My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

ermmm semalam yang sedih hari ni aku kembali menceriakan diri sendiri...aku ni memang jenis yang malas sangat nak memikirkan perkara-perkara yang sedih2 ni maka nya sebab itu la air mata aku ni payah sangat nak mengalir di luar...hanya mengalir di dalam sahaja tanpa dapat di zahirkan...

so STOP thinking perkara semalam then hari ni mari la kita sama-sama berkongsi Langkah-langkah mengurus kan wang kita...* hehehe tetiba je kan boleh tukar tune ;)

sebelum aku nak kongsikan langkah demi langkah tu...aku nak tanya korang la...Adakah korang mengalamai masalah untuk mengurus kan wang korang...? Adakah korang selalu menghadapi kesempitan wang...? Adakah korang selalu merasakan setiap bulan korang menghadapi masalah kewangan...? MAKA sekiranya semua jawapan di atas adalah YA...wajib la korang mengamal kan langkah-langkah ni ye...:D
Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda
Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Adakah anda merancang untuk…
  • Membeli rumah?
  • Membeli kereta?
  • Memulakan keluarga?
  • Menabung untuk pendidikan anak anda?
  • Melancong?
  • Menyediakan perbelanjaan perubatan?
  • Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?
* Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Langkah 2: Jejaki ke mana perginya wang anda
Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:
  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
* Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja and
Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
* Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda
Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
* Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

- info di ambil dari sini..
So macamana...? agak-agak boleh tak korang praktikkan hal ni dalam pengurusan kewangan korang...? insyaAllah korang pasti boleh !! yang penting tepuk poket tanya selera ya...:D

Selamat mencuba!!

10 lovely reply:

wahhh tq kak :)

Salam,
saya suko topik nie... kerana orang selalu dikawal perasaan pasal duit nie..

Saya rasa kita harus faham keterbatasan dan kelebihan kita dalam mengurus kewangan... kalau jeragang bab mengurus duit nie hampir 100 persen serah pada sang isteri saja kerana dia lebih arif.. bila nak belanja lebih dan bila pula nak cut corner here and there.... yang jeragang involve cuma setting the target and budgeting process jer yang lain sang isteri take charge. Oleh kerana jeragang involve part yang strategic saja so I am always well informed of whats was happening

As you rightly put foreward financial planning is very essential but we should do in our own way not too formalised manner..

As a person involved in financial planning at macro level for over a decade, I feel its a big gap between macro and household level which my wife far better of than me... so its more appropriate if she taking charge and I just advice if the need arised....

izwa : perkongsian itu penting...hehehe lagi-lagi bab kewangan ni...uhuksss sama-sama la kita berjaya mengurus kewangan kita kan...;)

jeragang : yup betul tu...bila bab duit ni semua orang kalau boleh nak membeli tanpa ada batasan...uhukss maka nya kena la kita cepat-cepat sedar sebelum kita di landa masalah kewangan kan...

ermmm selalunya memang saya dengar isteri adalah pengurus kewangan yang terbaik dalam rumah tangga...saya pula suami yang menguruskan kewangan dalam rumah tangga...saya membantu apa yang kurang...;)

best entry ni kak fisa...
saya dan suami mengamalkan sederhana.. dahulukan apa yang penting, kemudian kan, atau tiadakan apa yang tak penting... biar sederhana, dari papa kedana.. huhu

thanks kak..he..he.. kami pun bru je mencari2 tips2 utk menguruskan wang.. he..he..

skrg tak de pe2 nak tolak akan dtg dh tolak umah sakit ler..he..he.. kne prepare ler dr awal..

sya : terima kasih sudi baca entry ni...;)ermmm kesederhanaan dalam segala hal yang paling di tuntut betul tak...?

vill : ermmm sebelum melangkah ke arah kewangan yang menyesakkan sewajarnya kita mengkaji dan mendalami pengurusan kewangan kita..semoga vill berjaya mengurus kan kewangan ye..;)

Berdasar pengalaman saya fikir dan selalu amalkan berbelanja tidak melebihi setengah dari pendapatan kasar sahaja... memula memang susah tapi start ikut kemampuan dulu pastu tingkatkan kawalan sedikit demi sedikit sehingga capai 1/2 bahagian...
Kalau lebih 1/2 boleh guna untuk pelaburan atau simpanan yang susah nak dikeluarkan....
Kalu keja gomen amalan begini senang memberi kesenangan masa nak berpencen.... hik2

bagus la cara jeragang menguruskan kewangan tu ye...ermmm bagi yang bekerja makan gaji memang kena kawal dan pantau betul2 kan...kepada yang bekerja sendiri macam saya ni lagi laaaa kena tightly control...

yang penting simpanan untuk kecemasan kena ada...malang kan tidak berbau...;)