My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...


isk isk aku ni memang tak leh arr nak tinggal kan blog ni lelama...uhukss nak gak post kan cerita kat sini...aduhaiii nak kena piat telinga ni...*mode marah kan diri sendiri...:p

hahaha bukan apa wei...tadi tengah-tengah aku menggodek folder dalam pc aku ni hah aku terjumpa lak artikel yang aku tak pasti aku ambil kat mana dan bila tarikhnya...macam menarik dan tertarik lak nak share kat sini kan...;)


Oleh Dr Anjli Doshi-Gandhi, Pengarah Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Anda mungkin akan terkejut dengan idea untuk mempelajari semula kemahiran berkomunikasi, memandangkan anda dan pasangan anda sudah berkomunikasi dengan baik sepanjang tempoh anda bersama. Mungkin benar tetapi, menjadi ibu bapa adalah sesuatu yang membebankan, memakan masa dan memberi tekanan. Bilakah kali terakhir anda berbual-bual mesra dengan pasangan anda? Jika anda tidak mengingatinya, anda perlu mengulangkaji perkara ini:


Tetapkan masa berbual

Tetapkan satu masa untuk anda berbual-bual – ketika sarapan pagi, semasa membawa bayi anda bersiar-siar atau sebelum tidur. Tetapkan waktu yang khusus dan anda harus menepatinya. Jika anda tidak dapat memenuhi waktu itu, pastikan anda menjadualkannya semula.
- dulu2 kan time baru berkahwin aku tak nafikan kitorang ni ada masalah skit dengan communication dua hala ni tau...uhukss so perlahan-lahan aku mula kan langkah dengan tetapkan setiap pagi dan petang WAJIB aku berborak dengan si dia ketika di dalam kereta...tidak kira la mengenai apa pun kan...yang penting bercakap dan kalau boleh kena ada feedback dari dia...dulu2 kan sampai kan mak dan mak mertua aku dok risau tengok kitorang yang tak bercakap ni..duk dalam kereta sorang pandang depan sorang lagi pandang ketepi..isk isk isk amat laa tidak eloknya perbuatan ini dalam rumah tangga ye kawan-kawan...jangan ikut cara ni k...;)


Bertanya soalan

Jangan berfikir anda memahami satu sama lain dengan baik. Anda dan pasangan anda tidak boleh membaca fikiran masing-masing. Tanamkan tabiat suka bertanya sebelum anda mengandaikan apa yang ingin disampaikan oleh pasangan anda.
- bab bertanya soalan ni memang aku laa yang banyak soal nya...hehehe si dia tukang bagi jawapan jek..alhamdulillah sekarang jawapan dia panjang la skit..kalau dulu sure dua tiga patah perkataan je yang keluar dari mulut dia...;p


Mendengar dengan jujur

Menjadi pendengar yang baik bermaksud mendengar tanpa mencelah dan dapat memberikan maklumbalas yang tepat kepada pasangan anda. Letakkan diri anda di tempatnya. Dengar apa yang ingin disampaikan oleh pasangan anda sebelum anda mencelah atau mebuat kesimpulan.
- bab ni aku serah kan kat si dia..dia memang pendengar yang setia...aku dah habis membebel baru dia menyampuk bg pendapat...


Peluang dan waktu yang sama

Setiap perbualan memerlukan anda untuk memberi dan menerima. Anda mungkin merasakan pasangan anda mempergunakan anda dan anda ingin meluahkan perasaan anda berjam-jam lamanya, tetapi jangan memonopoli waktu perbualan ini. Beri peluang kepada pasangan anda untuk bercakap. Anda mungkin akan mengubah pandangan anda apabila anda mendengar apa yang ingin disampaikannya.
- betul2..kalau kita terus melompat kepada kesimpulannya sure pendapat kita tu ada yang salah..ni kan aku cakap berdasarkan pengalaman aku tau...hehehe dulu2 aku ni macam tu la...laa ni aku dah berubah...;) berubah untuk kebaikan apa salahnya kan..


Tiada rungutan, hanya permintaan
Rungutan merupakan sesuatu yang negatif dan hanya membuatkan pasangan anda ingin mempertahankan dirinya. Mengapa tidak menukarkan rungutan ini kepada permintaan? Elakkan daripada berkata “Saya melakukan semua kerja rumah dan awak tidak membantu langsung!”, sebaliknya katakan “Boleh tak awak menyediakan makan malam kerana saya hendak memandikan bayi?”
- aduhai macam terkena batang hidung je wei...masa mula2 kahwin memang aku ni kuat merungut...aku rasa kan aku jek yang buat keje rumah...TAPI tidak lagi sekarang bila aku rasa rungutan tu sebenarnya membuatkan lagi hati aku ni tak tenteram dalam segala hal...hehehe so sekarang ni tukar tune mintak tolong dari dia jek...:D


Satu perkara pada satu masa

Beberapa masalah mungkin akan menghantui anda pada satu masa: bayi, wang, kerja dan keluarga ipar. Jangan cuba menyelesaikan masalah ini sekaligus sehingga menyebabkan anda tertekan. Selesaikan masalah ini satu persatu.
- hohohohoho ini kalau di pikirkan serentak harus whengg ooo...kalau korang ada masalah tu boleh settle kan settlekan dulu..kalau masalah tu melibatkan pihak lain yang korang sendiri tak dapat nak bantu maka letak laa dia ketepi...tapi jangan laa ketepikan terus..hehehe...


BERKONGSI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
‘Waktu berbual’ bukanlah peluang untuk anda menyalahkan atau mengkritik pasangan anda. Baru bergelar ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dan anda berdua memerlukan sokongan dan galakan. Cuba berbual perkara yang positif dan negatif, berkongsi kebimbangan serta meraikan kejayaan, berbangga dengan kelebihan dan mencari jalan untuk mengatasi kelemahan masing-masing.
- hah!! yang ni pun aku dalam proses pembelajaran lagi..hehe jom la kita sama-sama memperbaiki kelemahan masing-masing ye...


so kepada sahabat-sahabat di luar sana yang ingin memperbaiki hubungan masing-masing jom-jom la kita memperbaiki diri ye...:)



8 lovely reply:

salam fisa...
terima kasih kerana berkongsi tip-tip ini.
akak sekrg ni susah sikit nak bersembang dgn suamai....
maklumlah sorang keja pagi dan somi kak keja petang...haaa malam nnt baru jumpa....sembang sakanlah kami.:)

good info.
btul k.fisa,kawin ni tuk selamanya.tapi,jujurnya,bukan senang nak manjdikan hala tuju tu tuk selamanya.effort kedua belah pihak kena tinggi.

tipulah,kalu kita kata tak pernah sesekali kita terasa boring dgn pasangan.perasaan tu kdg terdetik,tapi cepat2 kita kena usahakan sesuatu agar tak berlarutan kan..

jangan tinggal, jangan tinggal...
kalau takde mood nak tulis, biar je dulu. nanti mood dah datang macam ari ni, kan ada jugak tempat nak ditulis... hehe..

salam kak mazz...

yang penting kita kena ada komunikasi jugak kan kak..

ashra tanpa kedua belah pihak beri kerjasama memang segalanya tidak akan menjadi dear...;)

sya...hehehe tu ar pasal kan...aduhai asalnya nak carik lain terjumpa lak artikel ni tu yang terus share kat sini...memang sayang sebenarnya nak tinggalkan blog ni...;)

salam,
good info thanks for sharing normally people couldnt be bother to much about..... take for granted

sebenarnya kita kurang berkomunikasi dengan pasangan sebab tu kalau sesiapa yang hadir kursus persediaan berpencen ini salah satu perkara yang di pentingkan..

Tanpa kita sedar bahawa masa yang ada untuk menjalin persefahaman agak terbatas...banyak masa untuk kerja balik dah letih.. bila ada anak cakap melaui anak pulak

apa yang kita faham mengenai pasangan kita adalah persepsi kita saja sedikit benar yang hakiki

oleh kerana dia pasangan kita, kita anggap dialah yang terbaik dan kita pun mahu yang terbaik dari nyer... itu anggapan kita sja perasaan telah mengkaburkan hakikat sebenarnya kengkadang hampeeh jo....

so lagi2 soal hati dan perasaan yang telah dijelaskan dalam ajaran agama kita supaya sentiasa mahu dikawal kalau tidak ada makhluk asing in between.... wallahualam

salam Jeragan....

terima kasih sudi meninggal kan komentar awak di sini...sangat setuju apa yang awak kata kan itu...kita selalu sangka kan yang kita ni dah buat terbaik untuk pasangan kita...hakikatnya banyak lagi lubang-lubang yang harus di perbaiki dari masa ke semasa...ambil la peluang yang ada untuk memperbaikinya sebelum kita terlambat melaksana kannya...