil laporan...ermmm pada siapa harus ku marah ekk?? jawapan mak aku "kalau nak cepat g la hospital swasta..sedia kan je duit nya...hospital kerajaan ni bayar RM 5 je pun..kena la tunggu dengan sabar.."

hohohohoho conclusionnya kan jangan merungut lebih-lebih...yang penting SABAR...;)

**erkk aku rasa semalam makin hilang sabar bila nombor aku 8148 tak di panggil-panggil TAPI nombor 8170 dah masuk bilik doctor...hehehe ini harus mendatangkan marahhh ni...betul tak??



Assalammualaikum wbt...

Dugaan melanda lagi...malam tadi badan Irfan panas balik...cek suhu 38.5..terus aku bg makan ubat demam then time nak tidur cek suhu 36.6..alhamdulillah dah turun..TAPI jam 2.30 pagi tadi suhu naik balik 38.9...aduhai anak..semoga kamu kuat dan cepat sembuh...pagi tadi terus aku bawak jumpe doctor...sebelum pergi kerja aku tengok dia ok dah skit...semoga dia akan sembuh sepenuhnya...


tak semena-mena pg tadi kepala aku pun berpinar sekali..Ya Allah dugaan betul...dan juga aku telah melakukan kesilapan bila 'ter' merungut..terus mak aku marah dia kata ini dugaan untuk keluarga kita tahun ni..kena la banyakkan BERSABAR...istighfar aku banyak kali...isk hati ni kan mudah sangat tau tak keruan...

Assalammualaikum wbt..

190920113482
Sejak Irfan tak sihat, aku memang tak masuk opis langsung...so means hampir 2 weeks la aku tak masuk opis...then ari Isnin 12hb September 2011, aku masuk la opis selepas 2 weeks bercuti kan...elok jer sehari aku masuk opis, ari Selasa 13hb September aku pulak rasa demam dan segala urat sendi aku sakit sangat2...petang tu aku ke klinik then doctor bagitau kalau sampai ari khamis aku tak ok aku kena amik darah...doctor suspek denggi...bercuti laa aku gara-gara demam dan sakit sendi ni..

ari khamis, demam aku masih lagi tak kebah...kepala sakit sangat2...badan terlalu panas...aku g klinik..doctor terkejut suhu aku dah capai 40..terus dia suruh aku makan ubat dan refer aku ke hospital..sampai kat hospital bahagian kecemasan, aku terus d bawa dgn wheel chair ke Zon Separa Kritikal...mak aihhh punya la berdebar dada aku ni...suhu aku still tak turun2 even dh bedal ubat demam...denyutan nadi dan jantung aku makin laju..doctor masuk kan air dan arah kan aku berehat..darah aku d ambil..aku di beri oksigen memandangkan degupan jantung aku makin laju...aku berehat di Zon Kuning ni dari jam 7 petang sampai la kul 12.30 tgh malam sebelum di tolak masuk wad..2 botol air dah masuk dalam badan aku ni...suhu still maintain kat 39..tak mau turun2...dugaan dugaan dugaan..doctor suspek aku kena DEMAM DENGGI....

1st time aku berpisah dengan Irfan..alhamdulillah Irfan dah baik dari sakit nya...alhamdulillah juga dia tak meragam dan mencarik aku..bersyukur sangat2 juga rumah mak aku dekat dengan hospital so anak & hubby aku melepak kat rumah mak jer la sepanjang aku kena tahan wad...aku duk di hospital dari 15hb September hingga lah 21hb September...seminggu di tahan, bacaan darah aku menurun sampai capai bacaan 58...suhu badan aku betul2 maintain normal ari sabtu petang...alhamdulillah...kalau tak suhu badan aku tak turun2 bawah 38...demam yang lama dan sakit kepala yang berpnjangan buat kan aku lena jer kat katil wad...tidur tidur tidur je keje aku...aku tak larat nak duduk lama..duduk lama je kepala aku berpinar...

sepanjang dok hospital ni, 4 kali sehari darah aku kena ambil...on average 4 botol air sehari masuk dalam badan ni...aku d arah kan minum air yang banyak..sampai terkucil-kucil aku di buatnya...minum je terkucil...minum je terkucil...selera makan hilang terus...yg lalu masuk ikut tekak aku ni cuma bubur je..yg lain tak lalu...minum air kosong pun dh rasa pahit..100 plus aku rasa macam minum ubat...aduhaii dugaan betul laa...

ari Isnin doctor kata aku mungkin boleh keluar arii Selasa..so aku dh excited giler arr kan..dah ler rindu yang teramat sangat dengan Irfan..TAPI ari Selasa pagi, doctor maklum kan virus denggi tu dah efek kat hati aku...bacaan darah aku utk hati tu makin meningkat..so aku tak boleh balik kena tunggu bacaan darah kat hati aku menurun...Ya Allah sabar jer la..alamdulillah ari Rabu bacaan darah untuk hati aku menurun then doctor kata boleh keluar wad TAPI lagi 2 weeks aku kena dtg balik amik darah...phewwww lega nya hati aku...aku dh boleh balik..tak sabar nak peluk cium Irfan...

dan selepas hampir seminggu aku keluar wad, tanda-tanda virus denggi tu masih ada lagi...badan aku berbintik merah...gatalnya tuhan je yg tau...miang satu badan aku..ayik tergaruk2 je..time garuk tu memang sedap..tapi bila dh lama rasa pedih je kulit ni jadi nya...sekarang ni, kaki aku terasa lemah lagi...aku tak boleh buat banyak kerja berdiri...selain kaki aku rasa lemah, aku rasa cepat penat...orang kata akan amik masa juga untuk aku pulih...Ya Allah semoga aku cepat pulih dan sembuh dari virus denggi ni...bahaya wei denggi ni...ianya juga boleh meragut nyawa tau...jom baca artikel kat sini...
"Denggi tidak memilih mangsanya dan sebab itulah semua orang perlu bertanggungjawab untuk bertindak membanterasnya bagi memastikan keluarga serta persekitaran kediaman kita bebas daripada penyakit maut ini,"
Jom baca penulisan Gentar Rasa yang menyedarkan aku bahawa Kasihnya Allah pada diri ku ini..
JANNAH DI SEBALIK MUSIBAH
Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam
Ujian dan dugaan yang bertalu2 yang melanda aku, aku anggap sebagai Kasihnya Allah pada aku...ianya makin mendekat kan aku pada DIA...ianya juga mengajar aku erti kesabaran dalam menghadapi musibah ini...semoga segala ujian dan dugaan ini, tersembunyi hikmah yang besar...
DSC08037

Assalammualaikum wbt..

Sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, aku, hubby & irfan menjadi peneman setia mak berbuka puasa...boleh di kira dengan jari berapa kali aku berbuka puasa d rumah sendiri...selebihnya aku berada dengan mak aku..lepas terawih baru la aku balik rumah sendiri...itu la rutin harian ku d bulan puasa...lagi 3 hari nak menyambut Syawal, aku di duga dengan keadaan Irfan yang demam panas...suhu tak nak turun bawah 38...bila malam raya Irfan still lagi demam dan suhu cecah 40 terus aku & hubby bawak ke Hospital Sabak Bernam...ermmm memang ke laut la mud raya aku tahun ni...alhamdulillah bila d ambil darah tiada tanda2 yang merbahaya...raya pertama dia dah boleh berlari & bermain...syukur sangat2...

290820113474
tangan yang kena amik darah...kena pegang sampai dia tidur tempat balutan ni...isk isk



Cukup seminggu dia sihat dan cergas, Irfan di duga dengan muntah dan berak pulak...Ya Allah kesian betul anak aku ni..kali ni memang dia kena teruk sampai badan dia macam melidi jek...padahal kalau dia sihat kita peluk dia pun rasa sedapp je badan dia..ni time dia kena muntah berak bila peluk rasa tulang jek...kesian betul tengok Irfan...dia start mengadu sakit perut & muntah hari ahad 6 Syawal...aku terus bawak je Klinik...ari Selasa 8 Syawal dia start berak cair...mengalir macam air...terus bawak ke Hospital...doctor kata faktor pemakanan tu yg dia kena muntah & berak...

Ari rabu aku just monitor berak & muntah dia..still berak cair yang amat sngat dan muntah bila makan...apa yg masuk dia keluar balik...ari Khamis dia sendiri yg mintak suruh bawak jumpa doctor...dia kata perut dia sakit..aku terus bawak jumpa Doctor Pakar Kanak-kanak....doctor maklum kan Irfan mengalamai masalah penghadaman...so dia perlu pam kan najis dalam usus yang tidak habis keluar...kesiannn Irfan...lepas masukkan ubat kat punggung dia, dia menjerit2 cakap 'nak yak2...sakit perut'...aku tengok pun dh rasa macam menyengat je perut...lepas dia membuang segala apa yg ada dlm perut dia muntah pulak...Ya Allah time tu aku dh mula cuak...kesian ptengok muka dia berkerut menahan sakit...

Doctor bg ubat prebiotic dan ubat2 lain...doctor suruh monitor lepas 3 hari kalau tak ok juga Irfan perlu d beri rawatan lanjutan...Alhamdulillah, selepas makan prebiotic tu dia tak muntah dan mula nak makan...alhamdulillah juga najis dia tak cair lagi...but then aku still monitor takut2 melarat lagi ke...cukup 1 week dia di duga dgn muntah berak dia kembali cergas seperti biasa...Alhamdulillah aku syukur sangat2...tahun ni memang aku tak beraya kemana jadi nya...mud raya hilang bila lihat kan Irfan yang menahan sakit...

gambar raya pun tak banyak mana..padahal aku ni memang la suka mengambil gambar kann..tapi kali ni nak pegang kamera pun tak de mud...dh ler 1st time beraya tanpa ayah...di duga pula dengan kesihatan Irfan...ermmm memang la mud nak bergambar tu tiada langsung...ada pun tak sebanyak thn lepas punya gamba...



Assalammualaikum wbt..

beach
Setiap ujian dan dugaan melanda diri aku ni aku anggap ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya...tersembunyi HIKMAH yang besar....mudah-mudahan tersembunyi Jannah di sebalik ujian dan dugaan yang di beri kan...liku kehidupan insan manusia ini memang tidak lari dari ujian dan dugaan...ianya mematangkan fikiran dan mengajar kita menjadi seorang yang tabah dan sabar..mengajar kita memahami hikmah dan rahmat yang tersembunyi...di mana hakikatnya akal manusia terbatas dalam memahami dan menafsirkan apa yang tersembunyi...
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
namun ujian dan dugaan yang di berikan kepada kita bergantung kepada tahap kita sendiri sebenarnya...tidak perlu la kita persoal kan kenapa kita di uji..? tidak perlu la kita bertanya kan kenapa kita selalu di uji?
Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan...
Sesiapa yang mengikuti cerita hidup ku pastinya telah maklum dugaan dan ujian yang ku hadapi...siapa yang ingin mengetahui boleh la click kat sini ye...
  1. Suka duka kisah rombongan
  2. Everyone has a story
  3. Everyone has a story II
  4. Air mata ini mengalir jua
  5. Dia pergi tak kan kembali
Ujian dan dugaan ini bermula ketika percutian keluarga aku di Langkawi bila mana ayah telah di tahan di ICU Hospital Langkawi pada 30 May 2011...seterus nya pada 6hb June 2011, ketiga-tiga saluran jantung ayah telah di sahkan tersumbat dan pada hari yang sama Itam (abang aku) mengalami kemalangan di tempat kerja....terngiang-ngiang di telinga aku bila ayah kata tak nak buat pembedahan by pass...dan juga terimbau kembali kenangan aku di wad kecemasan menanti berita dari Itam...

alhamdulillah hampir 2 bulan kemalangan tu, Itam dah boleh berjalan sendiri perlahan-lahan tanpa bantuan tongkat...aku bersyukur sangat2 melihat kan perubahan positif Itam...namun segala yang terjadi adalah di bawah perancangan Yang Esa...pada pagi 26hb July 2011, aku menerima panggilan telefon dari Along mengatakan Ayah nazak..dan ketika itu aku dh on d way ke rumah mak...tak sampai 10 min aku menerima panggilan itu, aku menerima panggilan lagi sekali dari Adik menyatakan Ayah telah pergi buat selamanya..Allahuakbar...Allahuakbar...

terimbau di dalam benak fikiran aku ni, pada 25hb July 2011 aku tak masuk ofis..hanya melepak di rumah mak sahaja..ada beberapa perkara yang aku rasa kan pelik bila Ayah tak suruh aku buat kan air untuk dia...dia tak suruh Along cari kan kuih...bila aku buatkan air dia tak minum seperti selalu..Ayah banyak mendiam kan diri...namun segalanya hanya terbuku d hati sahaja..bila aku tanya 'Ayah tak sihat ke ?' dia hanya menggeleng sahaja....dan yang pastinya selama ni aku akan balik rumah selepas maghrib tapi pada hari tu aku balik awal selepas asar...dan aku balik tanpa berjumpa ayah dulu...memang aku sangat ralat dgn tindakan aku ni...makin ralat bila Along maklum kan malam tu ayah cari Irfan...sangat2 ralat tauu...

Aku bersyukur bila d maklum kan yang Ayah cuma mengadu sakit dada selepas Subuh dan dia menghembuskan nafas terakhir dalam 7.30 pagi..sakitnya sekejap sangat...alhamdulillah aku redha dengan pemergian arwah...walaupun ketika itu lagi 1 week kita akan menyambut Ramadhan...aku anggap kehilangannya adalah satu dugaan dan ujian yang hebat yang harus ku tempuh tahun ni...


Assalammualaikum wbt...

step

Pergi Tak Kembali
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Puas atau tidak curahan dan luahan kasih sayang kita kepada yang tersayang, kita harus pasrah pada perpisahan yang tiba di saat kita merasakan masih tak puas bermanja dengan yang tersayang…lidah kelu dan hati makin sayu..rela kan lah perpisahan ini...dia pergi buat selamanya...dia pergi tak kan kembali...Al Fatihah untuk Arwah AYAH yang telah pulang ke rahmatullah seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadhan yang mulia baru-baru ni....

Kerana ini lah aku banyak mendiam kan diri...kerana ini juga aku tidak mengemas kini cerita di sini mau pun d sana...aku redha dan aku pasrah...namun aku tidak dapat nak meluahkan apa yang ku rasa kan...aku cuba mencari diri aku sendiri...namun aku tidak ketemu hingga lah aku tidak sedar bahawasanya aku banyak mendiam kan diri...ramai yang menegur aku yang CERIA menjadi PENDIAM...ermmm bukan niat ku untuk mengubah diri ini...namun aku teralpa seketika...

dalam kepayahan untuk aku mengharungi dan menghadapi ujian dan dugaan ini...aku terpikat dan tertarik dengan olahan dan luahan penulisan Gentar Rasa yang membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang...di sini aku kongsikan penulisan yang membuat kan aku kembali kepada diri sendiri...
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU
Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!

Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.

Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.

Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!

Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.

Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.

Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:

“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

KETIKA RASULULLAH PERGI…

Tengah hari itu…
gugur butiran air mata di wajah mu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi

Bukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri
pasti ada rasa cinta!

Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi

Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa
makam itu cuma semadi jasad…
Tapi dian batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya

Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba
Duhai srikandi budi yang masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dengan kukuh
kerna jalan ini masih jauh

Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!
Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’
– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah

di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
di ribaannyalah baginda wafat

Sepeninggalan Rasul…
Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tapi bukan kehilangan misi!

Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-Nya
Relakanlah dia pergi…
Menemui temannya di daerah tinggi!