My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

hari ni aku nak share kan info mengenai tanggunggjawab c Pembayar Cukai...info ini aku petik dari LHDN

Setiap pembayar cukai yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

- Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

-Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi tanpa dokumen pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;
Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Aras 10-18, Menara C
Persiaran MPAJ
Jalan Pandan Utama
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur

- Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.

- Mengira cukai pendapatan.

- Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.

- Membayar cukai untuk diri sendiri.

- Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen-dokumen berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
  1. Borang EA/EC,
  2. Baucer dividen,
  3. Resit premium insurans,
  4. Resit pembelian buku,
  5. Resit perubatan,
  6. Resit derma,
  7. Resit premium zakat,
  8. Sijil kelahiran anak,
  9. Sijil nikah,
  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
  11. Helaian kerja (jika ada)

Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.
so korang jangan lupa menjalankan tanggungjawab korang sebagai seorang pembayar cukai ye...;) oh ye SELAMAT MENGIRA CUKAI!!


0 lovely reply: