My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...


entah kenapa aku rasa sedih sangat2 selepas mendengar kata-kata dari seseorang yang amat aku kenali...tersinggung hati ini...jarang sekali aku mengambil berat akan kata-kata orang lain..tetapi kata-kata si dia membuat kan aku menangis tanpa mengalirkan air mata...

wahai hati jangan la bersedih...biarkan la kata-kata itu berlalu begitu sahaja..aku tidak mampu untuk membalas kata-kata itu..aku hanya mampu diam seribu bahasa...sebagai pengubat hati yang sedang bersedih ini aku suka baca info ni yang di ambil dari sini...

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

4 lovely reply:

take care ye k.fisa..jgn sedih2..
org ni kadang2 tak pandai jaga hati org lain..

thanx ashra...ermmm sedih2 ni jangan lama sangat di simpan sangat2 bahaya...so biarkan je la mulut orang tu nak kata apa pun...

tak apa kak fisa. banyak hikmah berdiam diri tu. thanks for the sharing. tersentuh sangat hati membacanya. mohon share ya info tu.

betul tu jihah...kalau kita melawan atau menambahkan lagi bicara harus pulak syaitan atas kepala ni bertepuk tangan...seronok sangat dia tengok kita ni bertelagah...

info ni memang membantu kita memikir kan hikmah di sebalik diam...